29 July 2011

kenapa memaki dalam blog saya


Demam saya bertambah-tambah...
sebab Malaysia kalah menentang Singapura
dengan agregat 4-6..
kecewa bukan kepalang la tadi di wisma wakaf
nasib baik ada yang baik hati belanja
makan dan minum..terima kasih sekali l
agi 
Datuk Mohd Jefrry Rosman..
memang datuk sporting la.

Penat bersorak tadi..walaupun kalah
Malaysia tetap di hati..
Terbukti pasukan negara telah mencetuskan
malah mengembalikan fenemona
dalam arena bola sepak negara..
semangat seperti inilah yang perlu dipupuk
di jiwa setiap warga Malaysia..
Teruskan menyokong pasukan bola sepak negara..
Masih terlalu jauh perjalanan yang perlu ditempuh..
Belajar dari pengalaman adalah kunci kepada
kejayaan pada masa hadapan..diharap pasukan negara gemilang di masa hadapan..

Safee Sali terbaik...cuba melepaskan diri dari pertahanan Singapura


Berbalik pada tajuk asal entri ini..
sebaik membuka blog dan menerjah ruangan shoutbox
terkejut betul tahap gaban WW 
sehingga jantung ni terhenti sebentar mengepam..
melihat perkataan yang tertulis di sana..



ini dia....

kesian budak sabah yang innocent..macam saya la..dan sabahan yang lain juga..

siapa kah guest indon ini..
apa sebenarnya yang telah aku lakukan??
serasanya aku tidak pernah memaki insan lain..
malah aku jaga sebaiknya sebagai tanda kasih aku,,
dan yang lebih memeritkan
orang ini menggelarkan dirinya guest indon.
indonesia itu negara nenek moyang aku..
orang ni memang sah membuat pencemaran
<tidak cukup dengan jerebu di tawau ni>

jangan mahu berselindung 
di sebalik negara orang lain.
kalau berani tonjolkan dirimu..
ingin sekali aku bertanya
< apa sebenarnya yang buat kamu 
benci sangat dengan budak sabah ni ??..>
dah kena belasah ke??
awek lu kena kebas oleh budak sabah ke??
atau dulu time sekolah kena 
buli oleh budak~budak sabah??kesian la kalau semua tu terjadi sama lu...
banyakkan bersabar..
kerana Allah s.w.t lebih menyayangi 
mereka yang ditindas dan dizalimi..

buruk juak muka dia ni..ahahha..sekadar gambar hiasan la...

Malas juga aku mau bengang subuh~subuh buta ni..
aku tidak marah,cuma sedikit kesal..
dengan guest indon ni..yang memaki tak kena tempat.
aku harap guest indon ni sedar akan kejahilannya..
aku tak mahu bermusuhan dengan sesama insan ni..
apatah lagi dengan sesama Muslim..




BIARPUN KAMU MAKI AKU,AKU TETAP
BERDOA KEBAHAGIAAN KAMU,
DI DUNIA DAN SETERUSNYA AKHIRAT...amin..



16 comments:

Anne Nurain said...

amin..
biar la dia lpaskn kemarahan dia sna..
maki la puas2 hati..
dia jgk yg dpt dosa..
pengecut jgk smpai burukkan negara lain.. ^__^

zakey said...

urg gila bha tu..mmg kompom kena kasi tgl ulih cewek sabah..hahaha

Zurina J. said...

Andu bah kasian.... Kau hensem barangkali... Dia jeles. Jangan stress-stress ya, senyum selalu...:)

My Name is Mar said...

Woooaahhh~~
Aku pun tak berapa nak berkenan orang macam tu....
Mahu nya kena sepak laju-laju ngan aku nanti kalau diorang wat blog aku macam tuh..
Nasib bek blog haku tak famous..
HUhuhuhu...

Most POPULAR Korean-Japan-Taiwan Movie/Drama (TOP 50)

MyGamanBorNeo said...

Ada dia kasi link ka nama dia? suka2 sj pakai nama negara orang. ni gerenti bukan org Indon sbb tak kan dia sengaja suka2 kasi buruk nama negara sendiri.

Akemi Siegel said...

mau diajar tu.hehehe

saveqmm said...

anne:memang dia pengecut..kalau berani letak la link..baru adil..

zakey..konfomla tu kalik..uahahaha..bukan ko yang sambar kah dia punya aweks...hihi

saveqmm said...

zurin:ehhe..barangkali la saya hensem...muahahahah...awak juga jgn lupa senyum selalu..supaya nampak lebih cute..(buekkk>>)

Mar:ahaha..kalau saya nak smack down jak orang begini biar dia rasa..alamak..awas blog kamu bakal diserang juga sebab blog saya pun x femes..kihkih

saveqmm said...

mygamanborneo:teda dia bagi link,kalau ada saya org 1st merujuk sama dia..ahahha..mesti bukan orang indon..saya yakin dia ni orang sabah sebab bahasa yg digunakan untuk memaki asalnya dari sabah..

akemi:yups...nak join ajar dia ke..ehehe...

aKu_aG said...

andu ba kesian budak tu..dia nda puas ati sama org sabah la ba jgak tu...itu la dia gitu tu..hahahha

Zurina J. said...

Kau bilang bluek?! Gahh! Jangan kau jatuh cinta sama saya karang kalau nampak kecomelan saya nanti! Kahkahkah

Diary oF Mine said...

jahatnya.. T^T racist kali....

SimplySeoul said...

bengong, xda kerja la. Xpa sabar, adat berblog.

hamzah ian said...

rilek2.. jgn gaduh2. huhu

merahitujambu said...

apa motif dia buat cmtu???

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus