22 March 2011

situasi~kasihan ANWAR

  Apa sahaja yang membabitkan nama ANWAR IBRAHIM,maka berpusu-pusu media nak menyebokkan diri mencari bahan yang boleh dsensasikan..

   Semalam menerusi berita,terasa simpati pula kepada Anwar Ibrahim..Belum satu masalah diselesaikan,satu lagi muncul...tidak senang duduk dengan kes liwat,ada pulak pemimpin kanan partinya yang terlibat dengan skandal seks.dan pastinya,Anwar Ibrahim yang mrnjadi tumpuan segala mata yang prejudis terhadapnya..

    
 Apa yang menyedihkan lagi,setiap pelosok negara digegarkan dengan laungan pendemontrasi menuntut agar Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau untuk diuji adakah berpadanan dengan DNA lelaki Y..

 Jika saya sekalipun d tempat Anwar Ibrahim,terlintas difikiran pun tidak untuk menyerahkan sampel DNA.
Sedangkan mereka cerita menyabitkan kesalahan kepada seseorang adalah perkara yang mudah,apa lagi menyengsongkan bukti DNA .


    
apapun,media sekarang tidak mampu lagi bersikap telus untuk menyampaikan berita yang benar kepada rakyat...terlalu bnyk media yang dikaburi dengan wang ringgit.....faham-faham jak la...

20 March 2011

extravaganza~NENEK MUDA~

  Lucu pulak ku rasakan bila membaca kisah seorang remaja Romania yang telah diiktiraf sebagai NENEK PALING MUDA DI DUNIA...

                                    santik kan dia...wajah nenek muda..hihhih

   Menceritakan pengalaman beliau membesarkan anak semenjak 12 tahun lagi,ibu kepada 2 orang anak ini berkata,mana-mana gadis tidak sepatutnya mengikut langkah dia memiliki anak pada usia yang terlalu muda..
   Bagaimanapun,anak sulung Rifca,Maria,melahirkan zuriat pertamanya,dinamakan Ion,ketika baru berusia 11 tahun.
   Kata Rifca yang kini berusia 23 tahun,dia berkahwin dengan penjual barang kemas,Ionel Stanescu ketika dia baru berusia 11 tahun dan pasangannya itu 13 tahun..
   Sebab perkahwinan dilangsungkan kerana bapa mahu menjodohkan saya(Rifca) dengan seorang pemuda lain yg tinggal d kampung berbeza.


  Walaupun berkahwin tanpa restu ,ibu bapanya memaafakn perbuatannya itu apabila dia melahirkan Maria seterusnya Nicolae lahir setahun kemudian...
  Katanya lagi,sejak awal dia memujuk Maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa bagaimanapun,gadis itu kemudian berkahwin pada usia 10 tahun setelah berhenti sekolah seterusnya melahirkan cucu pertama Rifca iaitu Ion..
  Walaupun gembira mendapat cucu seawal usianya,dia berkata,''pengalaman menjadi nenek memang menyeronokkan,tetapi saya terkilan kerana sepatutnya Maria mendapat kejayaan lebih baik daripada ini''..

  










17 March 2011

situasi~AKU KELIRU,MENJADI BUNTU

  Aku keliru,menjadi buntu..mengapa aq bertindak begini..tanpa berfikir dengan semasak-masaknya(seperti masak telur,tidak cukup lama,maka kuningya akan meleleh keluar tatkala dikopek)..setiap hari aq memikirkan hal ni..lama kelamaan bakal mencucuk setiap sudut dan sel dalam otakku ini..


                                           baby pun pandai keliru kha??hehe

    Kenapa tanganku pantas menaip surat itu?..berselamkan ego yang menggunung,lancar saja otakku mencipta ayat untuk surat yang telah ku hantar dengan bersulamkan kemarahan di hati..

  Dalam fikiran ku,biarla apa yang terjadi,aku sudah tidak peduli dengan semua itu..Mereka umpama penjajah..menjajah tenaga,keringat dan masa malah sesekali maruah turut tergadai...ibarat tiada hati dan perasaan,hati kering....

  Tetapi surat itu,menjadikan aq keliru...sungguh sehingga merasakan tiada jalan lain lagi...Buntu.Namun aq puas..Puas dengan kronologi realiti yang berlaku beberapa hari dengan penyerahan surat tersebut..hanya menunggu fantasi (yang x pasti akan berlaku)..
                        (gambar sekadar hiasan,dimaklumkan..ni gambar google..)
  Teringat akan seorang kawan,salesman syarikat pemborong bahan keperluan dapur rumah,berbangsa OM..hehe...menasihati aq dengan penuh semangat waja..
katanya
         '' apa yang penting dlam sesebuah pekerjaan,ialah hati...jikalau kita berkerja,berkerjala dengan hati         yang senang..walau setinggi mana pun jawatan,bergunung gaji yg diberikan,tetapi hati tidak senang dengan kerja yang dilakukan,maka tidak bergunala kerja.."

tambahnya lagi,
         ''sentiasa bersyukur dengan apa yg ada,walaupun kadangkala kita sentiasa memerlukan lebih dari apa yang ada.dunia sememangnya begitu..sentiasa haus dengan duit...''..

  Aku terpaku seketika...ada benarnya kata OM ni..waalupun aq sentiasa tergelak mendengar loghatnya ketika sedang berbicara..sikitpun dia tidak mengambil hati..

  Realitinya,aq sudah nekad untuk melakukan semua itu..biarla apa yang terjadi...Fantasinya,aq berharap dapat terus berada bersama-sama rakan yang sangat aq sayangi,yang bnyak memberiku inspirasi untuk terus mengharungi kehidupan yang penuh dengan rintangan duniawi ini....