04 December 2011

Berita hiburan terhangat tahun 2011

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2011
akan meninggalkan kita.
Tahun ini jelas dibuktikan sebagai sebuah 
tahun yang menarik untuk editor-editor tabloid dan penulis blog.
Dari perkahwinan diraja,hinggalah penceraian beberapa artis terkemuka..
Mari lihat ranking berita hiburan paling terhangat pada tahun 2011






1..Perkahwinan Diraja
Perkahwinan antara Kate Middleton dan Putera William merupakan acara paling popular tahun ini. Majlis meraih ini ditonton oleh ribuan manusia apabila disalurkan ke hampir setiap saluran TV di dunia.


Charlie Sheen

2..Naiknya Charlie Sheen
Bertahun-tahun sebelum ini, Charlie Sheen wujud sebagai seorang selebriti kecil, dan berlakun dalam sitcom 'Two and a Half Men' dengan kesederhanaan. Tetapi pada awal 2011, pelakon bermasalah ini menjadi masyhur selepas beberapa siri penampilan-penampilan televisyen aneh. Selepas secara terbuka menyatakan dia hidup dengan dua teman wanita dan pernah menggunakan dadah, Sheen mendapat status bintang rock. Pelakon ini mengambil kesempatan dari riuh rendah media, sehingga dia menjual sokongan dan produk-produk di Twitter. Dan sudahkan saya mengatakan bahawa dia juga mendapat rekod dalam Guinness Book World Records? 


Amy Winehouse

3..Amy Winehouse meninggal dunia pada umur 27 tahun
Pada 23 Julai, Amy Winehouse telah dijumpai mati  di rumahnya. Seorang pakar patologi mengisytiharkan kematiannya sebagai “kematian tidak disengajakan” yang telah mengakhiri kisah yang melanda kebanyakan daripada kerjayanya. Walaupun gaya hidup Amy Winehouse dipersoalkan, dia sememangnya seorsng artis berbakat yang mempunyai banyak lagu-lagu hit yang tidak dapat dilupakan seperti 'Rehab' dan 'Back to Black'. 

4..Dakwaan paterniti Justin Bieber
Karakter Justin Bieber diselar seketika apabila seorang wanita muda bernama Mariah Yeater mendakwa bahawa penyanyi ini adalah bapa kepada anaknya yang berumur tiga bulan. Menurut Yeater, mereka menjalinkan hubungan seks di sebuah konsert di Los Angeles. Dia seterusnya memfailkan satu tindakan guaman keatas Justin Beiber. Walau bagaimanapun, perjalanan kes ini terbantut selepas wanita itu menarikbalik tindakan guamannya.






5..Beyonce mengandung
Beyonce sentiasa senyap tentang hal peribadinya, jadi apabila dia menari atas pentas sambil menggosok perutnya di 2011 MTV Video Music Awards, kisah penghamilannya bukan lagi menjadi rahsia. Berikutan pendedahannya, Twitter mendaftar rekod sebanyak 8,868 tweet setiap minit dari pengguna-penggunanya.



6..Demi dan Ashton mengakhirkan perkahwinan
Selepas enam tahun berkahwin, Demi Moore dan Ashton Kutcher mendaftarkan tuntutan perceraian bulan lepas. Sudah tentu, seperti kebanyakan daripada perceraian di kalangan pasangan selebriti, memisahkan aset-aset bersama tidak akan menjadi satu perkara yang mudah dan bergantung kepada sama ada pasangan tersebut telah menandatangani satu perjanjian 'prenup' sebelum berkahwin.



7..Kim Kardashian bercerai 
Selepas membelanjakan $10 juta di sebuah perkahwinan yang besar-besaran, Kim Kardashian sekali lagi menjadi tajuk berita hangat untuk alasan-alasan yang salah selepas berakhirnya perkahwinannya yang singkat kepada pemain NBA. Bekas ejen publisitinya mengatakan bahawa perkahwinan tersebut boleh jadi hanya sebuah muslihat, setelah menjual hak media sebanyak $18 juta kepada Entertainment Channel dan mengakhirinya hanya beberapa bulan kemudian. Untuk 72 hari perkahwinan, dia dilaporkan memperolehi $8 juta. Kim mungkin seorang bekas pengantin yang kesepian, tetapi yang pasti dia memang pelabur yang bijak.








Nota rahsia:

Yuna menang  Lagu Terbaik AIM pastu kena tarik balik tiada ke..
hahaha 

1 comment:

JR said...

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012 yg penuh debaran...


Entri terbaru di blog JR:

"Tragedi Rambut Panjang Awei Wings - Satu Nostalgia"