Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts

25 April 2013

Cara Menyeru Kembar Ghaib Kita!





Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.




Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!

21 December 2012

Permintaan Misteri Presiden Pertama Israel.



Chaim Azriel Weizmann lahir pada tahun 1874. Dia merupakan seorang pakar kimia yang menjadi Presiden Organisasi Zionis Dunia dan Presiden Israel pertama yang terpilih pada pertengahan Mei 1948. Dia juga menubuhkan institut penyelidikan Israel yang akhirnya menjadi Lembaga Ilmu Pengetahuan Weizmann.
Setelah mempelajari biokimia di Switzerland dan Jerman, Weizmann berhijrah ke England pada tahun 1905 dan dipercayai sebagai Juru cakap Zionis Eropah. Dalam perang dunia pertama, Jerman selangkah lebih maju dalam teknologi persenjataan berbanding pihak Bersekutu. Namun berkat penemuan Weizmann, yang berjaya mensintesiskan aseton melalui proses penapaian yang digunakan dalam menghasilkan cordite iaitu bahan pembakar yang berguna bagi pemangkin peluru, British berjaya bersaing dengan Jerman.
Banyak kalangan berkata tanpa penemuan Weizmann, British akan menderita kekalahan dalam perang dunia pertama. Sebab itulah, Weizmann sangat dihormati dikalangan elit Inggeris dan menjadi rakyat dihormati. Sejak itu lobi Weizmann menjadi sangat kuat di England.
Permintaan Weizmann
Selepas perang dunia pertama, PM Britain David LloydmGeorge secara khas mengundang Weizmann. George memberi Weizmann sejumlah wang dan berjanji bahawa British akan memberikan apa saja permintaan Weizmann.
Pucuk dicinta ulam mendatang. Sebagai salah seorang tokoh gerakan Zionis ini merupakan kesempatan terbaik bagi dirinya untuk meminta tanah air bagi bangsa Yahudi yang ketika itu masih berselerak di beberapa negara dan benua.
Weizmann menjawab, “Tuan, hanya satu yang saya inginkan … Hal itu adalah ‘rumah’ bagi saudara-saudara saya …”
Lloyd George faham. Permintaan khusus Weizmann itu menjadi perhatian utama Kabinet British. Menteri Luar Negeri Balfour setengah tidak percaya dengan apa yang diminta Weizmann.
Balfour bertanya kembali kepada Weizmann, seolah ingin mendengar melalui telinganya sendiri, “Tuan Weizmann, mengapa harus Palestin?”
“Tuan Balfour, jika pun saya mahukan Paris atau London apakah anda akan berikan? ” Weizmann bertanya.
Balfour mengangguk, “Mengapa tidak?”
Weizmann tersenyum. “Saya percaya Tuan Balfour. Namun sayang, kami telah mempunyai Jerusalem, ketika London masih berupa kawasan paya. ”
Balfour terdiam. Dia sangat faham bahawa permintaan Weizmann tersebut sangat dilema. Di pihak British sangat berterima kasih kepada Weizmann dan juga tokoh-tokoh Yahudi Antarabangsa lain namun jika permintaan itu dituruti maka Dunia Arab akan memusuhi British.
Sebab itulah, draft Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada tarikh 2 November 1917 ditulis dengan sangat berhati-hati dan tidak secara jelas menyenaraikan kata “tanah air”. Namun demikian, pihak Zionis tetap menterjemah deklarasi ini sebagai surat sakti untuk menjajah Tanah Palestin yang ketika itu memang dikuasai British.
Deklarasi Balfour dianggap sebagai mandat British kepada gerakan Zionis Antarabangsa untuk mendirikan sebuah negara Israel di Palestin. Pada 1918, Weizmann diangkat sebagai ketua Suruhanjaya Zionis dan dihantar ke Palestin oleh pemerintah British untuk menganjurkan pembangunan masa depan di negera itu. Di sana, dia meletakkan batu asas Universiti Ibrani.
Pada tahun yang sama Weizmann bertemu di Aqaba dengan Emir Feisal, putra Syarif Husain dari Mekah iaitu orang Arab yang telah bersekongkol dengan Perancis dan British menumbangkan khilafah Turki Uthmaniyah untuk rundingan untuk penubuhan negara Arab dan Yahudi yang ‘merdeka’.
Selepas itu, Weizmann mengetuai delegasi Zionis pada Persidangan Keamanan di Versailles. Pada tahun 1920, dia menjadi pimpinan Organisasi Zionis Dunia (WZO) dan mengetuai Agen Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun 1930-an, Weizmann meletakkan dasar Institut Penyelidikan Daniel di Rehovot, yang kemudian menjadi Institut Weizmann iaitu tenaga penggerak utama di belakang penyelidikan ilmiah Israel.
Pada tahun 1937, dia membina rumahnya di Rehovot. Chaim Weizmann kembali semula menjawat jawatan sebagai pemimpin WZO pada tahun 1935-1946. Sepanjang zaman Perang Dunia ke II, dia menyumbang banyak usaha dalam membentuk angkatan bersenjata Israel.
Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan konspirasi Barat yang kemudian membentuk “negara” Israel pada 29 November 1947, Weizmann diangkat sebagai presiden pertama Israel hingga si laknatullah ini meninggal dunia pada tahun 1952.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Detik Islam

Jom baca yang lagi gempak: biasiswa terbaik untuk anda!


07 December 2012

Segera Bertaubat Najwa Latif!



Terlalu lama menyepi dari dunia blog,terasa ketinggalan dari mengikuti perkembangan dunia maya ini..Terkejut membaca isu Najwa,seorang penyanyi yang dikenali melalui Youtube yang telahpun mengecewakan ayahandanya,Abdul Latif Ismail..Sehinggakan si bapa sanggup menceritakan perasaan beliau dengan seorang wartawan Berita Harian..

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. 

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian. 


Petikan dari BH online itu cukup menggambarkan betapa kecewa seorang bapa terhadap anaknya sehinggakan sanggup bersumpah menggunakan nama Allah swt..Adakah tidak terdetik di hati Najwa Latif untuk bermuhasabah diri,apakah kesalahan yang telah dilakukan terhadap bapanya sehingga sanggup menceritakan kekecewaannya kepada seorang wartawan hiburan?..

Bukan untuk menilai seorang artis yang cukup popular,tetapi nampaknya ego Najwa Latifsedikit terserlah apabila mengemaskini akaun statusnya:




Bagi saya,Najwa perlu berdiam diri kepada media,tetapi perlu segera bertaubat kepada ayahandanya dari terus mengaibkan diri sendiri..Perlu diingat Najwa,restu ibu-bapa itu perlu bagi kebahagiaan seorang anak..Sejahat manapun ibubapa kita,mereka tetap yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia..Apalagi jika seorang anak perempuan yang dosa-dosanya bakal ditanggung oleh bapanya di akhirat kelak sebelum bernikah...Fikir-fikirkan Najwa!...Wallauhalam...



Alamak! Wanita Berhijab Jadi Model Cincin Seks.

Assalamualaikum dan salam muhibbah.



Ermmmmm...Sedapp!!!....hahaha..

Saya tak seberapa pakar dalam soal hukum Islam ni..harap-harap ada lah pembaca Muslim Muslimah di luar sana yang boleh memberi pandangan mengenai hal ini..Semacam kurang selesa bagi pembaca seperti saya bila melihat seorang muslimah berhijab menjadi model produk seks seperti di atas...

anda pula bagaimana?..



Waspada Aplikasi Al-Quran Palsu!



PERHATIAN!!! 
SATU SEBARAN DIPERLUKAN SHARE SEBERAPA BNYAK YNG BOLEH...



Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahma diyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Walaupun kecanggihan teknologi memudahkan kita, namun kita perlu sentiasa berhati-hati. Ditakuti maksud ayat Quran tersebut bercanggah dengan maksud asalnya. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share

Abby Abadi Tak Senang Hati Rakan Artis Ke Gaza!




Agak tersentap juga apabila kami membaca status yang dikeluarkan oleh Abby Abadimempertikaikan Misi Aqsa Syariff ke Gaza oleh rakan artis sendiri iaitu Afdlin Shauki, Bront Palarae &Zain Saidin di dalam laman Twitter@abby_abadi112 milik beliau.
Abby Abadi memperlecehkan rakan artis yang berniat suci dan ikhlas untuk misi ke Palestin ini kerana di Malaysia mereka mengundi UMNO atau Barisan Nasional. Oh, kenapa perlu ada diselitkan politik dalam agenda misi ke Gaza ya?
Menurut Abby Abadi lagi, sebenarnya beliau pun mendapat jemputan untuk misi ke Gaza tetapi sebab terikat dengan program dan tanggungjawab kepada ibu bapa serta anak-anak menyebabkan beliau memberi peluang kepada rakan artis lain. Ye ke?
Janganlah dipertikaian dan diperlecehkan niat suci saudara kita untuk membantu saudara Islam kita di sana disebabkan taksub dengan politik.


22 October 2012

Hikmah Zikir Terhadap Otak Manusia.





Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
sumber: penawar.com

11 October 2012

Pesanan Penting Buat Lelaki Muslim.




1.Solat

"Lelaki yg tidak pernah mnjatuhkan lututnya untuk solat,tidak berhak mnjatuhkan lututnya untuk menyarung cincin ke jari manis seorg wanita"



2.Jodoh

Jodoh ada tiga jenis jodoh :

Jodoh dari Syaitan : Berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu nikah.

Jodoh dari Jin : Berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemauan lalu nikah.

Jodoh dari Allah Ta'ala: Cinta berputik, masuk meminang dan langsung nikah, itulah SYURGA CINTA.




3.MEMILIH

" Orang yang terlalu mencari pasangan yang sempurna..yang cantik..,yang hensem je.. Akhirnya mendapat orang yang biasa-biasa je..



4.AURAT

LELAKI Yang HEBAT Adalah LELAKI Yang senantiasa memastikan WANITA Yang
disayanginya MENUTUP AURAT :) ......♥




5.BERANI

ramai lelaki ucap macam ni kepada perempuan

"i love u darling"
"saya sayang awak"
"saya cinta awak"
"saya kasih awak"

tapi x ramai yang berani 

jumpa dengan ayah perempuan mengatakan

 "pakcik, saya nak meminang anak pakcik dan jadikan dia sebgai isteri saya yang HALAL..."


6.♥ ♥ KELEBIHAN NIKAH ♥ ♥

♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!

♥ Suami peluk isteri ~dapat PAHALA!

♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!

♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!

♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~dapat PAHALA!

♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!


♥ Suami pegang isteri ~dapat PAHALA!

♥ Suami marah isteri(untuk menegur) ~ dapatPAHALA!

♥ Suami imamkan isteri ~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)

♥ Suami ajar isteri fardhuain ~ dapat PAHALA!

♥ Suami setubuh isteri ~dapat PAHALA!

♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!












16 August 2012

Facebook CEO Mark Zuckerberg Converts To Islam, Now Known As Mark Abu-bakar!




This amazing and highly interesting piece of information just landed in. Unofficial sources claim that Facebook CEO Mark Zuckerberg has made the decision to convert to Islam, and will henceforth be known as Mark Abu-bakar. The decision was made after the announcement from Facebook team yesterday that Facebook will be shutting down on October 2nd.

Mark Abu-bakar said:
I’ve been wanting to convert since a very long time. Yesterday, when we finally decided to shut down Facebook for 24 hours in October, i took some time out to think about what actually defines my life. I came to the conclusion that if there’s no Facebook, there’s no Mark Zuckerberg. That’s when it hit me. I was lucky that someone on Facebook had a web app for online conversion, so i went forward with it. Yes, its true. The app also posted a notification on my wall, you can check it out. May the lord be with you.


Mark Abu-bakar has also said that he now plans to take time off Facebook to concentrate on something that has a more positive outcome. He also hinted that Facebook headquarters might be shifted to Afghanistan as well.

When Apple CEO Steve Jobs was asked to comment on this, he said that he’s quite happy forAbu-bakar and he hopes that Facebook also merges with MicroApple to form MicroFaceApple. As a token of respect, an iPad Nano was shipped to Abu-bakar.

Mr.Sasube : Wallahualam..

15 August 2012

Kelebihan Lelaki Memelihara Janggut Menurut Sunnah Rasulullah!


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. 

lelaki yang kacak adalah lelaki yang memiliki janggut dan misai!


Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Janggut Ustad Azhar Idrus yang sempoi..



14 May 2012

Cara Mengenalpasti Kedai Makan Guna Pelaris(Jin)



Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 

Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.





01 May 2012

Cerita Beza Tutup dan Bungkus Aurat



Assalamualaikum..





Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat..?? jom baca beza BUNGKUS dgn TUTUP ni..


SITUASI 1


aisyah : mad, cuba ko teka aku tgh BUNGKUS apa ni..??
ahmad : alaaa.. nasik lemak..
aisyah : aik..?? mana ko tahu..??
ahmad : aku nmpak nasik terkeluar sikit tu.. lagipn aku tahu ko memang jual nasik lemak pun..
aisyah : okey-okey.. cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit..??
ahmad : alaaa.. lagi senang.. banyak la..
aisyah : haaa..?? macam mana ko tahu ni?
ahmad : tenguk bentuk & saiz laa.. BUNGKUSan besar, banyak.. BUNGKUSan kecik, sikit la.. hahaha kantoi..
aisyah : pndainya ko ni..
ahmad : bkn aku yg pandai, ko yg  tak pndai.. hahaha..
aisyah : cehhh.. malas la soal..

situasi lagi 1 -

Aisyah : Mad, cuba teka aku TUTUP apa dengan tudung saji ni..??
Ahmad : hmmm.. ikan goreng..??
Aisyah : salah..
Ahmad : telur dadar..??
Aisyah : salah lg..
Ahmad : karipap..??
Aisyah : salah jgk..
Ahmad : fail MQA..??
Aisyah : huisshhh.. lagi la salah..
Ahmad : abis tu apa benda..?? mana la aku tahu apa yang ko TUTUP tu..
Aisyah : nasik lemak laaa.. cuba teka banyak ke sikit..??

Ahmad : cehhh.. mana la aku nak thu..!! malas la jawab, merajuk ar.. huhhh..

-Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak!!!

Kesalahan-kesalahan yang mudah dilihat pada masa kini(wanita)

Kesalahan yang mudah dilihat pada masa kini(Lelaki)






27 April 2012

Biar Hodoh Asal Beriman

Assalamualaikum..


Sebuah kisah,di petang yang damai...


Gadis A : 'Milah !'


Gadis B : 'Ya ?'


Gadis A : 'Kau kan cantik , menawan , ramai orang lelaki tergila2kan kau. tapi kenapa lah si mamat yang hitam lagi kilat tu , tambah pulak dengan badan dia yang geeemmok tu , kau boleh pilih dia jadi suami kau pulak?' Kenapa kau tak pilih Azman tu ? dia tu dah lah hensem , bergaya , berharta pulak lagi. berjawatan tinggi. Rugi kau tau tak ?!'




Gadis B : 'tak ada pula saya nak rasa rugi..'

Gadis A : 'Apesal pulak?'

Gadis B : 'apalah gunanya semua tu , kalau solat pun dia tak mampu nak lakukan ? Sekurang2nya dia yg kau kata hitam dan gemuk tu, ada jugak asas agama daripada orang yg jahil agama.'

Gadis A : T_T.erkkkk








Mr.Sasube: kecantikan luaran hanyalah sementara..dapat awek/pakwe yang cun/hensem pun tak guna kalau tak setia..ahaksss..paling penting yang dapat mengajak kita sama-sama beriman kepada Allah s.w.t..Aminn..




16 March 2012

Adab Ketika Menziarahi Pesakit dan Jenazah

ANTARA adab dan tata tertib melawat orang sakit, hampir meninggal dunia atau sudah meninggal dunia ialah seperti diterangkan oleh hadis dan Athar(kata-kata sahabat).


  • Daripada Ummi Salamah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap amin terhadap apa-apa yang kamu katakan itu. (Hadis riwayat Muslim)

  • Daripada Ibn Abbas, katanya:
     Antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi ialah memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising ketika melawat orang sakit. 

    Ibn Abbas berkata lagi: Rasulullah bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (ketika mereka melawat Baginda yang sedang gering): Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!(Hadis riwayat Razin)

  • Daripada Jabir, bahawa Rasulullah bersabda: Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu.(Dailami dalam Musnah al-Firdaus)

  • Daripada Abu Said al-Khudri, katanya: Aku ada mendengar Rasulullah bersabda: Sebutlah kepada orang kamu yang hendak mati Lailahaillallah kerana sesungguhnya tidak ada seseorang hamba Allah yang diberikannya kemudahan mengakhiri keadaannya dengan kalimah itu ketika dia hampir mati, melainkan kalimah itu menjadi bekalannya ke syurga.(Hadis riwayat Muslim)

  • Daripada Ummi Salamah, katanya: Rasulullah menziarahi Abu Salamah ketika matanya terbuka. Lalu Nabi menutupnya, kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu).

    Mendengar perkara itu, sebahagian keluarga Abu Salamah menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka. Lalu Baginda bersabda lagi: Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara baik, kerana malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa-apa yang kamu katakan - baik atau buruk.

    Kemudian Baginda berdoa dengan sabdanya: Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang yang mendapat hidayah petunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkan bagi kami dan baginya Ya Rabbal Alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya.(Hadis riwayat Muslim)

    Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang saki dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.

    Janganlah tinggal terlalu lama ketika melawat kerana pesakit mungkin jemu atau ingin berehat. Ketika menziarahi orang yang hampir mati disunatkan disebutkan kepadanya kalimah Lailahaillallah.
    Saidina Umar bin al-Khattab berkata: Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak.

    Mengikut keterangan ulama, selepas orang yang hampir mati turut menyebut kalimah itu, maka janganlah orang yang hadir di sisinya menyebutnya lagi, kecuali orang yang hampir mati itu menuturkan kata-kata lain. Maka, hendaklah diulangi sebutan kalimah itu kepadanya.

    Tujuan menyebutkan kalimah Lailahaillallah itu kepadanya supaya jangan ada sesuatu dalam ingatannya selain daripada mengakui keEsaan Allah pada saat matinya.

    Selepas orang itu menghembuskan nafasnya yang akhir, maka selain daripada sunat menutup matanya, dituntut pula supaya melembut-lembutkan sendi-sendinya yang keras kaku seberapa yang boleh. Mengikat dagunya ke kepala supaya tertutup mulutnya.

    Juga dituntut mendoakan si mati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

    Mr.Sasube: Baru balik dari melawat seorang sahabat,Rizal Rawk kerana bapanya telah meninggal dunia pagi tadi dan baru tiba di rumah sekitar jam 7 malam..Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..Amin..Al Fatihah....


  • 13 March 2012

    Pencuci Bas Meninggal Selepas Minum Teh Tarik



    Seorang pencuci bas menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang,Kuala Lumpur di sini 11 Mac.
    Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam.
    Pekerja yang enggan dikenali itu memberitahu, sebelum meninggal dunia, dia nampak Rahman yang telah selesai minum mengurut-urut dadanya sebelum meletak kepala di atas lengan seperti orang sedang tidur.

    Mr.Sasube ;
    Ajal maut ditangan Allah s.w.t..takdirnya tidak akan lambat walau sesaat,takkan cepat walau sesaat juga...AlFatihah..

    11 March 2012

    Kisah Ayah Mengajar Anak-Anaknya Tentang Jenazah & Kubur 2




    Perjalanan dari masjid ke tanah perkuburan adalah lebih kurang dalam 7km sahaja.  Tidak jauh.  Sambil memandu, saya menerangkan kepada anak-anak tentang misi seterusnya supaya mereka faham apa nak buat.

    “Alhamdulillah, selepas solat jenazah kita nak pergi kubur pulak”  Terang saya.

    “Jauh ke?”  Nabilah bertanya.

    “Tadi Abah tanya kat pemandu van jenazah, dekat je.  Kat Puncak Alam je.”  Jawab saya.

    “OK, macam Abah cakap kat Umi pagi tadi, ni Abah nak terangkan semula kat anak-anak Abah apa kelebihan kita solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ya…”  Saya mengambil perhatian anak-anak saya.

    Kelihatan semua menumpukan perhatian ke atas apa yang bakal saya ucapkan, kecuali Jannah.  Jannah yang baru berumur dua tahun lebih sibuk dengan kerjanya sendiri…

    “Kita datang ziarah jenazah, solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ini adalah kerana ia saranan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam…”  Saya memulakan nasihat.

    “SallAllahu `alaihi wasallam”  serentak Nabilah dan Husna menjawab.

    “Nabi sallAllahu `alaihi wasallam kata seseorang yang mensolatkan jenazah dan mengiringi jenazah akan diberikan pahala sebesar 1 qirat atau 2 qirat.  Tahu tak apa itu 1 qirat?”  Tanya saya.

    “Tak tahulah Abah…”  Jawab Nabilah dan Husna.

    “OK, 1 qirat ni lebih kurang sebesar bukit Uhud.  Maknanya pahala orang mensolatkan jenazah, lalu mengiringinya ke kuburan sangat besar pahalanya.  Kita kalau dapat berita kematian tak kiralah samada kenal atau tidak, sepatutnya ambillah peluang untuk solatkan jenazahnya dan iringi jenazahnya ke kuburan.  Selain ia tanggungjawab sesama muslim, pahala yang ALLAH berikan kepada kita sangat besar.  Tak patut kita lepaskan peluang macam ni…”  Jelas saya.

    Masing-masing mendengar sahaja.

    “Sampai kat kubur nanti, pertama sekali apa yang patut kita buat?”  Soal saya kepada anak-anak.

    “Entah.  Bagi salam kot…”  teka Nabilah, lalu diikuti Husna dengan tekaan yang sama.

    “Betul.  Pandai anak-anak Abah.  Sampai kat sana nanti, berilah salam kat ahli kubur ya…”  Saya mengesahkan jawapan mereka.

    “Macam mana cara nak beri salam tu Abah?”  Tanya Husna.

    “Assalamu`alaikum wahai penghuni kubur.  Ucap macam tu pun takpe”  Cadang saya dengan ucapan yang mudah supaya mereka mudah ingat dan boleh praktikkan.

    Kedengaran suara masing-masing dari belakang kenderaan mempraktikkan cara beri salam kepada penghuni kubur.

    “Dengar ni baik-baik.  Dah sampai kat kubur nanti, Abah nak minta anak-anak Abah jangan bersungut ya”  Pinta saya.

    “Bersungut tu apa Abah?”  Tanya Husna lagi.

    “Bersungut tu macam merungutlah.  Kan Abah?”  Nabilah cuba menerangkannya kepada adiknya, Husna, lalu meminta pengesahan saya.

    “Lebih kurang macam tulah.  Ya, Abah minta anak-anak Abah agar jangan merungut penatlah, letihlah, dahagalah, panaslah, boringlah dan macam-macam perangai yang buat Abah tak suka.  Kubur bukanlah tempat untuk kita fikirkan tentang keselesaan diri kita.  Kat situ sebaiknya kita sabar dan insaf serta ambil pengajaran terhadap kematian”  Saya memberikan penerangan.

    “Baik Abah”  Jawab Nabilah dan Husna.

    “Kat sana nanti, anak-anak Abah berdirilah dan tengoklah kubur-kubur yang ada dan fikirkan tentang penghuni yang berada di dalam kubur-kubur itu supaya datang rasa keinsafan kepada diri sendiri”  Sambung saya.

    “Fikirkan diorang kena pukul dengan Malaikat ke, Abah?”  Tiba-tiba Husna mencelah.

    “Eh, bukan begitu.  Tak semestinya mereka semua tu kena pukul.  Tapi, fikirkanlah suasana bagaimana mereka semua sedang sibuk ditanya oleh dua Malaikat.  Dan bayangkan pula kita sendiri yang berada di dalam tu… Supaya kita insaf apabila berfikir tentangnya”  Jawab saya.

    “Apa soalan-soalannya yang Malaikat akan tanya, Abah?”  Nabilah mengutarakan soalan.

    “Pertama sekali, Abah nak tanya, siapa nama dua Malaikat yang tanya soalan di dalam kubur?  Nabilah dan Husna dah belajar kan kat sekolah?  Hah, cer jawab…”  Soal saya kepada anak-anak.

    “Malaikat Mungkar dan Nakir!”  Jawab Nabilah setelah tersasul dengan nama-nama Malaikat yang lain.

    “Bagus.  OK, dua Malaikat itu akan tanya:  Siapa Tuhan kamu?  Apa agama kamu?  Siapa Nabi kamu?  Hah, Nabilah dan Husna boleh jawab tak?”  Saya menjawab lalu menyoal mereka pula.

    Anak-anak saya bercakap-cakap sesama mereka di belakang kereta.  Faisal dengar sahaja kakak-kakaknya berbincang dua orang.

    “Err… ALLAH lah TUHAN kita.  ISLAM lah agama kita.  Nabi Muhammad lah Nabi kita.  Kan Abah?”  Jawab Nabilah dan Husna secara bersama-sama

    “Ya, itulah jawapannya.  Tapi kita nanti di dalam kubur hanya boleh jawab jika kita betul-betul beriman dengan itu semua.  Jika semasa hidup tak beriman dengan itu semua, maka di dalam kubur siaplah!!!”  Saya memberikan respon dengan nada mengancam.

    Terdengar nada kerisauan dari Nabilah dan Husna.  Saya biarkan mereka berfikir sambil saya memandu kenderaan.  Di depan sana, kelihatan van jenazah sudah masuk selekoh, keluar dari jalan besar.  Mungkin dah nak sampai kawasan perkuburan agaknya.

    “OK, kita dah nak sampai dah ni.  Nampak banyak kereta beratur depan kita ni.  Semua ni nak pergi kuburlah ni.  Mereka semua ni nak kejar pahala sebesar bukit Uhud.  Hah, Anak-anak Abah cuba lihat bukit tu?  Besar tak?”  Saya mengajak anak-anak saya melihat sebuah bukit yang paling dekat dengan kami  yang jaraknya mungkin hanya satu kilometer dari kami.

    “Nampak…!”  Jawab semua serentak.

    “Ha, kalau pahala sebesar tu banyak tak?”  Tanya saya.

    “Banyaklah Abah!!!”  Jawab mereka.

    “Ha, itu baru bukit di Puncak Alam.  Belum bukit di Uhud lagi.  Bukit Uhud tu lebih besar dari tu tau.  Betapa ALLAH ni Maha Pemurah.  ALLAH memang nak beri pahala kepada kita semua.  Dengan syarat kita mesti beramal”  Jelas saya.

    Saya cuba memahamkan mereka betapa besarnya pahala yang ALLAH nak beri kepada orang yang mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan.  Dalam hadith ada disebut 1 qirat untuk yang hanya mensolatkan jenazah.  Manakala 2 qirat untuk orang yang mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan sehingga selesai dikebumikan.  Dan ukuran 1 qirat lebih kurang sama dengan saiz Bukit Uhud.
    Yang paling penting ialah kesan buat diri sendiri dari mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan ialah mendatangkan keinsafan kepada diri tentang kematian.  Itulah hikmah utama perbuatan mensolatkan jenazah dan mengiringi jenazah ke kuburan hingga selesai dikebumikan.

    “Ya ALLAH, besarnya, banyaknya pahala!”  Nabilah dan Husna mula teruja.  Faisal turut teruja sama.  Jannah pula menunjukkan jarinya ke bukit itu setelah melihat abang dan kakak-kakaknya menumpukan perhatian kepada bukit tersebut.

    “ALLAHU AKBAR!  InsyaALLAH, kalau kita ikhlas nakkan pahala dari ALLAH, ALLAH akan beri.  Mudah-mudahan kita diberikan pahala dariNYA.  Sebab tu Abah dah sebut tadi, jangan lepaskan kesempatan solatkan jenazah dan iringi jenazah ke kuburan kalau ada peluang.”  Sambung saya.

    “Baik, Abah.”  Nabilah dan Husna memberikan respon mereka sambil mengangguk.

    “Ok, kita dah nak sampai dah.  Abah nak beritahu, di kubur nanti jangan merungut-rungut ya.  Tak payah duduklah.  Berdiri je di kuburan nanti.  Beri penghormatan kat jenazah tersebut.”  Saya memberikan nasihat yang terakhir sebelum kenderaan sampai di tanah perkuburan.

    “Berdiri je?  Tak boleh duduk?”  Tanya Husna.

    “Ya, sebaik-baiknya berdirilah.  Kalau nak duduk, jangan duduk di atas kubur.  Cari tempat lain kalau penat nak duduk.  Sebab Nabi larang kita duduk di atas kubur.  Nabi memberi ancaman lebih baik duduk di atas bara api berbanding duduk di atas kubur.  Kalau nampak ada orang duduk di atas batu binaan kubur, jangan buat macam tu.  Nabi tak suka.”  Jelas saya.

    “Dan kalau berjalan tu, kena hati-hati.  Jangan pijak atau melangkah kubur orang.”  Sambung saya lagi.

    “Macam mana nak tahu itu kubur?”  Husna bertanya.

    “Kalau nak kenal sesuatu kubur, lihat dua batu nisan yang berada di atas kubur tu.  Hah, dah nampak dua batu nisan tu, maknanya kat tengah-tengah tu kuburlah.  Ada ‘orang’ kat dalam tu.  Jangan langkah atau pijak tau”  Jelas saya kepada pertanyaan Husna.

    “Kat kubur nanti tak perlu baca apa-apa ke, Abah?”  Soal Nabilah.

    “Doakanlah untuk jenazah tu supaya ALLAH ampunkan dosa-dosa dia.  Dan dengarlah nasihat-nasihat Imam yang ada di kubur tu nanti ya.  Mudah-mudahan dengan perbuatan kita yang mendoakan untuk si mati, nanti apabila kita mati, ada orang sudi untuk doakan untuk kita juga.”  Jawab saya kepada Nabilah pula.

    Sudah banyak kenderaan yang sampai.  Kelihatan tanah perkuburan tersebut masih banyak kosong.  Mungkin tanah perkuburan ini kawasan perkuburan baru.  Kelihatan lebih kurang 5 barisan panjang kubur di situ.  Saya mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan.  Anak-anak kelihatan teruja untuk mengamalkan apa yang telah dibincangkan tadi.

    “Assalamu`alaikum!!!”  Tiba-tiba Faisal memberi salam sambil mengangkat tangan.  Kelihatan semangat betul dia.  Kuat pula suaranya.

    “Faisal bagi salam kat siapa tu?”  Tanya saya tersenyum kehairanan.

    “Faisal bagi salam kat kuburlah!”  Jawab Faisal dengan penuh yakin.

    Saya tertawa melihat gelagatnya yang berjalan laju ke arah kubur.  Siap angkat tangan lagi beri salam kat kubur, hehe.  Dia berjalan paling depan mendahului kami sekeluarga.  Aduhai…

    “Bukan beri salam macam tu…”  Saya menegurnya sambil tersenyum.

    “Habis tu macam mana?”  Tanya Faisal dengan muka innocentnya.

    “Beri salam perlahan-lahan dan tenang.  Terkejut pulak orang kat dalam kubur tu nanti, hehe”  Jawab saya sambil bergurau.

    “Ooo…”  Respon Faisal selamba.  Kemudian dia ulangi semula beri salam dengan suara yang agak perlahan.  Hehe, macam-macam Faisal ni…

    Sampai di kubur, saya terus menolong angkat keranda hingga ke tepi kubur.  Lubang kubur sudah tersedia.  Alhamdulillah, proses mengebumikan jenazah ke liang lahad berjalan dengan baik.  Saya tunjukkan pada Faisal dengan dekat bagaimana jenazah tersebut dikebumikan.  Supaya dia boleh nampak dengan jelas.

    “Orang tu tadilah yang duduk dalam kotak keranda tu, yang Faisal ketuk tadi.  Nampak tak dia sedang ditanam ke dalam tanah?”  Saya membisikkan pada Faisal yang kelihatan khusyuk melihat proses pengebumian tersebut.

    “Dia duduk dalam tu ke, Abah?”  Faisal bertanya dengan perlahan.

    “Ya, semua orang yang mati akan duduk kat dalam tu”  Jawab saya ke telinganya.

    Alhamdulillah, kelihatan anak-anak begitu menghayati keadaan yang berlaku di kubur.  Agaknya mungkin sebab mereka sudah diberikan penerangan dan nasihat tentang kelebihan dan adab di kubur ketika di dalam kereta.  Kalau mereka tidak diberi nasihat sebegitu, barangkali tentu lain persepsi dan lagak mereka.  Sekurang-kurangnya mereka tahu tujuan dan sebab mereka berada di situ.

    Mudah-mudahan catitan ini bisa dimanfaatkan oleh anak-anak saya apabila mereka membacanya nanti.  Saya tulis catitan ini sebagai ingatan semula buat mereka.  Walaupun banyak lagi dialog yang tidak dimasukkan ke dalam ini disebabkan lupa, namun dengan tercatitnya dialog di atas semoga mereka dapat mengingat semula perbualan kami tentang kelebihan mensolatkan dan mengiringi jenazah ke kuburan serta adab-adabnya.

    Semoga mereka semua menjadi anak-anak yang soleh, amin…