31 October 2011

Anda Gila Komputer !






Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? 
Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan 'gila komputer' ini..


1. Jika anda merupakan seorang blogger, 

maka perkara pertama yang anda 

fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah 

'Entri apa aku nak update hari ni?'


2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, 

tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer 

dan bukan menghala ke muka beliau.


3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, 

mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!



4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web,

 anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.





5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana 

anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, 

menuju ke Google dan taip, 'What is bla bla bla' atau 

'How to bla bla bla'.


6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan 

tentang pendapat anda mengenai dunia IT.



7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.



8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, 

tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras 

dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, 

mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis 

tonton. Yang lain buat pekasam.



10. Makan komputer, minum komputer, main komputer,

 tidur komputer, mandi pun 

komputer! Teruk dah ni!



Anda ada tanda-tanda seorang 'geek' seperti di atas?




Ubah segera sebelum anda terlambat naik bas!!
~~tidak kena dengan tema..ha.ha.ha~~








30 October 2011

BOTM OKTOBER 2011:NAMA PURA

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Untuk yang kedua kalinya aku sertai 
(dengan izin)
''WSB Blog Of The Month''
kali ini dengan tema yang menarik dan pastinya menggamit
berjuta memori manis dan pahit suatu ketika dahulu,
sewaktu zaman suci,zaman yang masih lagi
mencari identiti seorang insan..
yakni masa kanak-kanak..

Oppsss maaf terlebih dahulu jika bahasa yang digunakan
agak skema sikit/banyak,
sebab mau ambil mode kempen Bulan Bahasa
yang kini giat dijalankan oleh pihak DBP..


Cukup dengan iklan dan teruskan tema NAMA PURA..!!


Nama pura masa kanak-kanak ni telah lama menghilang 
dari coretan kehidupanku.
Agak lama juga,mungkin ada 7-8 tahun sudah..
Kerana zaman telah berubah,dan usia turut bertambah,
maka orang disekeliling aku dapat merasakan bahawa
nama itu tidak sesuai lagi dengan aku..
yang semakin tampan dan segak..
(hahaha..saja je nak kasi naik sikit suhu badan ni..
sejuk kena angin malam kan..)

Masa kanak-kanak dahulu,nama pura aku ni agak popular juga la..
sebab ia bersifat semulajadi..kena dengan orang yang dimaksudkan.
Jadi tidak hairan la kalau pergi kemana-mana,
ada sahaja orang lain yang memiliki nama pura yang sama..
Sebagai contoh,d
alam komuniti WASABER pun ada
yang menggunakan nama pura aku ini..
Siapakah dia?.Jeng..jeng..jeng...


Seawal pembabitan aku dalam dunia belog ini,
teringin juga mahu menggunakan nama pura aku,
dengan alasan sayang jika dilupakan begitu sahaja,
namun setelah menelusuri komuniti WASABER,
komuniti blogger pertama yang aku sertai
aku memilih untuk menggunakan nama komersial aku sekarang,
kerana nama pura aku  telah wujud di komuniti ini.


Haiii..comel tak saya!!
Diringkaskan cerita,
sebab mahu mengekalkan konsep K.I.S.S..
aku 100% tak tahu kenapa aku diberi nama pura ni.
Mungkin sebab saiz badan aku masa kanak-kanak tempoh hari..
kurang berbanding budak yang lain.hehehe
so aku beritahu je la nama pura aku masa kanak-kanak tu hari..
nama pura aku ialah 

si KECIK !!
ahhaaa..korang dah dapat teka kan dalam komuniti
Wasaber siapa yang guna nama ni..
tak perlu kali aku mention nama beliau nanti  minta royalti pula..
hihihi..

Namun sekecil-kecil badan aku masa zaman kanak-kanak tu hari,
dan semiskin-miskin tahap kais pagi makan pagi,
aku masih bersyukur dapat hidup aman dan sihat walafiat
tidak seperti kanak-kanak di bumi Somalia yang
diancam kini diancam kebuluran
Jika ada diantara kita yang berkemampuan,
bolehlah menghulurkan sumbangan untuk meringankan penderitaan mereka.
sob~sob~sob...mode sedihh ni..





8 tahun yang lalu aku amat marah jika ada yang masih memanggil
aku dengan nama KECIK..sebab aku dah besar masa itu.
muka pun macam remaja berwawasan sudah..ahaksss..
kalau jumpa mereka ni aku terus tarik muncung panjang sedepa la..
sebab aku tak suka dengan nama tu..
namun sekarang rasa rindu pula dengan nama glamour aku dulu tu..

Terima kasih WSB sebab berjaya mencungkil memori aku yang
hampir hapus ditelan kesibukan dunia...
(dengan izin)
''Once Wasaber always Wasaber!!''

Cintailah Bahasa Kita..Bahasa Jiwa Bangsa..


Nota Rahsia :


#Maaf gambar bukan orang yang sebenar sebab aku jarang ambil gambar
masa kecik..orang miskin la katakan..so guna google pic je la..

#Kalau nak tahu siapa Wasaber yang guna nama pura KECIK tuh
bolehla rujuk otai Wasaber seperti founder Bobby ,
Zurina,Hugh Jackman ka..hahaha..
omen dan bro samizul pun mungkin tahu itu..









25 October 2011

Wordless Wednesday #5:Unwanted Person.



Nota rahsia:

Happy Wednesday!
Make today better than yesterday..

Wordless Wednesday #4:Fesyen Separa Jahiliyah



Nota:

Apa tujuan sebenar pakai hijab? Apa tujuan pakai tudung? Apa tujuan fesyen muslimah? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannya UNTUK KELIHATAN SEKSI !! Tudung sudah OK..! Tapi kenapa pakai skirt macam bukan Islam. Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LENGGING hitam ketat. Hakikatnya LENGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang!!!