11 October 2011

Kesan drama dan filem seram terhadap masyarakat.

Lambakan drama dan filem yang berunsur tahyul,bidaah dan khurafat
 kini mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin
dengan perkembangan ini..Ada yang mula merasai
keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem
sebegini,kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan

maha negatif kepada masyarakat terutama golongan muda-mudi.
Sehinggakan mantan perdana menteri,Tun Dr.Mahathir
sendiri memberi pendapat bahawa lambakan filem dan drama
sebegini harus dikaji akan baik buruknya..

khurafat..setelah kejayaan di panggung wayang,kini disusuli dengan
drama di kaca tv..


Sebenarnya tidak ada yang melucukan apabila segelintir
kanak-kanak dinegara ini didakwa bercita-cita menjadi ustaz penghalau hantu.
Bukan juga sesuatu yang dianggap remeh apabila golongan ustaz yang dulu dikenali
sebagai guru agama,rujukan masyarakat,pandai mengaji dan penyampai 

ilmu dakwah kini ditanggapi oleh kanak-kanak sebagai pemilik kuasa sakti
untuk melawan dan menghalau hantu,jin,mahupun syaitan.


Ini bukanlah sesuatu yang membanggakan apabila golongan ustaz
kini dianggap sebagai 'superhero' tempatan mengaburkan kekaguman kanak-kanak
terhadap watak-watak adiwira ciptaan Barat seperti Spiderman dan Superman.

Dalam melihat persepsi baru kanak-kanak terhadap golongan ustaz ini,
ada masalah yang lebih besar perlu diperbahaskan,iaitu

kepercayaan dan kketaksuban masyarakat hari ini terhadap perkara misteri,
ilmu hitam,hantu,syaitan serta keperluan untuk berlindung diri daripada makhlus halus.

Meskipun hidup ditengah-tengah kemajuan teknologi dan keilmuan,

masyarakat masih larut dalam tahyul yang diwariskan dari semasa ke semasa.
Peranan yang dimainkanoleh drama dan filem tempatan menambah keparahan ini.
Limpahan drama dan filem sebegini  tanpa kawalan pihak atasan seolah-olah 
membenarkan unsur-unsur mistik melingkari kehidupan seharian.


Filem terbaru arahan Piere Andre


Mungkin sesetangah pihak beranggapan bahawa senario ini adalah isu remeh,
atau juga satu trend yang akan hilang ditelan masa.Penerbit drama dan filem
pastinya mempunyai pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka.
Apapun alasannya,sama ada sebagai platform menghasilkan kreativiti
atau starategi mengaut keuntungan,cerita sebegini tidak harus diberikan
tempat perdana dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.


Cuba kita selak kembali ketika drama siri indonesia
"Bawang Merah Bawang Putih"dipertontonkan di negara ini,
Bagaimana kita diperkenalkan dengan watak Bawang Putih
yang sentiasa dibantu oleh pari-pari kecil apabila berada dalam kesusahan.
Di satu saluran yang lain pula dipertontonkan watak
kanak-kanak yang bergantung kepada buku ajaib untuk
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya..

pengarah Hantu Bonceng ini dikritik hebat kerana terdapat
unsur penghinaan terhadap agama Islam dalam filem itu.


Pergantungan kepada sesuatu selain daripada Allah adalah satu bentuk akidah yang rosak.
Dalam Islam Allah memerintahkan manusia untuk menyucikan dan mentauhidkan Allah semata-mata.Ini bermakna tiada yang berhak diibadahi kecuali Allah s.w.t dalam apa jua keadaan,suka duka,gembira dan sedih..Permohonan kepada sesuatu selain Allah bermakna kita telah menyekutukan Allah lantas tergolong dalam fitnah paling besar dan amat ditakuti iaitu mensyirikkan Allah..
 
Memang benar,meyakini wujudnnya jin dan syaitan adalah sebahagian daripada ajaran Islam. hanya para jin yang dapat melihat manusia namun tidak sebaliknya.

Pengetahuan luar biasa bomoh dan ustaz dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib bertentangan dengan keyakinan yang perlu ada dalam diri seorang Islam.Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahwa tidaK ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali ALLAH S.W.T.
Sedangkan Rasulullah SAW sendir tidak memiliki kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan kepada dirinya sertatidak berkuasa untuk menolak bahaya kecuali yang dikehendaki Allas SWT.lantas bagaimana manusia biasa memiliki kuasa sakti padahal Rasulullah yang besifat maksum tidak dikurniakan Allah dengan kelebihan itu?

Kesan lain ialah wujudnya perasaan takut terhadap hantu,jin dan syaitan sehinggakan sanggup memberi salam dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melewati tempat yg dianggap keramat.ada pual yang memberi pengeras malah memandikan kereta dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk mengelakkan bala bencana.


Sebagai seorang Islam,sudah sewajibnya kita mendapatkan perlindungan dan berpasrah diri kepada Allah.Syaitan,binatang buas serta manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau  menimpakan mudarat melainkan dengan keizinan Allah semata-mata.

Natijahnya tidak ada tolak ansur dalam urusan berkaitan akidah.Baik kanak-kanak
mahupun dewasa perkara tauhid bukanla perkara ringan yang boleh dipermainkan.
Perlu dininsafi berbanding dosa lain,dosa syirik merupakan dosa besar yang dikutuk 
ALLAH swt..

Oleh itu kita seharusnya sentiasa berwaspada dalam membendung sebarang unsur yang boleh merosak dan memesongkan akidah.Kita tidak mahu disebabkan drama dan filem sebegini,masyarakat pada masa datang adalah generasi yang rapuh tauhidnya yang tidak takutkan ALLAH tetapi lebih takuit kepada hantu,jin dan syaitan..