30 December 2011

Lirik Cinta Muka Buku-Najwa Latiff Bermasalah?

Salam bahagia !!!

Malam ni Saveq nak kongsikan tentang lagu Cinta Muka Buku nyanyian artis kecil molek si Najwa Latif tu..Cerita ni dari rakan FB kat group kitorang,SAHABAT TAWAU,tentang lirik dia yang bermasalah.

kata rakan tu,Lirik Lagu Cinta Muka Buku ni boleh mendatangkan murtad.
Pesannya lagi,kalau boleh,tak payah dengar langsung supaya kita tak terjerumus..

emm aku pun naik hairan la part mana dalam lirik lagu tu yang boleh membawa kita ni sebagai umat Islam menjadi murtad..bha jangan banyak bicara kita zoom in la lirik lagu tu..







Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


So setelah meneliti lirik lagu ni,aku rasa tak ada satu rangkap pun yang boleh membawa kepada murtad..

Rupanya rakan tu dah kenakan aku !!..Memang dia la kaki putar belit group tu..ahakss..
Korang nak tahu apa dia kata pada ending story dia tu..baca di bawah ni..



'' amboi~ ! syok nya nyanyi.. siap ikut rentak lgi ar..hahaha ! kna tpu.. ! :P  ''..

hakk tuiiiii....malangnya hari ni..haha






2 comments:

Unknown said...

opppss.,terikut nyanyi sma lg...lol..

UbatPensil said...

memang pernah dulu ada kontrovesi lagu ni kononnya menghina islam. part yang cakap, "cinta yang satu, Cinta di muka buku" . lirik seolah2 mengagungkan cinta FB drpd cinta kpd Allah. Najwa dah jelaskan dia mmg tkda niat pun nk mghina. tuh cuma lirik lagu sj. bodoh betol org main tuduh2 ni =_=