16 October 2011

Liverpool Go!

Assalamualaikum dan salam subuh...

Baru balik dari 
menyaksikan STOMPIN SABAH 3 
perlawanan bola sepak antara
MyFevret Team,Liverpool Vs Man.United..
di Restoran Singgah Selalu,walaupun bukan selalu juga kami singgah situ..

Sebelum aku bercerita lebar,aku nak beritahu sesuatu ni, 
~~walaupun kamu tak nak tahu~~
yang aku hampir 
melanggar?@memijak?@mengoles?
seekor ular dalam perjalanan pulang tadi..
kelihatan seperti seekor ular sawa..
panjang dan besar agak kasihan juga kalau mati..
so aku mengelak la ke tepi tanpa menoleh cermin sisi..
nasib baik la time tu kereta aku sorang ja yang meredah angin malam 
sepoi-sepoi bahasa di jalan raya..
Alhamdulillah aku dan seekor ular sawa tu selamat la kehendak-Nya..
PENGAJARANNYA..
kalau driving tu tiba-tiba nampak haiwan nak
share jalan dengan cara melintang..
korang fikir sendiri la ya..mana yang lebih baik.
nak tabrak/langgar je atau elak..
kalau boleh driving tu jangan laju sangat..
nanti tiba-tiba ada pulak adegan ber''drift" secara drastik...
ahaks....

Okey sambung balik pasal match 
Liverpool vs Man.United ni..


Steven Gerrard 5 star player
Kesimpulannya aku tidak puas hati..
Kenapa la pengadil tu tak nampak situasi 'handball' tadi..
Pengadil tu lupa pakai kaca mata kot..
Kalau dia pakai tadi..
konfom kaw-kaw kena Man.United tu..
ahaks...

Memang keputusan yang bijak dari si Kenny Dalglish
tidak menurunkan si Andy Carroll tu..
yang aku gelar "ayam pincang"..
kalau dia main konfom aku kecewa 
tahap berguling-guling tambling..
Sebab kalau dia main,asyik terlepas peluang je..
Kalau bukan lari tiun,ofside...lepas tu lambat..
Memang patut kena jual lelong sak itu..
ahhaha..maaflah emo sikit~~

~~walaupun aku ni tidak pakar main bola,
sekurang-kurangnya tahu juga mana yang hebat~~

Chicharito..Ini memang hebat..JEMPOLL..

Tabik spring la dengan Steven Gerrard...
Seperti yang diramalkan,dia menjaringkan gol  melalui sepakan percuma
pada minit ke 68...
Namun Chicharito membenam kegembiraan peminat Liverpool
setelah berjaya menanduk masuk bola ke gawang
pada minit ke-80 hasil tendangan sudut..

Kenny Dalglish memuji penjaga gol MU,
De Gea yang berusaha keras menjaga gawang MU
dari dibolosi beberapa kali..ahaks..
kembang lagi hidung anak Sepanyol ni..

Alasan Ferguson mengenai persoalan
mengapa tidak menurunkan Wayne Rooney terlebih awal
kerana bimbang Rooney tidak dapat beraksi cemerlang
disebabkan isu pergantungannya..

~~Alamak..macam berita la sudah entri ni..~~

Apapun,aku harap detik ini menjadi penanda aras baru
untuk Liverpool melakar kemenangan dalam pentas
Barclays musim ini..

Kasihan Rooney,emosi tak stabil ya...ahakss.


Selamat malam!!

nota extra:

susun atur perlawanan Liverpool vs Man.United
15/10/2011-Stadium Anfield,Liverpool


Line Up Liverpool
Pemain : Reina , Kelly , Caraggher , Skrtel , Enrique , Kuyt , Lucas , Adam ,  Downing , Gerrard , Suarez
Formasi : 4 – 4 -1 -1
Line Up Manchester Utd
Pemain : De Gea , Smalling , Ferdinand , Evans , Evra , Young , Jones , Fletcher ,  Park , Gigs , Welbeck
Formasi : 4 – 4 – 1 -1








No comments: