15 August 2012

Datuk Punch Gunalan Meninggal Dunia


Datuk Punch Gunalan meninggal dunia 

Bekas Juara All England dan pemain  badminton kebangsaan Datuk Punch Gunalan meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Gunalan yang dilaporkan menghidap penyakit kanser,meninggal dunia  pada pagi tadi..

Beliau merupakan antara salah seorang pemain terhebat negara pada era 70-an,mewakili  acara perseorangan dan berpasangan dan telah memenangi Kejohanan Seluruh England pada tahun 1971..Ketika itu beliau bergandingan bersama Ng Boon Bee.

Selepas bersara,beliau masih menyumbang jasa terhadap sukan Badminton apabila menjadi Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Badminton Dunia(BWF)

Datuk Punch Gunalan di era kegemilangannya.

Mr.Sasube: Takziah di atas pemergian beliau..

Kelebihan Lelaki Memelihara Janggut Menurut Sunnah Rasulullah!


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. 

lelaki yang kacak adalah lelaki yang memiliki janggut dan misai!


Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Janggut Ustad Azhar Idrus yang sempoi..



Manisnya Ayu Raudhah Berhijab!



AYU RAUDHAH MULA BERHIJAB!



Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, pelakon Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya 

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.


Mr.Sasube:..Suka post entri pasal artis bertudung/berhijab ni..bukan sebab nak traffik tinggi,tapi kan elok jika sesuatu kebaikan itu disebarkan,apatahlagi jika melibatkan mereka yang popular dan memiliki peminat tersendiri..siapa tahu peminat-peminat terbuka hati untuk mengikut jejak langkah artis kesayangan mereka...betul tak....
Asal jangan lari dari niat,FISABILILLAH!...

10 August 2012

Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa Sukan Olimpik London 2012



Ratu terjun negara,Pandalela Rinong akhirnya berjaya mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10m platform ,yang pertama dalam sejarah sukan akuatik negara sekaligus pingat kedua buat kontinjen negara di Sukan Olimpik London 2012

Pingat emas dimenangi jaguh dunia dan juara bertahan di Beijing 2008,Chen Roulin yang ternyata sukar digugat sejak kelayakan lagi apabila mengumpul 422.30 mata diikuti peserta Australia Brittany Broben,366.50 mata untuk pingat perak dan Pandalela Rinong 359.20 untuk pingat gangsa..

Tahniah buat Pandalela Rinong!!!...