10 November 2012

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013




Saingan Liga Malaysia telah melabuhkan tirai secara rasminya setelah saingan Piala Malaysia 2012 berakhir hujung minggu lepas dengan Kelantan menjadi juara. Syabas the red warriors!
Maka bermulalah pemburuan pemain-pemain serta jurulatih baru untuk menguatkan pasukan bagi mengharungi musim 2013. Kepada pasukan yang bercita-cita tinggi untuk bersaing maka pelaburan besar akan dibuat seperti pasukan JOHOR dan ATM untuk memancing pemain berstatus bintang untuk bermain dalam pasukan mereka.
Banyak rumours telah keluar dari beberapa page bolasepak di facebook. Tapi sebelum sain kontrak hanya boleh dibaca dan dianggap sebagai hiburan. Mungkin ada kejutan untuk musim 2013 ni? Jom kita layan senarai perpindahan yang rasmi serta secara khabar angin untuk musim 2013
Senarai Perpindahan Pemain & Jurulatih Liga Malaysia 2013
  • Farizal Marlias – Negeri Sembilan –> Perak
  • V. Thirumurugan – Kedah –> Perak
  • Yong Kuong Yong – Felda United –> Perak
  • Abdul Hadi Yahya – Terengganu –> Perak
  • Khairi Kiman – Johor FC –> Perak
  • S. Chanturu – Kelantan –> Perak
  • Azmeer Yusof – Pos FC –> Negeri Sembilan
  • Shukor Adan – Negeri Sembilan –> ATM
  • Aidil Zafuan – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Zaquan Adha – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Azmi Muslim – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Safiq Rahim – Selangor –> Johor (Former Johor FC)
  • Daudsu Jamaluddin – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Azwan Roya – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Sharul Idlan Talaha – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Eddy Helmi – Johor FC –> Negeri Sembilan
  • Amri Yahyah – Selangor –> Negeri Sembilan
  • Effa Owona – Negeri Sembilan –> Terengganu
  • Robbie Fowler – Free Agent –> T-Team
  • Sharbinee Alawee – Terengganu –> Selangor
  • S. Kunalan – Negeri Sembilan –> Selangor
  • Azrai Khor – Negeri Sembilan –> Perak(Jurulatih)
  • E. Elavarasan – Felda United –> Terengganu(Jurulatih)
  • K. Devan – Free Agent – Felda United(Jurulatih)

Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo!




Digelar “Weeding of the year 2012″, hari ini merupakan tarikh keramat bagi dua pemain Badminton Negara ini, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei yang tidak perlu saya perkenalkan lagi dan pasangannya Wong Mew Choo. Datuk Lee C.W yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui sukan Badminton sejak sekian lamanya. Yang menariknya, Wong Mew Choo juga merupakan bekas pemain perseorangan Badminton Negara yang telah banyak memberikan sumbangan kepada industri sukan negara.
Mungkin selepas ini, adakah Datuk L.C.W akan bersara dari sukan Badminton selepas berkhawin? mampukah beliau menyahut cabaran terakhir beliau iaitu Game yang akan datang di sukan Olimpik? mampukah beliau meraih 1 pingat berharga iaitu pingat emas sebelum beliau bersara? itu terpulang kepada beliau, kita doakan supaya beliau terus cegas nanti menjelang sukan terbesar itu. Mencari pelapis seperti beliau memang sukar di cari namun ia tidak mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu mencapai sasaran 1 pingat emas pada sukan Olimpik 2016 nanti. Kerajaan juga telah memperuntukkan 16 juta untuk itu.
Malam ini dan besok [9 dan 10 November 2012] korang boleh menonton perkhawinan Datuk Lee Chong Wei & Wong Mew Choo secara ‘streaming’ menerusi portal Tonton dari jam7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my. Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya.Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu. TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.
Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

05 November 2012

Sosej Ayamas Tak Selamat Dimakan?


KUCHING: Tindakan mengalihkan produk Ayamas Food Sdn Bhd (Ayamas) dari rak penyimpanan di pasar raya hanya dilakukan selepas mendapat arahan rasmi daripada Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata, apabila mendapat arahan daripada dua kementerian tersebut baharu tindakan akan diambil.
Menurutnya, kes tersebut agak serius dan memerlukan penyiasatan terperinci daripada kementerian yang terbabit.
“Kita belum dapat surat daripada kementerian yang bertanggungjawab lagi. Apabila dapat surat baharu kita akan mengarahkan pegawai untuk mengambil tindakan.
“Sekiranya benar berlaku, ini adalah kes yang serius kerana membabitkan kesihatan,” katanya selepas merasmikan Media Subsidy Hunt di Giant Hypermarket semalam.
Beliau berkata, buat masa ini tiada tindakan dapat diambil kerana belum mendapat arahan daripada kementerian terbabit.
“Ini mungkin juga khabar angin atau dilakukan pesaing syarikat pengeluar produk,” ujarnya.
Jika sabit kesalahan, tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna boleh diambil merangkumi denda RM100,000 atau tiga tahun penjara.
Baru-baru ini, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang mengarahkan peruncit dan pengimport menggantung penjualan produk Ayamas Food Corporation Sdn Bhd selepas dikesan mengandungi antibiotik terlarang chlorampenicol.
“Lembaga Veterinar Negeri mengesan antibiotik terlarang (chlorampenicol) dalam sampel sosej ayam yang juga disahkan Lembaga Veterinar di Kuala Lumpur,” ujarnya ketika dihubungi.

untuk lebih maklumat lanjut sila rujuk pautan inihttp://bit.ly/Stlb7P

Isu Cekik Sharnaaz Ahmad,Produksi Gelabah???


KUALA LUMPUR, 5 NOV 2012: Pihak syarikat produksi filem Darah Panas iaitu White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. (WME ) tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan mereka yang dikatakan akan mengeluarkan surat saman terhadap pelakon utama filem tersebut, Sharnaaz Ahmad.

Malah, pihak syarikat produksi itu tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai masalah yang dihadapi dengan Sharnaz Ahmad kerana isu tersebut masih dalam proses undang-undang.
Wakil WME memberitahu segala isu berkaitan Sharnaaz Ahmad dengan syarikat produksi WME serta penerbit filem Darah Panas, S. Baldev akan terjawab dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi.

"Kami dan termasuk S. Baldev tidak dapat mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ianya masih dalam proses undang-undang. Kami akan menjawab segala persoalan mengenai isu ini dalam sebuah siding media yang akan diadakan dalam seminggu dari sekarang," katanya jurucakap yang dihubungi murai.com.my selepas enggan mengulas lanjut.

S. Baldev dikhabarkan telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi, Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.

Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.

Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa kekasih jantung hatinya Shila Amzah.

Bagaimanapun, Sharnaaz dalam kenyataanya di akhbar Kosmo! hari ini menyatakan dia sendiri belum menerima apa-apa surat saman daripada pihak berkenaan. Malah tidak gusar berhadapan dengan apa jua tindakan yang diambil terhadapnya selepas ini.

Selain Sharnaaz, filem bergenre aksi romantik itu turut dibintangi oleh Fathia, Soffi Jikan, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Aznah Hamid dan ramai lagi.SUMBER

Perangai Pelik Randy Panggalila di Set Penggambaran



Sepanjang tahun ini, nama pelakon Indonesia, Randy Pangalila sering saja menjadi bualan media hiburan

Mungkin gara-gara aktor kacak itu telah berjaya memikat hati peminat drama di Malaysia setelah kejayaan drama Mimpi Biar Sampai ke Bintang dan yang terbaru Dalam Hati Ada Taman sehinggakan ada peminat telah memintanya untuk membuka baju sewaktu sesi video chat yang dianjurkan sebuah portal hiburan.

Randy terus memegang perutnya sebaik saja membaca permintaan berkenaan.Mungkin, peminat mahu Randy buktikan kebenaran sama ada Randy memiliki six pack seperti mana dalam gambar profil Twitter peribadi Randy.
Yelah, takut propa je kan. Sekarang ini pun gambar boleh di sunting daripada tidak cantik langsung kepada sesuatu yang boleh membuka ramai pihak.

Dikhabarkan, Randy cukup selamba bila membuka baju di set penggambaran.Malah,Randy memang suka tidak berbaju di set penggambaran kerana mahu menayangkan six pack yang dimilikinya itu.

Wow! Betulkah Randy berperangai seperti ini? Apapun, itu hak Randy.
Benarlah kata sesetengah orang, tidak guna ada six pack kalau tidak ditunjukan. Nak dapat bentuk badan cantik bukannya senang.

Beauty Is Pain..itulah hakikat individu untuk nampak tampan dan cantik sentiasa.

Apa yang penting, jangan sampai suka berbogel sudahlah. Macam segelintir individu yang sanggup bergambar bogel untuk mendapatkan bayaran lumayan.

Nak cerita lagi hot tentang Randy?..klik sini : WOW HOT SEKSI RANDY PANGGALILA !

Taman Tema Angry Bird Pertama di Asia!





Syarikat di belakang "Angry Birds" berkata pada Rabu lalu ia akan membuka taman tema pertama di Asia tahun depan di tapak berhampiran Shanghai kerana ia merupakan jenama permainan sangat popular.

"Angry Birds Taman Tema" akan terletak di bandar Haining dalam wilayah China Zhejiang, sebelah hab komersial Shanghai, dan akan menjadi taman tema ketiga firma selepas satu di Finland dan satu lagi di Britain.


"Orang-orang di China mahu untuk keluar dan menghabiskan masa lapang mereka di destinasi riadah," Pengurus Besar Rovio Entertainment China, Paul Chen


"Kami berharap untuk membuka (taman tema) menjelang Tahun Baru Cina tahun depan, Februari," katanya sebagai syarikat Finland melancarkan taman permainan di kampus Universiti Shanghai Tong Ji.


Taman tema China pertama, memaparkan sebuah taman permainan interaktif dan tunggangan, mengalu-alukan sehingga kepada 400 pelawat sehari membayar kemasukan 60 yuan ($ 9,50).


China mempunyai bilangan kedua tertinggi di dunia muat turun untuk Angry Birds pada 190 juta, mengekori sahaja Amerika Syarikat.


Permainan mudah alih melibatkan menggunakan Lastik untuk melancarkan burung di kubu yang dibina oleh babi hijau - satu cabaran yang ketagihan yang menjadi aplikasi di dunia yang paling turun dan melahirkan francais barangan dan media tie-in.


Nak lihat gambar lebih banyak boleh serch di google k..hihihi..