Showing posts with label realiti. Show all posts
Showing posts with label realiti. Show all posts

25 April 2012

Hari Ini dan Semalam





Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rasa lama pula tidak menulis entri..Mood blogging tu tiada beb..Hehe..Sibuk dengan aktiviti realiti,macam biasa..Hari ni terlintas dalam kepala akal mau tulis sebuah entri yang berunsur kejiwaan sedikit la..Sedikit ka banyak ka layan je la..

Aku ada seorang sahabat..wanita dan muslimah..yang dahulunya pernah aku cintai hatinya,perilaku dan sifatnya..Semalam hari jadinya..dan aku hampir terlupa namun disedarkan oleh seorang sahabat karib aku melalui twitter.Syukur aku tidak terlewat..Alhamdulillah aku memilik sahabat yang prihatin..Terima kasih ya Allah..





Alkisah,aku jatuh cinta dengan dia seawal umur 8 tahun lagi,bersamaan Darjah 2.Ketika itu aku dipindahkan dari kelas Bijak,ke kelas yang lebih bijak,Bestari..Aku sudah kurang ingat,masa dan peristiwa bagaimana aku boleh jatuh cinta..tapi itulah cerita dan hakikat yang sebenar..AKU JATUH CINTA SEAWAL 8 TAHUN..



Sudah namanya telah jatuh cinta,pasti akan ada saja cara untuk mendekati,dan mengusik si dia..Dalam proses itu,aku ada beberapa sahabat,menemani aku untuk mendekati dia..Paling ku ingati,Yahya,Farhan dan Masli,rakan sekolah rendah yang aku sangat rindui hingga sekarang.Yahya dan Farhan,hilang jejak..Masli,telah bertugas di sebagai pembantu perubatan di hospital utama di daerah ini..

Secara jujurnya,sehingga kini,hatiku masih lagi mencintai dia..Bukan kemahuan aku untuk terus merelakan hatiku untuk dimilikinya,walaupun cinta itu tidak berbalas,namun itu semua urusan Yang Maha Kuasa..Telah bertahun aku mencuba,berusaha melenyapkan rasa dan resah jiwa yang bila difikirkan,adalah sia-sia bagi mencintai seorang wanita,yang telah menolak.Namun,apakan daya hati yang lemah,terpaksa merelakan keruan perasaan yang masih membutuhkan pembalasan yang setimpal..InsyaAllah jika ada jodoh..

Dia ada alasan yang kukuh untuk menolak..Ya..aku tak salahkan dia..banyak perbezaan diantara kami berdua..Aku sedari hakiki itu..Dia berhak hidup dalam suasana yang dia rasa nyaman,dan dia juga ada hak untuk bahagia,atas keinginan dia sendiri..Alhamdulillah,aku sudah matang untuk menilai semua itu,dan aku cukup bermoral untuk mengerti,perjalanan hidup ini,bukan semudah ABC,dan 123..




Dia Yang Maha Agung,juga Maha Mengetahui,lebih Arif untuk mentafsir mengapa hatiku masih memiliki rasa cinta itu..rasa cinta yang sangat indah untuk diterjemah..mengapa tidak berusaha untuk hilangkan rasa itu?..Jika dikira,3 kali aku mencuba untuk mmberikan rasa itu kepada wanita yang lain,namun tidak berhasil..Ya,mungkin masih memerlukan lebih masa dan usaha,cuma buat masa ini,cukuplah...Biarkan ia terjadi secara natural,hematku..

Memandang positif lirik lagu Najwa Latiif,''semua yang berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja''...Semua dah ditakdirkan untuk ciptaanNYA,cuma tanggungjawab kita untuk laksanakannya..Allah itu Maha Kuasa,takdir itu boleh diubah bila-bila masa..InsyaAllah..Maka itulah disaran untuk berusaha..

Rasanya,cukuplah sekadar ini ''sedikit'' kejiwaan itu..Jika mau dihurai mungkin aku boleh menghabiskan seluruh subuhku yang bermakna ini hanya untuk rontaan sekeping hati yang tiada peneman bicara..mujurlah ada blog ini,yang mampu menampung seidkit sebanyak resah gelora..

InsyaAllah,jika ada jodoh,tak kemana juga perginya tu..doa+usaha+tawakkal..kunci insan bergelar Muslim untuk menghadapi masa depan..Aku sentiasa berharap,pintu hatinya akan terbuka suatu hari nanti..walaupun takdirnya bukan untuk aku...sekian...

Mr.Sasube.....

16 January 2012

Nasihat Hakim buat Siswa dan Siswi



sekadar gambar hiasan
''Awak malang kerana menyalahgunakan tanggungjawab dan kepercayaan ibu-bapa dengan melakukan perkara tidak bermoral.Mungkin awak anggap biasa,apabila 2 kali ditangkap.''


''Saya tegaskan kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana banyak kes membabitkan pelajar ditangkap melakukan maksiat,namun kamu tidak ambil iktibar.Kamu jadi anak yang tidak kenang budi ibu bapa.''


Itu adalah pesan yang diberikan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir ketika menjatuhkan hukuman kepada seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan,Iranazira Yaacob,20 tahun,selepas tertuduh mengaku salah terhadap 2 tuduhan mengikut Seksyen 53,Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka(EKSNM)1991 iaitu berkesediaman atau berkurung dengan lelaki bukan mahram hingga mendatangkan syak melakukan maksiat.

kata Mohd Asri lagi,Iraniza nyata tidak insaf apabila mengulangi kesalahan selepas ditangkap berkurung dengan 4 lelaki di sebuah hotel tahun lalu dan mencipta rekod sebagai pasangan pertama tahun ini didakwa kerana kesalahan jenayah syariah.



Iraniza didenda RM3800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka selepas mengaku bersalah terhadap 2 tuduhan termasuk berkurung dengan 4 lelaki di sebuah hotel murah di pusat bandar ini pada Februari 2011.

Mohd Asri menjatuhkan denda RM2300 atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda terhadap Iraniza bagi kes pertama dan RM1500 atau penjara 5 bulan bagi kes kedua.Pasangannya dalam kes kedua,Mohd Fazley pula didenda RM2400 atau penjara 5 bulan jika gagal membayar denda.

Mereka turut dinasihati supaya bijak memikirkan baik dan buruk tindakannya memandangkan mereka adalah penuntut universiti..





#Alahai,sekadar denda duit dan penjara beberapa bulan ja,boleh ke insafkan MAHASISWA DAN MAHASISWI yang sudah matang dan pandai berfikir ni..Mereka kan golongan terpelajar,belajar tinggi belanja ribu riban untuk segulung ijazah..

kan bagus jika ada undang-undang Islam di gunapakai dalam Mahkamah Syariah,kerana fungsi Mahkamah Syariah itu juga untuk menegakkan halal haram dalam agama Islam..



Mengikut hukum agama Allah s.w.t yang difirmankan dalam surah An-Nur Ayat 2 bermaksud:


''Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat:dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah,jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

So muhasabah diri apa guna nama Mahkamah Syariah(Islam) tapi tak menjalankan hukum Allah...Wallahualam....