Showing posts with label sense of wonder. Show all posts
Showing posts with label sense of wonder. Show all posts

14 March 2012

Kronologi Kes Bunuh Nurul Nadirah Abdullah@Dirang


Assalamualaikum,salam perpaduan...

Kes kehilangan-rogol-bunuh kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu.Ianya seperti telah menjadi satu fenomena yang bakal berulang saban tahun.



Terkini,negara digemparkan dengan kes bunuh Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah,atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya,Dirang..Menambah sebak,allahyarhamah dibakar sehingga rentung,sehinggakan pihak polis menyangka mayat itu adalah milik seorang dewasa ketika pertama kali ditemui..

Sekali lagi persoalannya,dimanakah nilai perikemanusiaan sehingga sanggup membakar seorang anak kecil berusia 5 tahun sehingga rentung ???..ibarat arwah telah melakukan dosa yang amat berat untuk diberikan belas kasihan...Kini,allahyarhamah Nurul Nadirah menjadi salah seorang dari beberapa kanak-kanak yang telah dahulu mengemparkan negara suatu ketika dahulu..



Nurul Nadirah mangsa terbaru kekejaman manusia tidak bermoral

Jom ikuti kronologi kes bunuh Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang :



1 MAC ; Keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam ketika membeli mi segera dan telur pada jam 10.30 pagi.Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

6 MAC ; Roselyn Alan,25,ibu Dirang mengaku melayari facebook tanpa menyedari          anaknya yang ke kedai belum pulang sehinggalah suaminya,Lima Medeng,25,bertanyakan di mana kanak-kanak berkenaan


7 MAC ; Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan dialami keluarga Roselyn.


8 MAC ; Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa.Polis turut mengambil sampel deoxyribonucleic asid(DNA) daripada Roselyn.


9 MAC ; Tahanan reman 3 suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.


10 MAC ; Bapa kandung Dirang yang berasal dari Selangor ditahan bagi membantu siasatan.


11 MAC ; Isteri Sultan Johor,Raja Zarith Sofia melawat keluarga Roselyn.


12 MAC ; Polis mengesahkan rangka ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai pada 8 Mac lalu adalah milik Nurul Nadirah @ Dirang.DNA sepadan dengan Roselyn

13 MAC ; Keluarga Roselyn menuggu pengesahan Pakar Gigi sebelum menguruskan pengebumian jenazah Nurul Nadirah.Roselyn mengaku pernah diugut melalui SMS oleh seorang wanita misteri.


gambar sms ugutan yang diterima ibu Dirang


Mr.Sasube: Masyarakat sepatutnya sedar daripada peristiwa hitam yang berlaku..Jadikan iktibar supaya tidak membiarkan anak bersendirian apabila keluar dari rumah,apatah lagi apabila menetap di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi..

Seperti kata pepatah,rambut sama hitam,hati lain-lain..kita tak mampu menyangka niat di hati seseorang..Kesimpulannya,diharap masayarakat dapat menyedari pentingnya pengawasan kepada anak-anak disebalik rasa simpati dan sedih daripada peristiwa ini...


Redha dengan apa yang berlaku,semua itu ada hikmahnya



05 March 2012

5 Askar Dajal AS terlibat bakar Al-Quran di Afghanistan


WASHINGTON – Lima askar Amerika Syarikat (AS) secara langsung terlibat dalam insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera Bagram di utara Afghanistan, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan dan tentera, semalam.
Memetik pegawai-pegawai itu, laporan NBC News mendedahkan sebahagian kandungan rumusan siasatan pihak tentera AS.
Pegawai-pegawai itu memberitahu NBC News bahawa siasatan masih belum lengkap, tetapi lima askar didapati terlibat.
Bagaimanapun mereka dilaporkan tidak akan berhadapan dengan tuduhan jenayah kecuali hukuman bukan kehakiman, kemungkinan hanya diberi celaan.
Jawatan dan pangkat kelima-lima mereka tidak didedahkan, kata laporan NBC News.
Keputusan penuh siasatan itu tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan yang serupa dijalankan oleh kerajaan Afghanistan dan AS didedahkan kepada umum, yang dijangka akan muncul dalam beberapa hari lagi.
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam protes di seluruh Afghanistan.



25 October 2011

Wordless Wednesday #4:Fesyen Separa Jahiliyah



Nota:

Apa tujuan sebenar pakai hijab? Apa tujuan pakai tudung? Apa tujuan fesyen muslimah? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannya UNTUK KELIHATAN SEKSI !! Tudung sudah OK..! Tapi kenapa pakai skirt macam bukan Islam. Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LENGGING hitam ketat. Hakikatnya LENGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang!!!




14 July 2011

berhati~hati,roti canai,pisang goreng aka sanggar+sambal..


Assalamualaikum..
Lama rasanya aku tidak update blog ni
Serasa baru sehari tinggalkan dunia online..
cuma curi~curi online guna handphone..
sifat malasku menjengah untuk 
membuka sang lappy tercinta ini.. ditambah lagi dengan beberapa masalah
yang berlaku beberapa hari ini..

                   ni aq curi dari blog si Qimay..maybe si Qimay nak delete sudah sebab tidak berupdate
                     selama 5 hari..warghhhhh,5 hari!!!! aku sangka baru semalam jak aq tidak online..

Hari ini aku nak kongsikan perihal makanan..
Sapa yang belum makan tu,
yang berhajat mahu keluar makan di restoran ke,
warung ke,kedai mamak ke..
bah, pi la dulu..nanti balik rumah baru baca ni..
takut nanti tiada selera pulak..ha,ha,ha...

Aku cedok berita ni dari h.metro..
tentang restoran yang menghidangkan bangkai kambing..
Opsss.,jangan gusar dahulu...
Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia,
di negara yang sukakan kedamaian ni,.
tapi berlaku di Madinah..
Sini aku kongsikan beberapa kerat perenggan
berita yang telah aku ringkaskan..

Pemilik restoran berkenaan membeli kambing berpenyakit
kerana harganya yang murah sebelum digunakan dalam 
hidangan kepada pelanggan...
Dalam kes tertentu pula,pemilik restoran itu turut menggunakan
daging kambing yang lama mati sebagai bahan masakannya.
Restoran itu kini ditutup sementara selepas semakan mendapati
pekerja disitu tidak memiliki sijil pengesahan kesihatan
Turut mengejutkan apabila di bahagian belakang kediaman 
pekerja restoran terbabit dijadikan pusat penyembelihan
serta penemuan kambing berpepnyakit serta bangkai haiwan 
berkenaan..
Bila mana manusia obses dengan wang,
maka tindakannya telah menghalalkan segalanya.
Inila realiti dunia zaman sekarang..
yang kotor jadi BERSIH..
yang BERSIH jadi kotor..

So kepada para bujangan,perantau,isteri yang malas masak
suami yang cerewet isteri tidak pandai masak,
dan semua mereka~meraka yang suka lepak
dekat restoran aka warung aka kedai kopi aka
apa~apa yang sewaktu dengannya...
 terutama yang beragama Islam ni,
jika berhajat mahu menjamu selera 
dimana sekalipun,
tolong berhati~hati..
jangan terlalu suka hendak mencuba sesuatu yang baru
lebih elok pergi ke tempat yang kita kenali
dijamin kualitinya,dan yang utama..
pastikan diyakini halalnya..

Aku teringat satu kisah..tentang makanan kesukaan ramai
apa lagi kalau bukan ROTI CANAI..
aku tidak tahu benar atau tidak..
WALLAHUALLAM..
Ini cerita dari mulut akak rakan sekerja dahulu..
sambil kerja lancar jugak dia bercerita..
biasala tu akak yang dipertengahan usia ni kan..ha.ha.ha


Tersebutla kesah,suami akak ni pergi ke rumah keluarga.
 Rumah keluarga tu terletak di tingkat paling atas bangunan flat..di bahagian bawah ada sebuah restoran India..dia punya roti canai punyala sedapppp..setiap hari mesti habis punya..1Malaysia pergi makan roti canai sana..India ada,Malay pun ada..aik,cina pun ada??..sungguh ajaib..hihi

Diringkaskan cerita(memang ringkas pun),sewaktu menaiki anak tangga ke rumah keluarga,di tingkat pertama bangunan(lupa pulak nak cerita..tingkat bawah dengan tingkat pertama disewa oleh pemilik restoran tuh
dia ternampak melalui pintu yang terselak,seorang pekerja restoran(berbangsa india) lagaknya seperti mengurut belakang manusia,kedua~dua belah tangan berpaut pada holder yang tersedia,.

Emm..namun suami akak ni buat endah tak endah jak..
Biasala tu,buat kerja..suami akak buat selamba je naik 
tangga ke rumah keluarga tu..sekejap saja pastu turun balik..Semasa melalui tempat tadi,dia masih melihat
pekerja India itu melakukan perkara yang sama.tapi lagaknya semacam kepenatan.. 

Biasala sifat manusia,ingin tahu tu sentiasa ada..begitu juga suami akak,lalu dia menjengah ke dalam bilik tuh,kan dah pintu terselak..manatau kot~kot orang tuh kena kes dera,bolehla dia jadi hero..agagagaa..Sekali masuk,suami akak ni terkejut tahap jantungmahu gugur,melihat pekerja India itu rupanya memijak~mijak tepung adunan roti canai di dalam besen besar..



Semenjak hari itu,suami akak tak pernah  sudah memakan ROTI CANAI.
p/s: cerita adalah benar,dan sumbernya masih bernyawa lagi..latar tempat berlaku di sekitar daerah Tawau...



                 
Kasihan suami akak tuh..trauma ya bang..ahaha..
Sapa suruh gatal kaki pi terjah sana..
kan sudah terkena..hihi..
Siapa tak geli,jijik lihat tepung roti canaidiadun menggunakan kaki..gila apa??
yakss,aku sendiri pun tidak berani makan
roti canai jika aku tidak mengenali tukang buatnya.
terus teringat cerita akak tuh..
aq pun trauma sikit la jugak..

Pernah sekali,ni aku sendiri yang alami..
suatu hari tu,aku lapar sangat..sangat lapar..
tapi aku kena cepat,ada hal kunun..
so aku ternampak restoran sebelah kedai kawan ni
ada jual pisang goreng,
1st tuh aku tidak berminat jugak,
tapi perut ni sudah berbunyi tahap gong..
aku sapu jakla.aku beli sebanyak rm2..
aku makan sambil drive..dah lapar..hentam ja la.
sambil cecah ngan sambal.perghh..meletoppp.sambal udang+belacan+kacang..terbaik punyaa..

perghh,ini baru namanya produk kebanggaan Malaysia..
orang Putih celebrate befday makan pisang goreng aka SANGGAR!!
belilah makanan buatan Malaysia..yeah!!!

Sampai sahaja di rumah,
aku sambung balik makan pisang goreng tuh,
time aku nak cecah pisang tuh dekat sambal,
tetiba la pulak aku ternampak 2 biji benda hitam.
aik??tadi aku makan dlm kereta tiada pun..
sekali aku angkat benda hitam tuh,
aku belek punya belek..perghhhhh..
LALAT..mangkuk hayun betulllll!!!

aiyakkk..ini tahi lalat MEGA la..bukan ini,bukan ini..

aku termakan sambal udang versi LALAT..
apa lagi,aku langsung muntah di singki sana..
terasa sangat jijik waktu itu..yaksssssss..
tapi sedap..wahaha..
and then,aku terus jadi sensitif soal makanan ni.
cerewet dan menjengkelkan..
padulik apa aku..kihkih..


kalau korang tahu lalat ni borak pasal apa..memang lu terer la beb!!