27 September 2012

Gambar-Gambar Bayi Yang Berpotensi Jadi Gangster


Cuba korang lihat gambar-gambar budak di bawah ni,ada gaya tak untuk jadi seorang gangster yang digeruni suatau hari nanti?....kehkehkeh..



















Apa Sebab Kita Perlukan Model Wanita?





Kenapa dalam iklan selalunya wanita yang menjadi modelnya? Lebih-lebih lagi model untuk kereta. Kenapa tak letak model lelaki? nak tau jawapannya?














so macam ada yang pelik dan janggal disitu kan jika model lelaki yang mengambil alih tempat model wanita..hahaha! tak sanggup nak lihat kalau lelaki yang jadi model..kehkehkeh..

Memang pelik jika lelaki cuba meniru gaya seorang perempuan..buktinya korang nampak gambar di bawah ni:



26 September 2012

Tarian Gangnam Style''Separuh Bogel'' PSY!





SEOUL, (AFP) - Penyanyi rap Korea Selatan Psy bersumpah akan membuat persembahan tarian menunggang kudanya "separuh bogel" di bandar raya Seoul jika lagu popularnya,  ‘Gangnam Style’ mengatasi carta Billboard, Amerika Syarikat.

Lagu tersebut kini berada di tangga ke-11 di carta ‘Billboard Hot 100’.

"Jika saya menjadi nombor satu di Billboard, saya akan berani menari separuh bogel di depan orang ramai," Psy memberitahu sidang akhbar yang menyambut kepulangannya dari Amerika Syarikat.

"Saya akan memilih suatu tempat, lebih baik jika ia berada di depan Dewan Bandar Seoul," kata penyanyi itu, yang nama sebenarnya ialah Park Jae-Sang.

Penyanyi montel berumur 34 tahun menerima kemasyhuran antarabangsa apabila video "Gangnam Style"  tersebar ke seluruh dunia selepas dimuat naik di ‘YouTube’ pada pertengahan Julai tahun ini.

Video ‘Gangnam Style’ telah memperoleh lebih daripada 270 juta penonton di tapak perkongsian video itu.

Kemunculan Psy di anugerah MTV di Los Angeles dan di rancangan-rancangan temu bual waktu perdana AS merangsangkan profilnya lagi dan mengalakkan ‘Gangnam Style’ ke tangga pertama di ‘iTunes Chart’ AS.

Psy memberitahu pemberita yang dia masih terpegun oleh kejayaan lagu tunggalnya, yang dinyanyi oleh hampir semua orang di Korea.

"Ini ialah waktu kegemilangan saya, dalam 12 tahun sejak saya muncul sebagai seorang penyanyi. Ini sungguh luar biasa ,dan saya bersyukur untuk semuanya," katanya.

Apabila ditanya mengenai perjalanannya ke Amerika Syarikat, yang melihat dia mengajar tarian kuda bagi Britney Spears yang terpegun di televisyen, Psy mengaku ada kalanya dia rasa rindu dengan kampung halamannya serta berasa sangat letih secara mental.

"Nostalgia ialah benda yang penting, dan benda yang lain ialah keperluan untuk berbahasa Inggeris sepanjang masa. Menterjemahkan temu duga dari bahasa Korea ke Inggeris dan sebaliknya menyebabkan saya alami sakit kepala yang teruk," katanya.

Walau bagaimanapun, dia mempunyai rancangan untuk satu lagu baru yang mana dia kata mungkin adalah satu campuran lagu hangat Koreanya yang akan dinyanyi dalam bahasa Inggeris.

"Saya mahu menjadi lebih daripada seorang lelaki Korea yang gila melakukan tarian menunggang kuda , dan dikenali sebagai seorang penyanyi Korea yang dapat memberi hiburan yang terus-menerus untuk berjam-jam," katanya.

Filem Terbaru James Bond;Skyfall





Pasti peminat karakter James Bond mengenali nama-nama seperti Barry Nelson,Sean Connery,Roger Moore,George Lazenby,Timothy Dalton,Pierce Brosnan dan Daniel Craig.Mereka adalah pelakon yang pernah menjadi ejen 007,yang lebih popular dengan panggilan James Bond.

Karakter Bond bakal menyambut jubli emas,iaitu ulang tahun ke 50,namun aktor-aktor yang pernah memegang watak itu masih tidak memiliki ciri-ciri tepat yang pernah dijelaskan pencipta karakter Bond,Ian Fleming pada 1959.



Daniel Craig



Digambarkan dalam naskhah Fleming terawal iaitu From Russia With Love,James Bond,seorang lelaki berketinggian 183cm,berat 76kg,tubuh kurus sasa,anak mata berwarna biru,rambut hitam,ada kesan luka calar dibawa pipi kanan dan dibahu kiri,seorang yang athletik,pakar senjata,peninju dan pembaling pisau malah tidak menyamar.

Bahasa pertuturan asing yang dikuasai ialah Perancis dan Jerman,Bond seorang perokok tegar dan yang paling penting,dia seorang lelaki yang mampu menjadi penarik wanita!

Malah pendukung Bond pada era ini,Daniel Craig yang memegang watak 007 melalui filem Casino Royale(2006) hanya berketinggian 178 cm dan tersasar jauh daripada fizikal asal kerana Craig berambut perang.

Disebabkan kredibiliti dan personaliti yang menawan,pastinya aktress yang memegang watak sebagai gadis Bond juga terdiri daripada jelitawan yang turut menjadi kegilaan penonton.Antaranya,aktres kelahiran Malaysia,Datuk Michelle Yeoh.Selain beliau,aktress lain seperti Ursula Andress(jelitawan simbol seks Switzeland),Jane Seymore(Britain) Honor Blackman(Britain) serta aktress Hollywood Halle Berry,Teri Hatcher dan Tanya Roberts

Terbaru,dalam rendisi siri filem terhebat dalam sejarah filem genre aksi perisikan,Filem James Bond: Skyfall adalh filem ke 23 Bond dan jalan cerita kali ini bukan berdasakna hasil kerja Ian Fleming.Sebaliknya Bond berdiri atas aksi dan karakter sendiri yang lebih matang dan hebat berbanding ciri-ciri yang dicipta 5 dekat yang lalu.,

Naomie Harris 


Sinopsis James Bond: Skyfall

Pengarah:Sam Mendes
Watak Utama Bond: Daniel Craig
Gadis Bond: aktress Britain,Naomie Harris dan aktress Perancis,Berenice Marlohe
Watak Antagonis: Silva(lakonan Javier Bardem)

Perisik Britain,James Bond hilang selepas kegagalan operasi di Istanbul dan dilaporkan mati.Identiti setiap ejen M16  yang aktif pula bocor di Internet dan M menjadi sasaran kerajaan kerana gagal mengawal situasi.

Apabila situasi semakin parah,Bond muncul kembali memberi peluang kepada M untuk mencari penjahat berbahaya,Raoul Silva.Malangnya kepercayaan Bond kepada M mula goyah apabila Bond menemui beberapa rahsia yang disembunyikan M sejak dulu.

Penggambaran Skyfall di England,China,Scotland dan Turki.Lagu tema Skyfall bakal disampaikan penyanyi Inggeris popular,Adele.Filem ini dijadualkan untuk tayangan seluruh dunia mulai 23 Oktober depan dan Malaysia bakal menyaksikan aksi hebat Craig bermula 1 November.

Berenice Marlohe

Contoh Pemimpin Luar Negara Buat Pemimpin Malaysia!



Jose Mujica 


Presiden Uruguay,Jose Mujica mendapat gelaran unik,el presidente mas pobre(Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.

Mujica dipetik berkata dia menerima  gaji AS$ 12500(RM38132) tetapi hanya mengambil kira-kira 10 % atau AS$ 1250(RM 4575) untuk kegunaan sendiri.

Ia mencukupi untuk anak saya dan keluarga,atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,”,katanya.

Selain Mujica,yang berusia 77 tahun,isterinya,Lucia Topolansky,67 tahun turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung rakyat.Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevidoe.

Mereka hanya memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai Presiden pada tahun 2010.Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

Lucia Topolansky


Selain digelar Presiden Termiskin,Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.Dia tidak memilik akaun bank atau hutang,manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Mujic bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.Presiden Amerika Syarikat,John F Kennedy,yang berasal dari keluarga kaya turut mendermakan sebahagian gajinya,manakala presiden ke-31,Hervert Hoover,tidak pernah  menerima sebarang wang dari dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah.

Mr.Sasube: Pemimpin di Malaysia ni ada yang sanggup ke contohi sikap Presiden Uruguay tu?..Dalam mimpi kot..pakaian isteri pun dah berpuluh ribu,tu belum lagi perhiasan lain..huh!.
Belum lagi masuk jamuan-jamuan yang menelan kos berjuta-juta ringgit,suapan buat kroni-kroni politik..entah sampai bila akan sedar,rakyat dibawah menangung derita..

.jadi,apa tunggu lagi?..kuasa di tangan kita.JOM UBAH!


Lirik dan Muat Turun Lagu Teman Pengganti,Black feat Malique


UMFtw lirik lagu teman pengganti malique feat black
0fS8E lirik lagu teman pengganti malique feat black
Lirik Lagu Teman Pengganti Black feat Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.


Mr.Sasube: Nak share video kat youtube dah kena delete,so tinggal link download je..kalau nak download korang terjah keras sin
i:
http://www.4shared.com/mp3/3DS59BXN/black_feat_malique_-_teman_pen.html


Hukum Memakai Rambut Palsu menggantikan Hijab


Hukum Memakai Rambut Palsu menggantikan Hijab



Memakai rambut palsu hukumnya haram,akan tetapi terdapat segelintir masyarakat seperti yang berkerja sebagai pramugari ataupun model tidak mengizinkan mereka untuk menggunakan hijab.Maka alternatif terbaik untuk menggantikan hijab adalah dengan memakai rambut palsu bagi niat untuk menutup rambut asli mereka.

Persoalannya adakah pemakaian rambut palsu dalam konteks ini masih lagi HARAM?
Memakai rambut palsu dengan niat menutup rambut asli bukanlah menutup aurat tetapi hanya menyembunyikan rambut asli saja.Menutup aurat mempunyai makna yang jauh daripada sekadar menutup rambut.

Ia bererti menutup bahagian yang diwajibkan iaitu rambut dan semua anggota tidak boleh didedahkan kecuali muka,tangan dan kaki sahaja.Ia juga perlu diikuti dengan akhlak yang baik sehingga pakaian menjadi imej wanita Islam yakni disebut dalam Al-Quran,pakaian takwa.Jika sekadar menutup anggota sahaja tetapi tidak diikut dengan akhlak Islam,ia juga belum menepati pakaian takwa

-diolah pengarang dari ruangan Anda Musykil Dr Masyitah Jawab(Metro Ahad)

Mr.Sasube:Ramai yang memakai hijab dewasa ini,namun masih kelihatan lengan tangan,yang terang nyata lagi SAH sebagai sebahagian aurat wanita yang perlu ditutup!


25 September 2012

Aksi Menggoda Nora Danish!




Nora Danish tampil lagi dengan gaya yang menggoda dalam akhbar Kosmo! Ahad.

Mengenakan pakaian yang mendedahkan paras bahu dan dadanya, Nora memang seorang model yang berpengalaman dan mempunyai 'class' nya tersendiri berhadapan dengan lensa si jurukamera.

Menceritakan pengalamannya dalam dunia lakonan, Nora turut berkongsi bagaimana hubungan intimnya dengan pelakon-pelakon lelaki yang berlakon dengannya digossipkan.


Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai wawancara bersama  Nora Danish,bolehlah singgah ke Kosmo!



Darlene Flynn,Janda Bergelar Ratu Kasut Dunia!




PENGGEMAR kasut memecahkan rekodnya sendiri dengan memiliki 16,400 barangan bertema kasut.

Darlene Flynn, 57, dari Romoland, California, atau lebih dikenali sebagai “Wanita Kasut” atau “Ratu Kasut”, mula mengumpulkan koleksi kasut ekoran perceraiannya pada 2001. Menjelang 2006, dia mempunyai 7,765 barangan dan namanya telah diisytiharkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness. 

Kini, dengan koleksi melebihi dua kali ganda jumlah itu dan dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta), senarainya telah dikemas kini untuk edisi 2013.

Selain kasut , Darlene turut mengumpulkan perabot berbentuk kasut, hasil seni bertema kasut, pin, pakaian, teko, sabun, telefon, porselin dan ribuan replika kasut mini.



Antara barangan lebih popular ialah replika kasut kaca Cinderella, kasut merah Dorothy daripada Wizard of Oz, kumpulan kasut Betty Boop dan tumit tinggi Barbie.

Kabinet kaca menghiasi hampir setiap bilik di kediamannya dan ia mengambil masa dua minggu untuk Darlene mengalihkan setiap barangan daripada kabinet itu dan menyusunnya.

Dia mengakui dalam satu wawancara dengan North County Times: “Saya tidak tahu mengapa ia mesti kasut. Saya hanya sukakannya dan ia semakin tidak dapat dikawal.”

Darlene berkata, dia mendapat ilham untuk membeli 28 replika kasut mini yang pertama selepas menziarahi seorang saudaranya yang mengumpul barangan itu ketika dia dan suaminya baru bercerai.

“Saya tidak perlu menumpukan perhatian kepada suami lagi dan saya mempunyai waktu untuk menumpukan kepada kasut.

“Saya suka mempunyai barangan itu. Saya memandangnya setiap hari dan ia mengingatkan bila saya membelinya dan kunjungan saya ke seluruh dunia,” katanya.

Walaupun dia telah membelanjakan hingga $1,800 (RM5,614) untuk satu kasut mini, barangan paling dihargai Darlene ialah sepasang but yang dipakai neneknya pada hari perkahwinan wanita itu.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia boleh memakai ‘hanya’ kira-kira 100 pasang daripada koleksi kasutnya dan berazam untuk membina muzium kasut satu hari kelak.

Dia hampir menjadi wanita yang tinggal dalam kasut pada kehidupan sebenar apabila pernah membuat bidaan $6,000 (RM18,716) di eBay untuk membeli sebuah bangunan 16 kaki X 20 kaki yang berbentuk kasut.

Nasib kurang baik bagi Darlene kerana seseorang telah menewaskannya dalam bidaan itu.

“Saya akan hidup dalam kasut jika ia cukup besar untuk memuatkan kasut saya yang lain,” katanya.



-SUMBER

24 September 2012

Suami Rebus Isterinya Selama 4 Hari!



Seorang chef  mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.
David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.
Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.
“Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas,” katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.


Anak Datuk K Serbu Rozita Che Wan!




Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.


Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.
Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.
Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.
"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.
"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.
Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.
"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.



8 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit


8 Cara Kempiskan Perut Buncit


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:




1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

8.yang pasti jangan sesekali makan hasil dari sumber yang haram! (rasuah.mencuri dan sebagainya)


Selamat mencuba!

Lagi petua menarik untuk dikongsi bersama: Rahsia Kekal Lama Perhubungan Cinta

19 September 2012

12 Dalang Disebalik Filem Hina Islam dan Rasulullah

BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslimsmenerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).

Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:



 Sam Bacile

1. Sam Bacile

Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.

Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).

Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.

Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.

Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenai individu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.

Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.

"Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, " jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.

Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.

Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.

(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)

Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaun YouTube dalam terjemahan bahasa Arab.


Nakoula Basseley Nakoula

2. Nakoula Basseley Nakoula

Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.

Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.

Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.

Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.

Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.

Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.

Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.

Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.

Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.

Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.

Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).

Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun.

Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.


3. Steve Klein

Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.

Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.

Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.


 Steve Klein




4. Cindy Lee Garcia

Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil ‘Desert Warrior’.

Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini - skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.

Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.

"Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya. Ia membuatkan saya sakit," katanya kepada Gawker.

Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.

Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.

Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.

Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.

Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.

"Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat," katanya.

Cindy Lee Garcia


5. Tim Dax

Seorang lagi pelakon ‘Innocence of Muslims’, Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.

Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu - dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk ‘Desert Storm’ dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.

"Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.

“Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.

“Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orang Mesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip,” katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.

Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.

Tim Dax


6. Alan Roberts

Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula - dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.

Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.

"Alan bekerja di bawah Sam," katanya.

"Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu," katanya.

Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.

Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994, Save Me.



7. Terry Jones

Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.

Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.

Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, "Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia."


8. Morris Sadek

Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.

Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia ‘menerangkan’ masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.

Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.

Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.

Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.


9. Jimmy Israel

Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.

Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.

Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.

"Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja," katanya kepada BuzzFeed.

Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.

Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).


10. Vine Theater

Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.

Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.

Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.

Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.


11. John Walsh

Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.

Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.


12. Sheik Khaled Abdalla

Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.

Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.

Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.


 Sheik Khaled Abdalla