03 July 2011

kronologi kes bunuh Sosilawati



30 ogos 2010:Sosilawati bersama Kamaruddin,Noorisham  dan Ahmad Kamil dilaporkan  hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.Sosilawati kali terakhir dilihat membeli  kerepek di Kampung Sungai Lang,Banting pada jam 4 petang.

6 September 2010:BMW M5 milik Sosilawati ditemui di parkir Pangsapuri Angsana,USj 1,manakala BMW milik Ahmad Kamil pula dijumpai berdepan rumah teres berhampiran sebuah hotel di Subang Jaya.

12 September 2010:Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan semua mereka dibunuh dengan kejam sebelum
dibakar di sebuah ladang manakala abunya

 dicampakkan ke sungai berhampiran.

13 Oktober 2010:Pathmanabhan bersama-sama Thilaiyagan,Matan dan Kathavarayan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok Banting atas tuduhan membunuh  semua mangsa.

15 Oktober 2010:Mahkamah Majistret Telok Datok,Banting menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan itu.

18 Oktober 2010:Pathamanabhan gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang membatalkan namanya sebagai ahli berdaftar..

2 November 2010: 6 anak Sosilawati memfailakn tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap Pathamanabhan dan 5 pekerja ladang yang didakwa terbabit dlam kes pembunuhan ibu mereka.

21 Februari 2011:Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman 7 tahun kepada 20 tahun penjara kepada Sarawanan dan Suresh kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan itu.

3 Mei 2011: Tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 Juta oleh Susilawati terhadap dengan bekas suami,Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dihentikan berikutan kematian jutawan itu


Esok,Isnin 4 Julai 2011,bakal tersingkaplah kisah tragis,rentetan peristiwa 
dan motif di sebalik pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan
3 individu lain di sebuah ladang di Banting apabila kes itu akan
mula dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sekurang~kurangnya 50 saksi pendakwaan akan dipanggil dalam 
kes paling mengemparkan negara sejak kes pembunuhan
ADUN Batu Talam yang mayatnya dikerat 18 bahagian pada 1993.




Apa yang penting lagi,diharap motif kes pembunuhan ini dapat dikenalpasti
dengan lebih mendalam lagi.Apa tujuan Arwah Sosilawati dibunuh??
Siapa yang mendapat keuntungan disebalik kematiaan arwah?.
Adakah benar disebabkan urusan jual-beli tanah sahaja ataupun
ada konspirasi lain disebalik kes pembunuhan ini..
cuba kita renungkan sendiri..
saya tak nak cakap banyak.nanti jadi kontroversi pulak..wahaha.cuba fikirkan sendiri apa
yang telah saya highlightkan sepanjang entri ini..

Realitinya aku berharap agar kes ini tidak diadili dengan memakan
masa yang panjang..kasihan Arwah..tidak tenteram rohnya..
dan pembunuhnya harus menerima hukuman yang setimpal secepat yang mungkin...

komen anda amat dialu~alukan..

                                       
                                            maaf tidak mengubah apa-apa..

2 comments:

Gary Asip said...

ui...nasib baik ko buat entri pasal ni... aq x ikut perkembangan ni... huhuhu... ada gak input dari sini.. thanks bro...

Unknown said...

ok bha kalau ko gary..aq ikut ni kes oo..menarik..rasa mcm aq mau jadi detective pulak..wakakka..ko faham maksudku kah di entri ni??