12 December 2011

Majlis Keberangkatan Pulang-Menjunjung Kasih YDPA Ke13 Tuanku Mizan






Setelah lima tahun menerajui takhta kerajaan persekutuan selaku Yang Dipertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini secara rasminya menamatkan pemerintahan baginda.


Tuanku Mizan akan digantikan dengan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14.


Serentak itu berlangsung Istiadat Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.  






Majlis bermula seawal jam 9 pagi di Istana Negara, dengan baginda berdua menerima ucapan perpisahan daripada hampir 500 petugas istana dan disusuli ucapan perpisahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika Majlis Mengadap Yang Dipertuan Agong. 


Tuanku Mizan bersama Tuanku Nur Zahirah kemudian berangkat meninggalkan istana negara jam 11 pagi.


Dengan menaiki kenderaan rasmi Yang DiPertuan Agong, perjalanan baginda ke Dataran Parlimen diiringi tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.


Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 pada 26 April 2007.

Yang Di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah 
bakal ditabalkan pada esok hari 13/12/2011.Jangan lupa saksikan di tv 1 dan juga tv3..





No comments: