Assalamualaikum dan salam muhibbah
Sudah lama rasanya aku tidak menulis entri sendiri..masa itu selalu mencemburui aku..masa mengejar aku,aku mengejar masa.Kadang kala apa yang telah dirancang,tidak terlaksana..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..Allah sebaik-baik perancang kehidupan alam semesta beserta isi-isinya..
Korang baca tajuk entri aku kat atas tuh..macam pernah dengar kan.hampir sama bunyi dengan drama yang masih popular di kalangan peminatnya,Dejavu di Kinabalu..kalau korang tak pernah dengar konfomlah korang ni jenis ''katak bawah tempurung'',tak pernah nonton TV,atau dalam rumah korang memang tiada TV..hehe..
Hari ini aku nak cerita sikit,pengalaman aku mendaki sebuah bukit.Bukit yang sangat dekat dengan kehidupan aku..Mana tak dekat,kalau dah hari-hari nampak bukit yang sama..ke bandar ke tempat kerja,pun nampak bukit yang sama.bukit tu dinamakan Bukit Kinabutan.Sebab apa dinamakan Kinabutan,aku pun kurang pasti..mungkin disebabkan bukit ni berdekatan dengan Kampung Kinabutan.
crew oldskool batu 10 menunggu bas menuju ke Bukit Kinabutan |
Kami bergerak lewat,kira-kira dalam jam 5 petang,disebabkan hujan renyai-ranyai masa tuh yang membuatkan sebahagian crew Oldskool Batu 10 berfikir panjang untuk meneruskan pendakian ini..Namun alhamdulillah setelah menunggu hampir 3 jam akhirnya hujan mulai reda dan kami bergegas mengumpul barang keperluan dan mula bergerak menunggu bas untuk meneruskan ekspedisi..
sempat lagi ambil gambar candid walaupun sudah terlewat. |
Kira-kira jam 5.30 petang,kami tiba di kaki bukit dan memulakan pendakian..Mujurlah ada diantara crew yang masih mengingati laluan masuk ke puncak bukit,namun tak disangka-sangka kami telah tersesat setelah beberapa minit pendakian dimulakan..Syukur alhamdulillah dengan kerjasama semua crew untuk mencari jalan sebenarnya,setelah 5 minit kami berjaya meneruskan pendakian dengan cahaya yang semakin berkurangan,menandakan masuknya waktu maghrib.
Sampai di satu tempat yang berbatu besar,akhirnya aku teringat aku pernah mendaki bukit ini,beberapa kali,sewaktu masih di zaman persekolahan,..Ya benar dahulu bukit inilah yang kami daki sebelum kami mengambil peperiksaan SPM!..Aku teringat kembali,masa itu ada beberapa rakan perempuan juga turut serta..Aku ingat sangat sebab aku lah yang tolong mereka menaiki batu-batu yang curam..
Patutlah sewaktu awal pendakian rasa macam pernah lalu je jalan tuh..tak pasal-pasal aku kena DEJAVU sebentar..hahaha!..semakin tinggi pendakian semakin mencurah-curah pula DEJAVU tu berlegar di kepala ku..setiba di puncak seja,nah disitulah segala kenangan bersama rakan-rakan sepersekolahan dingat kembali..sori guys mungkin 6 tahun yang berlalu itu membuatkan kita semua lupa dengan apa yang telah kita lalui bersama-sama..tapi tak kisah sangat lah asal kita masih lagi ber SAHABAT hingga hari ini...
suasana keindahan bandar Tawau waktu petang |
Kembali kepada cerita pendakian Oldskool Batu 10 ni,kami sampai di puncak sekitar 6.30 petang...masa tu matahari sudah tak kelihatan lagi..maka melepaslah kami melihat keindahan panorama Tawau ketika matahari terbenam..yang kelihatan cuma kerlipan cahaya neon di sekitar bandar Tawau,dan Jalan Apas..sangat teruja perasaanku masa itu,kerana buat pertama kalinya aku melihat keindahan tanah kelahiranku ini pada waktu malam!..memang ditahap ohsemmmm lah...SubhanAllah!..
suasana keindahan bandar Tawau waktu malam |
Ekspedisi kali ini memang berbeza dengan sebelumnya,sebab kami bercadang untuk bermalam di puncak bukit ni..kalau yang sebelum-sebelum ni sampai petang je lah..Masa ini lah aku rasa bagaimana suasana perkhemahan yang sebenarnya..Sebab apa?..korang nampak sendiri lah gambar di bawah ni...
memasak cara oldskool.. |
masak nasi guna kayu api |
memasak dengan cara stylo! |
tukang masak yang tiada duanya di Tawau! |
Haha!..kitorang masak guna kayu api bro..nasib baik lah kayu api tu tak basah sangat..kalau tak konfom berlapar lah kitorang dekat puncak tuh..memang mencabar lah memasak guna kayu api ni..korang fikir senang ke nak masak cara begini,kena lagi dengan tempat tinggi yang berangin...hinggakan hampir semua kami yang berdekatan api mengalami selesema disebabkan asap kayu api ni..
Kalau zaman persekolahan dulu,camping begini jarang guna kayu api,melainkan camping pengakap di luar sekolah.kalau camping dalam sekolah,guna gas memasak seja..jadi suasana camping tuh tak terasa sangatlah..
Selepas makan malam dan berborak kosong,ada rakan yang tidur seawal jam 10..ada rakan yang lain pula,termasuk aku,tidak dapat tidur..jadi aktiviti kami,menyanyi,memekak tengah-tengah malam..lepas tu, dah lapar semula,kitorang masak lah apa yang ada..menghabiskan stok megi dan sardin supaya perjalanan turun esok hari tak lah keberatan sangat..akhirnya setelah 3 edisi masak-memasak,kami semua terlelap sekitar jam 3,ketika saatnya puncak bukit mula diselubungi kabus..
gambar diatas ni diambil sekitar jam 6-7 pagi ..memang nampak ohsemm lah pemandangan time tu..hehehe..dan sebelum balik kami sarapan dulu untuk mengelakkan kelaparan di tengah jalan..
Akhir sekali kami bergambar keluarga di puncak Bukit Kinabutan..
ahli dari kanan : Mohd Arfa,Tatok Din,Saveq,Sharul,Tawik,ND paling depan: Asyhar Bunawas aka si Manis tidak terlupa jurugambar: Ijam.. |
Amacam?..korang budak TAWAU sudah pernah sampai ke puncak bukit ni ke?..kalau belum memang korang bukan TAWAU SEJATI lah..hahaha!..apapun,ini Satu pengalaman yang sangat berharga buat aku...InsyaAllah di entri yang akan datang akan aku kongsi pendapat aku tentang potensi tempat ini yang boleh dijadikan tarikan pelancong dalam atau luar negara..insyaAllah!....