Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

01 February 2013

5 Sebab Mengapa Perlu Merokok!





:: 5 sebab kenapa anda perlu merokok...???? ::

1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.

Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..

2. Nampak macam orang kaya.
Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..

3. Dah banyak sangat pahala.
Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..

4. Warna paru-paru special berbanding orang lain.

Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?

5. Tak diganggu nyamuk.
Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..

SETUJU??




31 January 2013

Amaran ND Lala Buat Sharnaaz




Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala hari ini menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila.

Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan tegas.

Umum mengetahui sebelum ini, yang Shila Amzah, 23, menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad, 28, dan kisah cinta mereka sering berdepan pelbagai kontroversi yang selalunya dimulakan oleh Sharnaaz sendiri.

ND Lala ketika dihubungi oleh Harian Metro dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

ND Lala bagaimanapun tidak menolak jika jodoh memang ada antara Shila dan Sharnaaz, tetapi menegaskan belum sampai waktu untuk anaknya berumahtangga.

LAGI ISU MENARIK ND LALA VS SHARNAAZ KLIK SINI


#Mr.Sasube: Biasalah artis ni kalau dah bercinta bagai nak rak...Gunung Everest sanggup ditawan untuk membuktikan cintanya..lepas dah kahwin timbul pula cerita cerai...elokla kalau dapat kahwin,kalau putus tengah jalan,mula la buat muka tak malu...huhhh....Wallaualam...

24 December 2012

Eja Memikat Hati Dato' Shah Rukh Khan.




18 DISEMBER 2012: Nampaknya kegembiraan aktres popular Siti Shahreza atau Eja dapat bersalaman dan merakamkan foto kenang-kenangan bersama megastar Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan baru-baru ini merupakan detik yang terindah buatnya.

Bagaikan mimpi jadi nyata, Eja yang hadir ke majlis bagi meraikan ulang tahun ke-87, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, ternyata amat terharu dengan pertemuannya bersama Shah Rukh Khan itu.

"Syukur Alhamdulillah. Nampaknya dapat juga Eja berjumpa dan bersalaman dengan 2 hero Eja iaitu Tun M serta satu-satunya pelakon lelaki pujaan Eja iaitu Shah Rukh Khan. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Eja sekarang," katanya ringkas sambil berkongsi foto yang berjaya dirakamkannya.

Undangan untuk menghadiri majlis berkenaan tidak ditolak Eja, apatah lagi bila mengetahui bintang pujaan ramai itu akan bertandang bagi menyerikan sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir.

Lantas, seperti biasa aktres jelita yang mementingkan kesempurnaan itu telah membuat persiapan lebih awal terutama dari sudut penampilan dan persalinan untuk meraikan hari istimewa berkenaan.

"Tak sangka pula, apabila Eja berdiri di sebelahnya, dia melihat Eja dan memuji penampilan dan pakaian yang Eja pakai. Kami bersalaman dan Eja mengambil peluang untuk terus bergambar dengannya," katanya teruja.

Eja telah menggayakan persalinan tweed 'Lady Kebaya' rekaan pereka fesyen muda berbakat besar, Syaiful Baharim dengan solekan ringkas bersama dandanan rambut sanggul ke atas.

Jelas Eja, dia sama sekali tidak menyangka untuk mendapat pujian sebegitu indah daripada Shah Rukh Khan dan menganggapnya sebagai penghargaan tidak berbelah bagi.

"Ini adalah pertama kali Eja menggayakan Syaiful Baharim setelah diperkenalkan oleh Ayie Ali. Ketika bertemu dengan Syaiful di butiknya di Bangsar, pereka itu ada menunjukan beberapa persalinan yang cukup indah.

"Banyak juga pilihan yang Eja suka. Bagaimanapun ada di antaranya yang sesuai untuk digayakan ke acara karpet merah atau majlis gala. Tetapi kebaya tweed lebih menjadi pilihan Eja kerana ianya ebih sesuai untuk majlis meraikan Tun Dr Mahathir," katanya.

Tidak keseorangan, Eja telah hadir bersama suami tercinta Mohd Silahuddin Jamaluddin yang sangat sporting merakamkan gambar detik manis berkenaan

21 December 2012

Patah Seribu Berkumandang di Miami!




20 DIS 2012: Penyanyi Shila Amzah telah berlepas ke Amerika Syarikat pada jam 8.00 malam tadi bagi menghadiri World Music Awards (WMA 2012) yang akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila berlepas ke sana dengan ditemani bapanya, ND Lala, ibunya, Fauziah Sarman serta pengurus daripada Shanghai Media Group, Ong Peng Choo.

Menariknya, seramai hampir 40 peminat beserta kenalan keluarga Shila hadir memberikan sokongan serta kata peransang buat gadis muda yang telah melakar banyak kejayaan pada tahun ini.

Bermula dengan kemenangan sebagai juara Asian Wave 2012 di Shanghai ini, Shila kemudian mengukir kejayaan menarik di malam kemuncak Anguerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM19) apabila lagu yang dicipta serta dinyanyikannya sendiri iaitu Patah Seribu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM19 selepas ianya memenangi kategori Lagu Pop Terbaik.

Pada Anugerah Planet Muzik 2012 (APM2012) yang telah berlangsung di Singapura baru-baru ini, Shila Amzah sekali lagi mencipta kejayaan apabila dia dinamakan sebagai Artis Wanita Terbaik setelah gelaran itu diraih penyanyi Indonesia, Rossa pada tahun lalu.

Melengkapkan lagi kejayaan di pentas APM2012 pada malam itu apabila Shila Amzah turut meraih kemenangan menerusi kategori Duo/Kumpulan Terbaik bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura dalam 3 Suara.

Apakah Shila bakal meraih kejayaan pula di dalam World Music Awards (WMA 2012). Kita tunggu! Apapun, Shila Amzah menjadi anak seni tempatan pertama tercalon dalam dua kategori iaitu World Best Female Artist (Artis Wanita Terbaik Dunia) dan Best Entertainer of The Year (Penghibur Terbaik Dunia).

Malah, Shila juga bakal beraksi di pentas VMA 2012 nanti.Difahamkan,Shila bekemungkinan akan mengalunkan lagu Patah Seribu di pentas VMA 2012 itu. Bayangkan bila lagu Melayu yang dicipta serta dinyanyikan Shila Amzah itu akan berkumandang di negara yang dipimpin oleh Barrack Obama itu.

Satu senario yang disifatkan cukup menarik, namun semua itu hanya akan menjadi kenyataan jika Shila Amzah tidak akan berdepan dengan masalah menerusi visa persembahannya sewaktu tiba di sana nanti.

Kata Shila, dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan dicalonkan di dalam 2 kategori di dalam majlis anugerah tersebut.

"Ini adalah satu peluang yang saya sendiri sama sekali tidak menyangka. Rasa macam bermimpi pula. Lebih-lebih lagi apabila berpeluang untuk beraksi di pentas antarabangsa itu nanti yang bakal menhimpunkan ramai penyanyi dan penghibur bertaraf dunia. Sedangkan saya, bukanlah layak digelar seorang diva lagi di Malaysia. Tapi, saya sangat teruja untuk tampil dan beraksi di sana.

"Dan, syukur Alhamdulillah, selepas 12 tahun berada di dalam industri ini, akhirnya orang nampak bakat dan kebolehan saya. Dan, sekarang ini, jadual saya memang padat. Dari Shanghai, ke KL, Ke Jakarta, Ke Banjarmasin, kemudian ke Singapura dan sekarang ini ke Amerika pula. Semua ini adalah rezeki ," katanya yang telah membawa 4 persalinan untuk digunakan sepanjang menghadiri majlis anugerah itu nanti.

sayangnya gambar Shila Amzah yang digunakan untuk pencalonan dan pengundian adalah gambar ketika beliau masih tidak mengenakan hijab..diharap tahun berikutnya Shila Amzah lebih peka dengan situasi seperti ini..

Selain Shila Amzah, penyanyi Dato` Siti Nurhaliza pula hanya tercalon menerusi satu kategori saja iaitu Best Female Artist. Namun dalam kategori tersebut, Shila dan Siti terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson, Madonna, Alicia Keys, Britney Spears dan Christina Aguilera serta 32 penyanyi antarabangsa lain.

Manakala dalam kategori Best Entertainer of The Year, saingan Shila Amzah terdiri daripada 146 orang penghibur dunia lain yang hampir semuanya hebat-hebat belaka seperti Kanye west, Bruno Mars, Jennifer Lopez dan Lady Gaga.

WMA edisi ke 23, menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia menerusi 9 kategori yang dipertandingkan iaitu Best Song, Best Album, Best Video, Best Group, Best Female Artist, Best Male Atrist, Best Live Act, Best Electronic Music Artist dan Best Entertainer Of The Year.

Ia adalah majlis berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album dan lagu di seluruh dunia. Kepada semua peminat Shila Amzah dan Dato' Siti Nurhaliza serta peminat dunia hiburan tanah air yang ingin memberi sokongan kepada selebriti tempatan ini, boleh layari www.worldmusicawards.com untuk mengundi.


07 December 2012

Segera Bertaubat Najwa Latif!



Terlalu lama menyepi dari dunia blog,terasa ketinggalan dari mengikuti perkembangan dunia maya ini..Terkejut membaca isu Najwa,seorang penyanyi yang dikenali melalui Youtube yang telahpun mengecewakan ayahandanya,Abdul Latif Ismail..Sehinggakan si bapa sanggup menceritakan perasaan beliau dengan seorang wartawan Berita Harian..

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. 

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian. 


Petikan dari BH online itu cukup menggambarkan betapa kecewa seorang bapa terhadap anaknya sehinggakan sanggup bersumpah menggunakan nama Allah swt..Adakah tidak terdetik di hati Najwa Latif untuk bermuhasabah diri,apakah kesalahan yang telah dilakukan terhadap bapanya sehingga sanggup menceritakan kekecewaannya kepada seorang wartawan hiburan?..

Bukan untuk menilai seorang artis yang cukup popular,tetapi nampaknya ego Najwa Latifsedikit terserlah apabila mengemaskini akaun statusnya:




Bagi saya,Najwa perlu berdiam diri kepada media,tetapi perlu segera bertaubat kepada ayahandanya dari terus mengaibkan diri sendiri..Perlu diingat Najwa,restu ibu-bapa itu perlu bagi kebahagiaan seorang anak..Sejahat manapun ibubapa kita,mereka tetap yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia..Apalagi jika seorang anak perempuan yang dosa-dosanya bakal ditanggung oleh bapanya di akhirat kelak sebelum bernikah...Fikir-fikirkan Najwa!...Wallauhalam...



Abby Abadi Tak Senang Hati Rakan Artis Ke Gaza!




Agak tersentap juga apabila kami membaca status yang dikeluarkan oleh Abby Abadimempertikaikan Misi Aqsa Syariff ke Gaza oleh rakan artis sendiri iaitu Afdlin Shauki, Bront Palarae &Zain Saidin di dalam laman Twitter@abby_abadi112 milik beliau.
Abby Abadi memperlecehkan rakan artis yang berniat suci dan ikhlas untuk misi ke Palestin ini kerana di Malaysia mereka mengundi UMNO atau Barisan Nasional. Oh, kenapa perlu ada diselitkan politik dalam agenda misi ke Gaza ya?
Menurut Abby Abadi lagi, sebenarnya beliau pun mendapat jemputan untuk misi ke Gaza tetapi sebab terikat dengan program dan tanggungjawab kepada ibu bapa serta anak-anak menyebabkan beliau memberi peluang kepada rakan artis lain. Ye ke?
Janganlah dipertikaian dan diperlecehkan niat suci saudara kita untuk membantu saudara Islam kita di sana disebabkan taksub dengan politik.


10 November 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo!




Digelar “Weeding of the year 2012″, hari ini merupakan tarikh keramat bagi dua pemain Badminton Negara ini, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei yang tidak perlu saya perkenalkan lagi dan pasangannya Wong Mew Choo. Datuk Lee C.W yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui sukan Badminton sejak sekian lamanya. Yang menariknya, Wong Mew Choo juga merupakan bekas pemain perseorangan Badminton Negara yang telah banyak memberikan sumbangan kepada industri sukan negara.
Mungkin selepas ini, adakah Datuk L.C.W akan bersara dari sukan Badminton selepas berkhawin? mampukah beliau menyahut cabaran terakhir beliau iaitu Game yang akan datang di sukan Olimpik? mampukah beliau meraih 1 pingat berharga iaitu pingat emas sebelum beliau bersara? itu terpulang kepada beliau, kita doakan supaya beliau terus cegas nanti menjelang sukan terbesar itu. Mencari pelapis seperti beliau memang sukar di cari namun ia tidak mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu mencapai sasaran 1 pingat emas pada sukan Olimpik 2016 nanti. Kerajaan juga telah memperuntukkan 16 juta untuk itu.
Malam ini dan besok [9 dan 10 November 2012] korang boleh menonton perkhawinan Datuk Lee Chong Wei & Wong Mew Choo secara ‘streaming’ menerusi portal Tonton dari jam7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my. Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya.Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu. TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.
Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

05 November 2012

Isu Cekik Sharnaaz Ahmad,Produksi Gelabah???


KUALA LUMPUR, 5 NOV 2012: Pihak syarikat produksi filem Darah Panas iaitu White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. (WME ) tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan mereka yang dikatakan akan mengeluarkan surat saman terhadap pelakon utama filem tersebut, Sharnaaz Ahmad.

Malah, pihak syarikat produksi itu tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai masalah yang dihadapi dengan Sharnaz Ahmad kerana isu tersebut masih dalam proses undang-undang.
Wakil WME memberitahu segala isu berkaitan Sharnaaz Ahmad dengan syarikat produksi WME serta penerbit filem Darah Panas, S. Baldev akan terjawab dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi.

"Kami dan termasuk S. Baldev tidak dapat mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ianya masih dalam proses undang-undang. Kami akan menjawab segala persoalan mengenai isu ini dalam sebuah siding media yang akan diadakan dalam seminggu dari sekarang," katanya jurucakap yang dihubungi murai.com.my selepas enggan mengulas lanjut.

S. Baldev dikhabarkan telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi, Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.

Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.

Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa kekasih jantung hatinya Shila Amzah.

Bagaimanapun, Sharnaaz dalam kenyataanya di akhbar Kosmo! hari ini menyatakan dia sendiri belum menerima apa-apa surat saman daripada pihak berkenaan. Malah tidak gusar berhadapan dengan apa jua tindakan yang diambil terhadapnya selepas ini.

Selain Sharnaaz, filem bergenre aksi romantik itu turut dibintangi oleh Fathia, Soffi Jikan, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Aznah Hamid dan ramai lagi.SUMBER

Perangai Pelik Randy Panggalila di Set Penggambaran



Sepanjang tahun ini, nama pelakon Indonesia, Randy Pangalila sering saja menjadi bualan media hiburan

Mungkin gara-gara aktor kacak itu telah berjaya memikat hati peminat drama di Malaysia setelah kejayaan drama Mimpi Biar Sampai ke Bintang dan yang terbaru Dalam Hati Ada Taman sehinggakan ada peminat telah memintanya untuk membuka baju sewaktu sesi video chat yang dianjurkan sebuah portal hiburan.

Randy terus memegang perutnya sebaik saja membaca permintaan berkenaan.Mungkin, peminat mahu Randy buktikan kebenaran sama ada Randy memiliki six pack seperti mana dalam gambar profil Twitter peribadi Randy.
Yelah, takut propa je kan. Sekarang ini pun gambar boleh di sunting daripada tidak cantik langsung kepada sesuatu yang boleh membuka ramai pihak.

Dikhabarkan, Randy cukup selamba bila membuka baju di set penggambaran.Malah,Randy memang suka tidak berbaju di set penggambaran kerana mahu menayangkan six pack yang dimilikinya itu.

Wow! Betulkah Randy berperangai seperti ini? Apapun, itu hak Randy.
Benarlah kata sesetengah orang, tidak guna ada six pack kalau tidak ditunjukan. Nak dapat bentuk badan cantik bukannya senang.

Beauty Is Pain..itulah hakikat individu untuk nampak tampan dan cantik sentiasa.

Apa yang penting, jangan sampai suka berbogel sudahlah. Macam segelintir individu yang sanggup bergambar bogel untuk mendapatkan bayaran lumayan.

Nak cerita lagi hot tentang Randy?..klik sini : WOW HOT SEKSI RANDY PANGGALILA !

Taman Tema Angry Bird Pertama di Asia!





Syarikat di belakang "Angry Birds" berkata pada Rabu lalu ia akan membuka taman tema pertama di Asia tahun depan di tapak berhampiran Shanghai kerana ia merupakan jenama permainan sangat popular.

"Angry Birds Taman Tema" akan terletak di bandar Haining dalam wilayah China Zhejiang, sebelah hab komersial Shanghai, dan akan menjadi taman tema ketiga firma selepas satu di Finland dan satu lagi di Britain.


"Orang-orang di China mahu untuk keluar dan menghabiskan masa lapang mereka di destinasi riadah," Pengurus Besar Rovio Entertainment China, Paul Chen


"Kami berharap untuk membuka (taman tema) menjelang Tahun Baru Cina tahun depan, Februari," katanya sebagai syarikat Finland melancarkan taman permainan di kampus Universiti Shanghai Tong Ji.


Taman tema China pertama, memaparkan sebuah taman permainan interaktif dan tunggangan, mengalu-alukan sehingga kepada 400 pelawat sehari membayar kemasukan 60 yuan ($ 9,50).


China mempunyai bilangan kedua tertinggi di dunia muat turun untuk Angry Birds pada 190 juta, mengekori sahaja Amerika Syarikat.


Permainan mudah alih melibatkan menggunakan Lastik untuk melancarkan burung di kubu yang dibina oleh babi hijau - satu cabaran yang ketagihan yang menjadi aplikasi di dunia yang paling turun dan melahirkan francais barangan dan media tie-in.


Nak lihat gambar lebih banyak boleh serch di google k..hihihi..

25 October 2012

Apek dan Leuniey Sah Nikah Disember Ini!


Tanpa berselindung, pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa ikon bola sepak itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Leuniey.

Bagaimanapun, Mohd Razif atau Razif memohon agar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, diberi ruang dan masa untuk mengulas lebih lanjut tentang berita pernikahan itu.

"Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.

"Bukan niat Apex dan keluarga untuk menyembunyikan berita gembira ini. Cuma, sekarang ini, Apex mahu fokus dengan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.

"Saya mewakili Apex, Leuniey dan keluarga kedua-dua individu ini memohon maaf kerana tidak boleh memberikan komen yang lebih terperinci. Apabila waktu yang sesuai tiba, segalanya akan dijelaskan dengan lebih. Doakan yang terbaik dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," katanya 

Pengurus peribadi Apex itu juga pada masa yang sama masih belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini. Sebaliknya, dia berjanji akan mengumumkannya dalam masa terdekat nanti.

UNTUK LEBIH CERITA HOT! : KLIK SINI

24 October 2012

Astro First kini di Facebook!





Afdlin Shauki ingin mengajak anda untuk tonton wayang Untuk Tiga Hari di Facebook! Sudahkah anda bersedia untuk satu pengalaman menonton wayang yang baru? Saksikan filem ini melalui aplikasi Astro First di Facebook dan saksikan mesej istimewa daripada Afdlin Shauki yang tersorok dalam babak-babak filem ini.Jom ke sini: Jom tonton wayang bersama Afdlin di Facebook


Di sini anda boleh menonton "Untuk Tiga Hari" dan filem-filem Astro First yang lain di Facebook dan berbual bersama rakan anda! Terbuka kepada semua warganegara Malaysia di Facebook! Anda tidak perlu menjadi pelanggan Astro untuk menikmati servis ini.  
Saksikan. Berkongsi. Berbual.
Astro First di Facebook.maklumat lanjut anda boleh klik sini: Astro First Percuma* di Facebook!

22 October 2012

Alvin Tan dan Vivian Lee Paling Popular di Singapura!



Pasangan ‘Sexcapade’, Alvin Tan dan Vivian Lee bukan sahaja memeranjatkan satu negara, namun mereka masih menjadi tumpuan media sehingga kini. Statistik menunjukkan orang ramai tetap tertarik dengan kisah sensasi pasangan ini.

Pasangan ini memperoleh lebih perhatian apabila kisah mereka disiarkan sebanyak dua kali pada hari Selasa dan Jumaat dalam akhbar Singapura, ‘The New Paper’.

Kebanyakan akhbar di Malaysia juga telah siarkan kisah pasangan ini sebagai tajuk utama.

Menurut ‘The Star’, nama ‘Vivian Lee’  dan beberapa perkataan utama menjadi pencarian kedua terpopular di Google Singapura, dengan lebih 10,000 pencarian mengenai beliau pada hari Khamis sahaja.

Sehingga semalam, bahagian “Paling Dibaca” dalam akhbar New Straits Times berkaitan Tan menerima teguran “tegas” daripada ibu Lee yang disiarkan hari Jumaat.
Terdapat juga minat yang mendalam oleh pembaca dengan 194,000 pembacaan untuk tiga cerita mengenai mereka dalam The Star, sehingga hari Khamis.

Kisah yang paling banyak dibaca dengan pembacaan sebanyak 86,649 merupakan kisah utama yang disiarkan The Star Online- “Blog lucah menyebabkan kekecohan”.

Dalam suatu perkhidmatan kaji selidik Google Analytics, ia menunjukkan bahawa kisah ini di tangga utama dengan  86,649 bacaan.

Meskipun begitu, media Singapura telah mengalahkan media Malaysia dengan menonjolkan blog peribadi pasangan ini sehari lebih awal.sumber

Nak lihat aksi berahi mereka tanpa tapisan? klik SINI dan sini.

Bantu Ibu Aaron Menghadapi Kanser Serviks.




Recently, Aaron's mum was diagnosed with small-cell cervical cancer (SCCC). It's a rare form of cervical cancer that not many people know about. Aaron's a soft-spoken, well-mannered young man with a confident sparkle in his eyes. The night we met him at our studio, he sang, and we knew beyond any doubt that he had a gift. We decided there and then to help him use his talent to raise funds for his mum's treatment and awareness of her condition, so we helped him create this video and recording. Aaron's not a professional singer by any means; he works as an accounts executive for a local business. He's not trying to be famous, he just wants to help his mum.

If you'd like to help Aaron and his mum, please click this link : Help Aaron's Mum Beat Cervical Cancer

Mr.Sasube : 

Dia bukanlah Aaron Aziz.dia tidak sepopular itu untuk mendapat perhatian semalaysia bagi meminta bantuan..Dia cuma seorang anak,yang sanggup berjuang untuk menyelamatkan ibunya menghadapi kanser serviks...Seberapa ramai di antara kita yang sanggup melakukan sebegini...dalam tak sedar,dia punya bakat tersendiri dalam bidang nyanyian..dan mungkin jika diasah mampu melahirkan seorang lagi bintang seni tanah air..

Jika anda seorang yang berkemampuan,tidak salah untuk menghulurkan bantuan..InsyaAllah amal sedekah anda akan terbalas suatu hari nanti,mungkin di dunia ini,atau mungkin di akhirat kelak..wallahualam...

Bukan sahaja dengan menderma,tetapi untuk berkongsi artikel ini juga adalah  dikira satu usaha murni untuk membantu ibu Aaron..Bantu dengan berkongsi bersama rakan-rakan di laman sosial seperti facebook,twitter atau dimana sahaja melalui link ini : Bantu Ibu Aaron Menghadapi Kanser Serviks



20 October 2012

Penjelasan Alvin dan Vivian mengenai isu blog porno!


 Golongan ibu bapa di Malaysia mengecam tindakan pasangan blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang disifatkan sebagai bodoh, memalukan dan mementingkan diri sendiri mengikut laporan tempatan.

Negara telah digemparkan dengan isu hangat membabitkan laman blog lucah ‘Sumptuous Erotica’ milik dua rakyat Malaysia.

Alvin Tan yang merupakan pelajar jurusan perundangan di salah sebuah universiti di Singapura memuat naik gambar-gambar dan video mereka ketika melakukan seks baru-baru ini. 

Pasangannya Vivian Lee baru sahaja mengakhiri pelajaran perniagaannya dan sedang mencari pekerjaan.

Rata-rata golongan ibu bapa mempersoalkan kaedah didikan yang digunakan oleh ibu bapa pasangan berkenaan.

Mereka mendakwa pasangan tersebut tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi juga kepada ibu bapa dan keluarga mereka.

Pasangan tersebut disaran untuk meletakkan diri mereka di tempat ibu bapa mereka dan memikirkan kesan daripada tindakan yang memalukan ini.

Jom ikuti penjelasan lanjut ekslusif dari pihak Alvin dan Vivain sendiri di sini : 
Penjelasan pasangan Alvin dan Vivian mengenai isu blog porno mereka dan disini juga Hot alvin dan lilian

12 October 2012

Gelagat Lisa Surihani Buat Sore Eyes 5days MC




Ingat lagi tak tentang kisah seorang budak bernama Nur Feetri merakamkan video parody Sore Eyes 5 Days MC?
Video berkenaan telah menarik minat ramai penonton Youtube lain untuk merakamkan semula gaya Nur Feetri tetapi dilakukan dalam bentuk sindiran.
Artis di Malaysia turut terjebak sama dalam perkara ini.
Bulan lalu Nora Danish dan Adi Putra telah meniru gaya ‘muka comel’ budak itu dan baru-baru ini Lisa Surihani pula turut terjebak.
Tengok sajalah video di bawah ini. Kelakar habis!sumber

Samsung perkenal Galaxy S3 Mini




Selain daripada pelancaran Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, pihak Samsung turut sama memperkenalkan Galaxy S3 Mini untuk pasaran global hari ini, sekaligus membawakan variasi Galaxy S3 pada saiz 4-inci.

Jikalau dibandingkan dengan S3 asal, ia membawakan pengurangan saiz daripada 4.8-inci kepada 4-inci disamping membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah padanya.


Menariknya, selain daripada cip pemprosesan yang rendah, dan skrin lebih kecil, dari segi positif pula, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta antaramuka TouchWiz padanya. Ini sekaligus akan menjadikan pengalaman penggunaan padanya lebih baik, tanpa sebarang lengah masa, serta membawakan fungsi tambahan seperti Google Now dan sebagainya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Galaxy S3 Mini akan dilancarkan di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

Spesifikasi Galaxy S3 Mini                                                                                                                      
                                                                                                                                                                             
Cip                          Dwi-Teras 1.0GHz                                                                                                                    
Storan Terbina 8GB/16GB + mikro-SD (~32GB)                                                                                      
Skrin                       4.0 WVGA Super AMOLED                                                                                           
Kamera                  Belakang 5MP, Hadapan VGA                                                                                      
Bateri                     1,500 mAh                                                                                                                                 


Mark Zuckerberg Hanya Memakai Baju Kelabu.




Mark Zuckerberg telah ditemuramah dan dia menyatakan di almarinya terdapat baju kelabu sebanyak 20 lebih pasang. Semuanya sama dan dia selalu pakai untuk pelbagai aktiviti. Nama jak kaya tapi hidupnya sangat sederhana. Jom tengok antara gambar-gambar beliau dan baju yg sama dipakai setiap hari. Sama disini bermaksud baju yang lain tapi design yang sama.















10 October 2012

Bunohan Tercalon Anugerah Oscar 2013!



Filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said atau Din Said tersenarai dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Memetik laporan malaysiandigest.com, Bunohan yang diterajui Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron ini turut bersaing dengan 70 buah filem dari serata negara lain dalam kategori yang dipertandingkan di anugerah yang cukup berprestij.

Antara saingannya adalah filem Sang Penari (The Dancer) arahan Ifa Isfansyah dari Indonesia serta Barfi arahan Anurag Basu (India).

Biarpun hanya pencalonan awal, namun pemilihan filem bergenre drama aksi ini ke Oscar 2013 adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan buat seluruh masyarakat Malaysia. Sebelum ini, Bunohan pernah meraih Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.

Telah pun ditayangkan di pawagam pada Mac 2012 yang lalu, Bunohan yang turut dibintangi Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su serta Tengku Azura ini mengambil latar belakang cerita di sebuah kampung di Kelantan.




Ia mengisahkan tentang 3 adik beradik yang terasing - Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham.

Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.SUMBER

LAGI CERITA MENARIK: CARA MUDAH DAPAT STREAMYX PERCUMA SELAMA SEBULAN!

Mila Kunis diiktiraf Wanita Terseksi!


Ramai pasti iri hati dengan Ashton Kutcher, kerana baru-baru ini teman wanita beliau, Mila Kunis telah dinobatkan sebagai ‘wanita terseksi di dunia’ oleh majalah Esquire, untuk edisi bulan November.




Jelitawan eksotik, Mila, 29, terkenal untuk watak yang jenaka, telah mencipta nama dalam rancangan komedi TV,  That ‘70s Show, filem ballet 2010 Black Swan dan filem musim panas terbaru, ‘Ted’.

Majalah lelaki tersebut juga memetik kata-kata Mila, yang berbunyi, “Sekiranya saya ingin menggoda anda, saya boleh”.

Semestinya beliau mampu berbuat demikian, terutamanya dengan gambar-gambar panas yang menunjukkan Mila Kunis memakai pakaian dalam berenda berwarna hitam dan juga seluar kulit ketat.

Laman web majalah Esquire turut menunjukkan video penggambaran yang melibatkan Mila Kunis untuk majalah edisi bulan November.




lagi gambar seksi disini : gambar terseksi abad ini

SUMBER