28 March 2014

Tragedi MH370:Shila Amzah Mangsa Kecaman Rakyat China





Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa 
kepada Malaysia semakin memuncak 
selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Lautan Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.



Tentunya, penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.



Buktinya, laman sosial nombor satu china Weibo.com dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Kak Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama bekas kekasih Sharnaaz itu dengan tragedi pesawat MH370.



Berikut ialah antara komen-komen positif dari segelintir peminat china yang masih menyokong Shila pada ketika kebanyakkan peminat lain bersikap negatif.

"This is a tragic plane crash. Everyone is sad and pray for the victims families. Makes me more sad is that some people actually take advantage of this appalling crash to attack innocent people. I really feel sick for those who do not limit human morality."


"As a Chinese person, really feel shame, how there are so many \ '\​​' patriotic dog \ '\​​', online is very arrogant, what reviled others, most Chinese people's reputation abroad is very smelly, is when you count curse you, you are willing to do. Do not scold scold go on the Internet all day, have your family do on the plane? No, shut up, aircraft accident and now you have less Chiyikoufan Well? You feel less sleep a night yet? So you lost it? No?"

"Shila is a singer. She is not open aircraft. She can not represent the Malay government. Do not spray the wrong person. Thank you."

27 March 2014

MH370: Punca Pesawat ke Lautan Hindi


Ramai pengamal media sosial mempertikai mengapa MH370 boleh tersasar jauh sehingga ke Lautan Hindi..Yang ini maklumat terbaru yang paling make sense sekali dari pakar hackers. Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi.

Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. 
Tiada liputan dalam peristiwa ini. sumber : Al Jazeera

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan. mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

Disini saya sertakan mimpi yang mungkin boleh dikaitkan
 dengan tragedi MH370 dari seorang Ustad Perubatan Islam Darul Manzil. 
sumber :Ustad Darul Manzil





MIMPI MH370 (mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi..)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.
 — 




21 March 2014

Gambar Mayat Ahli Perniagaan Ditemui Disimen Dalam Tong




KUALA LUMPUR : Penahanan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada malam tadi dan hari ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.

Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.



Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.

“Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelandok.



“Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya,” katanya.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh pihak polis berhubung penemuan mayat itu. -UtusanOnline


20 March 2014

I'm Back!



Im back...
2 buah patah perkataan untuk memulakan semula penulisan blog yang telah terbiar lama tanpa diisi dengan entri-entri nukilan sendiri mahupun copy paste dari blog lain..
blog tulisan  sekadar suka-suka,mengisi masa lapang yang terluang.

~masa lapang~
meninjau kembali kronologi realiti kehidupanku,terlalu banyak kisah yang mahu aku kongsikan bersama di dalam blog ni,tapi mungkin takkan dapat ternukil dek kekangan masa dan juga kekangan data internet..hehe.
.namun dimana ada kemahuan disitu ada jalan bukan?.
pegang prinsip untuk kehidupan yang lebih baik...

Pelbagai sorotan berlalu,terbaru,kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih belum dijumpai sehingga kini.dipendekkan cerita,secanggih mana pun teknologi yang dicipta manusia,ia masihjuga tidak mampu melawan takdir yang ditentukan Allah swt..
aku tidak menolak pelbagai kemungkinan yang berlaku 
-rampasan,konspirasi barat,politik -
bukan itu yang penting..
soal sekarang adalah nyawa manusia yang tidak berdosa,yang telah dilibatkan secara tidak langsung dalam pelbagai agenda tersembunyi..

cukup sudah aku mengulas mengenai isu kehilangan MH370,
hanya mampu ku tadahkan doa agar mereka -penumpang - pesawat yang hilang itu agar ditemui semula dalam keadaan yang selamat..inshaALLAH.


sebelumnya isu liwat Anwar Ibrahim..
ahli politik yang kunun memperjuangkan keadilan..percaya atau tidak,itu hak individu..cuma komen secara rawak aku simpulkan,hakim juga manusia biasa..setelah keputusan dibuat,biarlah ia menjadi urusan antara hakim dengan Allah swt..biarlah mereka yang menjawab keputusan yang telah mereka lakukan di padang masyar kelak..


TERBARU..
kemenangan manis club kesayangan beta,LIVERPOOL ke atas rival utama Manchester United di laman Old Trafford..bukan kemenangan biasa,tetapi kemenangan bergaya menundukkan setan merah 0-3 hasil 2 jaringan Steven Gerrard dan juga 1 Luiz Suarez.Pokoknya fans Manuk United kecewa berabis dengan persembahan team ayam mereka..hahahaha!..


sekian penulisan buat kali ini...selamat malam dan semoga mimpi indah kalian..haha!
jumpa di entri yang berikutnya... YNWA!

18 July 2013

Kecoh Izzue Islam Kahwin Dua!





Aktor dan penyanyi, Izzue Islam baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Awin Nurin yang juga merangkap pengurusnya pada awal bulan lalu dan kini dia sudah terpaksa menempuhi pengalaman berpoligami apabila bakal beristeri dua.

Namun semua itu bukan di alam realiti sebaliknya, ianya hanyalah watak yang akan dijayakan Izzue sendiri dalam pementasan teater Maduku...Kalut.

Itulah hasil karya terbaru Muhammad Azhar Zainal yang sebelum ini pernah menghasilkan pementasan 'Muzikal Uda & Dara', 'Cuci The Musical 1&2', 'Upin & Ipin The Musical', 'Juta-Juta' dan banyak lagi.

Maduku...Kalut merupakan teater komedi yang berlatar belakangkan era moden ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat Bin Johan (Izzue Islam) yang terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjaya yang tidak menentu serta kehidupan berumahtangga bersama dua orang isteri iaitu Bibi (Jihan Muse) isteri pertama yang tinggal di Kampung Baru dan Bibi (Nad Zainal) isteri kedua yang tinggal di Keramat.

Masing-masing tidak mengetahui bahawa mereka telah dimadukan dan Selamat harus pandai membahagikan masa tertentu untuk bersama isteri-isterinya. Selamat secara tidak langsung telah terlibat dalam satu insiden yang mengalutkan keaadannya sehingga terpaksa meminta bantuan Adam(Karl Shafek), seorang pemuda, yang juga jirannya untuk bersemuka dengan pihak polis, wartawan dan kedua-dua isterinya.

Disinilah bermulanya segala kekalutan dan kekusutan dalam hidup Selamat. Pementasan ini telah diadaptasi berdasarkan skrip 'Run For Your Wife' karya Roy Cooney.

Teater berdurasi selama 1 jam 30 minit ini akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2013 ini bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam. Ianya akan turut dijayakan Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.

Tiket boleh didapati di kaunter BoxOffice Istana Budaya dan AirAsiaRedTix.com dengan harga RM 35, RM 55, dan RM 85. Untuk tempahan secara berkumpulan dan maklumat lanjut, hubungi Amirul di talian 0133962612.

Islam Yang Ganjil Namun Beruntung.




Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145].

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.



Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?


Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah??

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huhahuha dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni?

 Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??

Jika PERNAH, maka berbahagialah!

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Wallahuaklam.

Sumber: AI (Orang-Orang Ganjil Yang Beruntung).

Benarkah Makhluk Jin Ada Akaun Twitter?





Antara mahu percaya ataupun tidak. Namun itulah yang dilaporkan oleh media di Arab Saudi di mana terdapat satu akaun laman sosial Twitter mendakwa dirinya sebagai jin. Pengakuan itu mendapat perhatian orang ramai dari seluruh dunia. Tambahan pula, di akaun tersebut jin tersebut turut memuat naik gambar tempat tinggalnya pada 100 tahun dahulu. Kewujudan akaun twitter itu juga adalah kerana jin tersebut mahu bergaul dengan manusia. Sukar untuk dipercayai.

 Namun anda boleh melihat akaun twitternya di sini. https://twitter.com/s_2O17_s

Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun.


Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga  ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa.
sumber: Kisah Best

Ashraf Muslim Tipu Mertua Kahwin Lain Di Thailand


Bapa mertua kepada pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim kecewa dengan tindakan pelakon itu yang membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman apabila bernikah kali kedua dengan bekas kru televisyen di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.
Dilaporkan, Lokman Abdul Hamid, 54, yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikaikan tindakan Ashraf yang dianggap terburu-buru bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.
"Kami sebenarnya kesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan. "Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman.
Tambah Lokman, dia juga tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak.
Lebih mengecewakan, apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana bahawa tujuannya ke Thailand adalah untuk bernikah.
Mengulas mengenai penerimaan Dayana, Lokman berkata anaknya tidak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Diyana selepas ini dan tidak masuk campur.
“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar,” katanya.
Menurutnya, Asyraf mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen televisyen dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana.
Bercerita rentetan kes itu, Lokman memberitahu pada mulanya Dayana memohon mahkamah menangguhkan kes itu kerana dia tidak mempunyai peguam.
Justeru mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi.


25 May 2013

Kejutan Pelajar Wanita Miliki 4 Buah Pinggang.




Seorang pelajar wanita di London yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan.Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.

Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.

Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej ‘gelembung’ sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.

Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.

Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.

Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.

Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.

“Kejadian begini sangat jarang berlaku,” katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.

Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. “Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan,” katanya ketika ditemui. 

-Daily Mail

MOHON BAPA AFIQ MUIZ TAMPIL SELESAI MASALAH!




KUALA LUMPUR: Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.
Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.
"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.
"Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
"Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.

JALAL ABIDIN

Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga di sebelah pihak bapa pelakon itu berkumpul pada sidang media tersebut bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada 14 Mei lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

HAZLIZA MOHAMAD

Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.
"Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.
"Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya.
Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.
"Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.
"Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.
"Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula," tegas Afiq.
Bagaimanapun, ibu dan bapa Afiq tidak hadir pada sidang media berkenaan
SUMBER : mSTAR ONLINE

15 May 2013

Afiq Muiz Muntah Darah Eina Azman Tuntut Maaf!




Saya Dihalau Ibu, Bukan Anak Derhaka
Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa.
Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.
"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya.
Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya.
"Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya yang mengakui keadaan kesihatan yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini.
Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia.
"Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," katanya yang mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu.
Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya.
"Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan.
"Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya.
Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
"Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," katanya.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.


Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf
 Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
"Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
"Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa.
Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.
Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik.
"Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan.
"Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya.
Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu.
"Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah.
"Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya," katanya.
Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka.
"Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia," katanya.
Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.
"Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri.
"Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya," ujarnya.
Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya.
sumber:mStar
lagi cerita panas : JAWAPAN BALAS IBU AFIQ TERHADAP KENYATAAN EINA AZMAN YANG KURANG AJAR!

Ashraf Muslim Sudah Bertunang!