13 December 2011

Rancangan TV Terhebat Sepanjang 2011

Rangkaian televisyen sentiasa berusaha untuk mendapat lebih penonton dan sejak kebelakangan ini, terdapat makin banyak rancangan yang bagus di kaca TV. Di sini kami melihat lima rancangan yang hebat.



American Horror Story
Diarahkan oleh Ryan Murphy yang juga pengarah 'Glee' dan 'Nip/Tuck', rancangan 'American Horror Story' adalah sebuah rancangan yang lain dari yang lain. Seperti projek Murphy pada tahun 2003 iaitu 'Nip/Tuck', siri ini adalah satu kisah seram di mana pelakon utama karakter Dylan McDermott, Ben Harmon, mempunyai persamaan dengan karakter plastik yang terganggu, Christian Troy.


Terra Nova
Siri ini bermula pada tahun 2149, satu era ‘post-apocalyptic’ di mana kemewahan dunia yang lampau telah tiada lagi disebabkan oleh berlebihan penduduk dan pencemaran yang pesat. Steven Spielberg, yang begitu berpengalaman dalam mengubahkan dunia khayalan kepada dunia realiti,  telah menghasilkan suatu rancangan yang menarik

KREDIT:HAJAR YOSU





Boardwalk Empire
Dari Steven Speilberg, kami pergi kepada seorang pengarah yang lain, iaitu Martin Scorsese. Pengarah bervisi Amerika-Itali yang mempunyai keupayaan luar biasa untuk mewujudkan filem hebat, kini memindahkan kebolehannya kepada kaca televisyen dengan jayanya. 'Boardwalk Empire', yang pada masa ini dalam musim keduanya, menampilkan barisan pelakon yang berbakat dengan Steve Buscemi sebagai pelakon utama. Siri ini telah dialu-alukan sebagai drama HBO yang paling menambat perhatian sejak 'The Sopranos'.






The Walking Dead
‘The Walking Dead’  dalam musimnya yang pertama pada bulan Oktober, berjaya menarik perhatian seramai 7.3 juta penonton, memecahkan rekod dalam sejarah televisyen kabel Amerika. Diarahkan oleh Frank Darabont yang juga terlibat dalam 'The Shawshank Redemption', siri ini berdasarkan sebuah novel grafik. Selepas episod terakhir dalam musim keduanya, rangkaian ini mengumumkan bahawa siri ini kan kembali untuk musim ketiga.


The X Factor
Berikutan kejayaan rancangan ini di UK, Simon Cowell memutuskan untuk membawa pertunjukan bakat 'X Factor' ke kaca TV Amerika. Walaupun pada awalnya minat terhadap rancangan ini tidak begitu menggalakkan, pertunjukan ini masih berjaya menarik banyak bakat, termasuk penyanyi rap Astro yang hanya berumur 15 tahun.

KREDIT: HAJAR YUSOF




No comments: