14 September 2012

Cukai Rokok Bakal Naik Lagi!





Beberapa buah pengilang rokok berjenama di Malaysia meminta agar kerajaan memastikan bahawa tiada sebarang kenaikan cukai eksais terhadap rokok pada masa depan kerana tidak mahu mengalami sebarang kerugian yang teruk hasil dari lambakan rokok haram di pasaran.

Ini berikutan wujud spekulasi menjelang pengumuman bajet 2013 bahawa kadar cukai eksais terhadap rokok bakal dinaikkan lagi.Kerajaan haru ssedar sebarang kenaikan tinggi yang drastik terhadap cukai rokok akan membawa kepada peningkatan yang mendadak terhadap permintaan rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini.

Kenaikan cukai terhadap rokok adalah satu langkah yang relevan bagi membendung gejala ketagihan merokok dikalangan masyarakat teruma golongan remaja namun pihak berkuasa juga perlu mengambil inisiatif terbaik bagi menyekat aktiviti penyeludupan rokok haram yang semakin berleluasa kini.

Justeru sebarang kenaikan harga rokok perlu dikaji semula agar tidak menimbulkan lebih banyak masalah di masa mendatang...