Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

01 February 2013

Kecoh Nazmi Faiz Tinggalkan SC Beira-Mar.




KUALA LUMPUR - Pemain muda berbakat besar yang kini beraksi bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar, Mohd. Nazmi Faiz melakukan tindakan yang mengejutkan apabila dikhabarkan mengambil keputusan pulang ke tanah air, semalam dengan mengundang seribu satu persoalan.

Biarpun mengikut sumber daripada laman web rasmi Beira-Mar yang dia akan dipinjamkan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun badan induk bola sepak negara itu menafikan yang mereka memanggil pemain berusia 19 tahun itu pulang ke sini.

Bertambah menarik, pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur dikatakan akan membuat penampilan dengan salah satu pasukan dalam saingan Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi semalam menegaskan, beliau tidak tahu menahu kepulangan Nazmi sambil menyatakan tiada sebarang perancangan lanjut dilakukan terhadap pemain itu sepanjang berada di sini.

''Terus terang saya tidak tahu yang dia mahu kembali ke sini dan pihak FAM sendiri menafikan yang kami mahu dia dipinjamkan.

''Saya sendiri baru mendapat tahu yang dia akan balik dan terkejut dengan perkembangan ini, namun pada masa sekarang, itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berada di Australia juga tidak mengetahui kepulangan Nazmi ke Malaysia selama enam bulan dan menafikan dia akan membawanya bermain bersama Harimau Muda A.

Menurut artikel daripada laman sesawang S.C Beira-Mar, pemain itu akan pulang ke tanah air dalam tempoh enam bulan ini bagi membantu pasukan negara dalam kelayakan Piala Asia 2015 setelah diminta oleh FAM.

Pun begitu, terdapat sumber mengatakan Nazmi telah dibebaskan sepenuhnya oleh Beira-Mar atas sebab belum yang belum dikenal pasti dan tidak akan kembali lagi ke Portugal selepas ini.

Apa yang pasti, jika berita itu satu kebenaran, ia pasti satu kerugian kepada Nazmi yang baharu mahu memulakan karier di Eropah dan kehilangannya membuatkan hanya Ahmad Fakri Saarani menjadi pemain tunggal negara bermain di Portugal bersama Atletico S.C.

Nazmi yang telah membuat 17 penampilan bersama pasukan Bawah 19 tahun Beira-Mar dan menjaringkan satu gol menyertai kelab yang berpangkalan dari Aveiro itu pada 21 Mei 2012 selepas menjalani sesi pemilihan di sana.

Aksinya yang cemerlang membantu pasukan Bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia 2011 selain menjadi pemain utama pada pusingan kelayakan zon Asia Sukan Olimpik 2012.

Pemergiannya ke Portugal sebelum ini mendapat liputan meluas oleh pihak media serta pujian ramai peminat bola sepak negara kerana menjadi antara pemain termuda mengembangkan karier ke bumi Eropah.UTUSAN

24 December 2012

Pemain Bolasepak Manchester Utd Kagum Dengan Rasulullah SAW



Penyerang kelab bolasepak gergasi dunia Manchester United, Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih dikenali dengan nama Chicharito manyatakan perasaan kagumannya kepada baginda Nabi Muhammad SAW.Difahamkan, Chicharito merupakan pemain Mexico pertama yang diserap ke kelab gergasi Manchester United untuk Liga Perdana Inggeris.

"Saya bukan seorang Muslim, tetapi tokoh orang terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad," tulis Chicarito, di akaun Twitter-nya.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Mexico pada tahun 2009, untuk Piala Dunia FIFA 2010 dan tahun Piala Emas CONCACAF 2011 yang lalu.Chicharito telah dinobatkan sebagai pemain paling berharga setelah berjaya sebagai penjaring terbanyak Piala Emas dengan 7 gol.

Walaupun pada masyarakat dunia yang bukan muslim sekarang ini sedang mengutuk dan tidak mengiktiraf kewujudan pemimpin islam Nabi Muhammad SAW, tetapi lain pula bagi Chicharito walaupun dia bukannya seorang Muslim. 

Saya sangat kagum mendengar berita ini dan berasa betapa rendahnya darjat saya walaupun seorang muslim yang memang asal dilahirkan dalam islam. Begitu besar kekagumannya kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Bagaimana pula dengan anda?

21 December 2012

Siapa Lebih Hebat,Man Utd atau Real Madrid?




keputusan undian peringkat ke-16 UCL 2012


NYON, (D5) - Undian Liga Juara-Juara peringkat ke-16 yang diadakan petang tadi nyata tidak menguntung kelab Inggeris dengan Manchester United bakal berdepan juara sembilan kali, Real Madrid. 

Real Madrid jelas berdepan laluan penuh ranjau sepanjang saingan kali ini bagi menamatkan penantian 10 tahun mereka di mana pada peringkat kumpulan, mereka telah pun bertembung dengan Borussia Dortmund, Manchester City dan Ajax Amsterdam.

Manchester United dilihat memiliki sedikit kelebihan apabila bakal bermain di tempat sendiri pada pertemuan kedua nanti yang turut menyaksikan Cristiano Ronaldo akan kembali ke Old Trafford sejak meninggalkan kelab itu sejak musim panas 2009. 

Satu lagi pertembungan melibatkan wakil Inggeris, Arsenal akan melayani Bayern Munich sementara Celtic bertemu juara Itali, Juventus bagi merebut tempat dalam suku akhir. 

Sementara itu, Barcelona akan menentang AC Milan, Borussia Dortmund pula akan melawan Shakhtar Donetsk, Valencia melawan Paris St Germain, Porto melawan Malaga dan Galatasaray pula akan menghadapi Schalke.

Perlawanan akan berlangsung pada 13, 14, 20 dan 21 Februari manakala aksi timbal-balik dua minggu kemudian. 


10 November 2012

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013




Saingan Liga Malaysia telah melabuhkan tirai secara rasminya setelah saingan Piala Malaysia 2012 berakhir hujung minggu lepas dengan Kelantan menjadi juara. Syabas the red warriors!
Maka bermulalah pemburuan pemain-pemain serta jurulatih baru untuk menguatkan pasukan bagi mengharungi musim 2013. Kepada pasukan yang bercita-cita tinggi untuk bersaing maka pelaburan besar akan dibuat seperti pasukan JOHOR dan ATM untuk memancing pemain berstatus bintang untuk bermain dalam pasukan mereka.
Banyak rumours telah keluar dari beberapa page bolasepak di facebook. Tapi sebelum sain kontrak hanya boleh dibaca dan dianggap sebagai hiburan. Mungkin ada kejutan untuk musim 2013 ni? Jom kita layan senarai perpindahan yang rasmi serta secara khabar angin untuk musim 2013
Senarai Perpindahan Pemain & Jurulatih Liga Malaysia 2013
  • Farizal Marlias – Negeri Sembilan –> Perak
  • V. Thirumurugan – Kedah –> Perak
  • Yong Kuong Yong – Felda United –> Perak
  • Abdul Hadi Yahya – Terengganu –> Perak
  • Khairi Kiman – Johor FC –> Perak
  • S. Chanturu – Kelantan –> Perak
  • Azmeer Yusof – Pos FC –> Negeri Sembilan
  • Shukor Adan – Negeri Sembilan –> ATM
  • Aidil Zafuan – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Zaquan Adha – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Azmi Muslim – ATM –> Johor (Former Johor FC)
  • Safiq Rahim – Selangor –> Johor (Former Johor FC)
  • Daudsu Jamaluddin – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Azwan Roya – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Sharul Idlan Talaha – Kelantan –> Johor (Former Johor FC)
  • Eddy Helmi – Johor FC –> Negeri Sembilan
  • Amri Yahyah – Selangor –> Negeri Sembilan
  • Effa Owona – Negeri Sembilan –> Terengganu
  • Robbie Fowler – Free Agent –> T-Team
  • Sharbinee Alawee – Terengganu –> Selangor
  • S. Kunalan – Negeri Sembilan –> Selangor
  • Azrai Khor – Negeri Sembilan –> Perak(Jurulatih)
  • E. Elavarasan – Felda United –> Terengganu(Jurulatih)
  • K. Devan – Free Agent – Felda United(Jurulatih)

Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo!




Digelar “Weeding of the year 2012″, hari ini merupakan tarikh keramat bagi dua pemain Badminton Negara ini, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei yang tidak perlu saya perkenalkan lagi dan pasangannya Wong Mew Choo. Datuk Lee C.W yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui sukan Badminton sejak sekian lamanya. Yang menariknya, Wong Mew Choo juga merupakan bekas pemain perseorangan Badminton Negara yang telah banyak memberikan sumbangan kepada industri sukan negara.
Mungkin selepas ini, adakah Datuk L.C.W akan bersara dari sukan Badminton selepas berkhawin? mampukah beliau menyahut cabaran terakhir beliau iaitu Game yang akan datang di sukan Olimpik? mampukah beliau meraih 1 pingat berharga iaitu pingat emas sebelum beliau bersara? itu terpulang kepada beliau, kita doakan supaya beliau terus cegas nanti menjelang sukan terbesar itu. Mencari pelapis seperti beliau memang sukar di cari namun ia tidak mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu mencapai sasaran 1 pingat emas pada sukan Olimpik 2016 nanti. Kerajaan juga telah memperuntukkan 16 juta untuk itu.
Malam ini dan besok [9 dan 10 November 2012] korang boleh menonton perkhawinan Datuk Lee Chong Wei & Wong Mew Choo secara ‘streaming’ menerusi portal Tonton dari jam7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my. Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya.Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu. TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.
Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

05 November 2012

Taman Tema Angry Bird Pertama di Asia!





Syarikat di belakang "Angry Birds" berkata pada Rabu lalu ia akan membuka taman tema pertama di Asia tahun depan di tapak berhampiran Shanghai kerana ia merupakan jenama permainan sangat popular.

"Angry Birds Taman Tema" akan terletak di bandar Haining dalam wilayah China Zhejiang, sebelah hab komersial Shanghai, dan akan menjadi taman tema ketiga firma selepas satu di Finland dan satu lagi di Britain.


"Orang-orang di China mahu untuk keluar dan menghabiskan masa lapang mereka di destinasi riadah," Pengurus Besar Rovio Entertainment China, Paul Chen


"Kami berharap untuk membuka (taman tema) menjelang Tahun Baru Cina tahun depan, Februari," katanya sebagai syarikat Finland melancarkan taman permainan di kampus Universiti Shanghai Tong Ji.


Taman tema China pertama, memaparkan sebuah taman permainan interaktif dan tunggangan, mengalu-alukan sehingga kepada 400 pelawat sehari membayar kemasukan 60 yuan ($ 9,50).


China mempunyai bilangan kedua tertinggi di dunia muat turun untuk Angry Birds pada 190 juta, mengekori sahaja Amerika Syarikat.


Permainan mudah alih melibatkan menggunakan Lastik untuk melancarkan burung di kubu yang dibina oleh babi hijau - satu cabaran yang ketagihan yang menjadi aplikasi di dunia yang paling turun dan melahirkan francais barangan dan media tie-in.


Nak lihat gambar lebih banyak boleh serch di google k..hihihi..

12 October 2012

Samsung perkenal Galaxy S3 Mini




Selain daripada pelancaran Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, pihak Samsung turut sama memperkenalkan Galaxy S3 Mini untuk pasaran global hari ini, sekaligus membawakan variasi Galaxy S3 pada saiz 4-inci.

Jikalau dibandingkan dengan S3 asal, ia membawakan pengurangan saiz daripada 4.8-inci kepada 4-inci disamping membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah padanya.


Menariknya, selain daripada cip pemprosesan yang rendah, dan skrin lebih kecil, dari segi positif pula, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta antaramuka TouchWiz padanya. Ini sekaligus akan menjadikan pengalaman penggunaan padanya lebih baik, tanpa sebarang lengah masa, serta membawakan fungsi tambahan seperti Google Now dan sebagainya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Galaxy S3 Mini akan dilancarkan di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

Spesifikasi Galaxy S3 Mini                                                                                                                      
                                                                                                                                                                             
Cip                          Dwi-Teras 1.0GHz                                                                                                                    
Storan Terbina 8GB/16GB + mikro-SD (~32GB)                                                                                      
Skrin                       4.0 WVGA Super AMOLED                                                                                           
Kamera                  Belakang 5MP, Hadapan VGA                                                                                      
Bateri                     1,500 mAh                                                                                                                                 


Mark Zuckerberg Hanya Memakai Baju Kelabu.




Mark Zuckerberg telah ditemuramah dan dia menyatakan di almarinya terdapat baju kelabu sebanyak 20 lebih pasangSemuanya sama dan dia selalu pakai untuk pelbagai aktiviti. Nama jak kaya tapi hidupnya sangat sederhana. Jom tengok antara gambar-gambar beliau dan baju yg sama dipakai setiap hari. Sama disini bermaksud baju yang lain tapi design yang sama.















10 October 2012

Luiz Suarez Bakal Kena Tindakan FA!



C/P

Luis Suarez terus menerima kritikan dari pelbagai sudut ekoran kontroversi terbaru sengaja menjatuhkan diri ketika aksi menentang Stoke City baru baru ini, tapi wajarkah dia dipersalahkan sepenuhnya?


Pengurus Stoke, Tony Pulis menyeru FA mengambil tindakan ke atas penyerang Liverpool dalam aksi di Anfield Ahad lepas, di mana Suarez pada awalnya memang berlanggar dengan pertahanan Stoke, namun ulang tayang jelas menunjukkan dia sengaja menjatuhkan diri dengan penuh gaya ekoran daripada cabaran sebelum itu.

Jika Pulis benar-benar mahukan permainan yang bersih, mungkin dia patut mulakan dengan pasukannya sendiri. Bagaimana dengan tindakan Robert Huth yang memijak dada Suarez ketika aksi baru lima minit? Bentesan keras yang hampir mematahkan kaki Suarez? Hanya kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan. 

Oh, hampir terlupa pula. Stoke menerima enam kad kuning dalam perlawanan tersebut. Hampir separuh skuad mereka diberi amaran dan Pulis ingin berbicara tentang permainan bersih? Tolong cermin diri sendiri dahulu ya.

Benar, Suarez mudah menjatuhkan diri tapi pengadil perlu bersikap objektif dan menilai setiap perlawanan secara telus dan bukan dipengaruhi oleh reputasi pemain. Penyerang Uruguay itu sendiri pun dicemuh oleh penonton di Anfield, yang menggesa pemain itu segera bangkit bila kekasaran ke atasnya tidak dipedulikan oleh pengadil. 

Reputasi Suarez sebagai kambing hitam Liga Perdana sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Setiap kali dia dikasari, pengadil hanya akan mengambil tindakan bila kecederaan berlaku. Sudah acap kali Suarez berhak menerima penalti namun tidak diendahkan oleh pegawai perlawanan jadi dia perlu menerima hakikat tersebut dan mengubah cara permainannya.

Sebagai penyokong Liverpool, saya sendiri berang dengan perangai Suarez yang mudah terjatuh tapi mengenangkan kembali bakat dan kekuatan teknikalnya, saya sedia bersabar dan berharap agar bukan sahaja Suarez lebih kerap bangkit sesudah dikasari, tapi juga agar pengadil memainkan peranan menguatkuasakan keadilan dan tidak bersikap pilih kasih dengan mana-mana insiden yang melibatkan Suarez.SUMBER


15 August 2012

Datuk Punch Gunalan Meninggal Dunia


Datuk Punch Gunalan meninggal dunia 

Bekas Juara All England dan pemain  badminton kebangsaan Datuk Punch Gunalan meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Gunalan yang dilaporkan menghidap penyakit kanser,meninggal dunia  pada pagi tadi..

Beliau merupakan antara salah seorang pemain terhebat negara pada era 70-an,mewakili  acara perseorangan dan berpasangan dan telah memenangi Kejohanan Seluruh England pada tahun 1971..Ketika itu beliau bergandingan bersama Ng Boon Bee.

Selepas bersara,beliau masih menyumbang jasa terhadap sukan Badminton apabila menjadi Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Badminton Dunia(BWF)

Datuk Punch Gunalan di era kegemilangannya.

Mr.Sasube: Takziah di atas pemergian beliau..

17 June 2012

Penyokong Pelik dan Unik di Euro 2012





Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Sebelum ini dalam entri Ragam Gadis Bola di Euro 2012,korang dapat lihat betapa fanatiknya gadis-gadis yang berada di dalam stadium bagi menyokong negara masing-masing..

Dalam entri ini pula saya soroti beberapa penyokong yang bolehlah dianggap pelik dan unik ketika perlawanan Euro 2012 berlangsung..jom zoom in gambar-gambar dibawah:



PENYOKONG SEPANYOL
Kacukan Zorro dan Spiderman,,ada kelaassss...


PENYOKONG IRELAND
Ni kalau peminat Harry Potter nampak konfom nak minta sign..



PENYOKONG JERMAN
Ni rambut palsu atau penyapu rumah ni..Kreatif gaya Trojan terserlah dengan warna rambut yang sepadan dengan bendera negaranya..


PENYOKONG RUSIA
Ok kaca mata @ google yang dia pakai ni memang pertama kali aku nampak.
jempol unik...


PENYOKONG POLAND
JOKER versi Poland..Batman nampak pasti terkejut besarr ni...


PENYOKONG UKRAINE
Aku lupa dengan kartun ni,tapi kaca mata yang dipakai ni memang MEGA BESAR jo..
terbaikkk punya...


PENYOKONG  SWEDEN
Sekali imbas,aku sangka ahli gusti John Cena..Fikir balik takkan lah John Cena nak pakai baju kakak dia kan..kehkehkeh


PENYOKONG ITALI
Nak tiru gaya Alleycats dan Hafiz la tuuuee..

PENYOKONG GREECE
Wow,Alexander the Great bangkit kembali...

Pernah nampak di tv entah rancangan kartun apa..


SUMBER

MR.Sasube: Greece dan Republik Czech dah layak ke suku akhir.Malam ni penentuan kumpulan B pula,antara Jerman,Portugal,Denmark dan Belanda,siapa yang bakal ke suku akhir..Pertembungan kali ini menarik kerana semua pasukan memerlukan kemenangan,apatahlagi Belanda yang mengharapkan keajaiban dan berharap Jerman mampu menundukKan  Denmark..

Bagi aku,Jerman tetap menang dan bakal ke Final..Go  GERMAN!!!..


14 June 2012

Ragam Gadis Bola di Euro 2012



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia !


Demam bola sepak kembali!!..Mungkin agak terlewat ucapan itu setelah hampir 6 hari Europa Cup 2012 berlangsung..Tapi,seperti biasa,ada aku kisah. >_^!...

Okey setelah sekian lama mood blogging menghilang,aku nak berkongsi gambar ragam gadis-gadis yang meminati bola sepak,yang paling gempak di stadium-stadium utama berlangsungnya Euro 2012..

Jangan korang fikir lelaki ja yang mengalami demam bola ni,perempuan pun 2x5 sama seja bhaiii...kehkehkeh..bha jadi zoom in seja gambar-gambar dibawah ni ya...



Penyokong England

Penyokong Sepanyol

Penyokong Poland

Penyokong Itali

Penyokong Greece

Penyokong Republik Czech



Namun disebalik wajah-wajah dan ragam ceria gadis-gadis bola ni,ada juga yang tidak menyenangkan hati bila kita dihiburkan dengan beberapa kejadian seperti pergaduhan penyokong dan kutukan berbaur perkauman..

Apapun,aku masih lagi tersenyum lebar sebab team yang aku sokong yang aku sokong iaitu JERMAN telah menang pada perlawanan pertama..keh3..

SUMBER



03 June 2012

Perpindahan Pemain Eropah Paling Dinanti Musim 2012-2013



Selepas berakhirnya liga bola sepak Eropah musim 2011-2012,kini Euro 2012 semakin hampir untuk menggamatkan peminat sukan bola sepak dunia..Namun demam Euro tidaklah sehangat berita perpindahan pemain Eropah yang paling ditunggu-tunggu untuk mengharungi liga-liga utama negara Eropah musim 2012-2013..Berikut 12 senarai perpindahan paling sensasi untuk musim 2012-2013..




1. Eden Hazard (Lille dan Belgium)
-Manchester City dan Manchester United masing-masing berminat namun akhirnya Eden memilih Chelsea dengan nilai perpindahan






2. Fernando Torres (Chelsea dan Sepanyol)
-Dikhabarkan akan kembali ke kelab lama,Athetico Madrid..Terlalu awal untuk diperkatakan namun Torres menyatakan kariernya di Stamford Bridge akan berakhir.







3. Edinson Cavani (Napoli dan Uruguay)
- Dikatakan akan ke Chelsea untuk menggantikan Drogba,jika Drogba meneruskan hasratnya untuk berhijrah..Menyerlah musim ini apabila membantu Napoli memenangi Piala Itali sejak 1987




4. Robin van Persie (Arsenal dan Belanda)
-Manchester City berminat dan sanggup membayar sejumlah £45m.Persie juga dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus




5. Hulk (Porto dan Brazil)
-Target Chelsea dan Paris St-Germain.Masih dalam kontrak besar £80m namun mungkin akan menerima tawaran di Portugis dengan nilai £60m




6.Didier Drogba (Chelsea dan Ivory Coast)
-Target ke Shanghai Shenhua.Dikhabarkan bakal menyertai bekas rakan sepasukan beraksi di Liga Super China




7. Gonzalo Higuain (Real Madrid dan Argentina)
-Chelsea mengemukakan tawaran  perpindahan £35m setelah Higuian gagal mendapat tempat kesebelasan utama di Real Madrid.Namun Higuain berkata dia tidak berminat untuk berpindah.




8.Radamel Falcao (Atletico Madrid dan Colombia)
-target:Chelsea dengan nilai perpindahan  £50m sebagai penyerang




9. Fernando Llorente (Athletico Bilbao dan Sepanyol)
-Manchester City berminta dengan  £35m buy-out clausa perpindahan




10. Luka Modric (Tottenham Hotspurs dan Croatia)
- Chelsea,Man.City,Man United dan Real Madrid selepas Spurs gagal memujuk Modric untuk kekal




11. Loic Remy (Marseille dan Perancis)
-Pengganti Luka Modric sebagai penyerang di Tonttenham.




12. Christian Eriksen (Ajax dan Denmark)
-Target: Arsenal










22 May 2012

Nazmi Faiz Cipta Sejarah Baru Bola Sepak Malaysia!



Assalamualaikum,salam 1 Malaysia..



Dikhabarkan,pemain muda Harimau Malaya,Nazmi Faiz Mansor telah sah menandatangani kontrak 3 tahun bersama kelab Divisyen 1 Portugal,SC Beira Mar..

Terdahulu,beliau telah menjalani ujian percubaan selama 2 minggu dan telah menarik minat pengurusan SC Beira Mar untuk mengikat kontrak bersama beliau...

Dengan termaktubnya perjanjian ini,pastinya beliau merupakan pemain bola sepak pertama Malaysia yang berjaya beraksi di peringkat Eropah..

Dalam laman Facebook milik peminat kelab Sc Beira Mar,Nazmi Faiz berkata,
 "This was my best chance and I'm thankful I have succeeded. I'm extremely happy and excited and can't wait to start on my new adventure."


Sebelum itu,Saffe Sali dan rakannya Safiq Rahim juga telah menjalani ujian percubaan di kelab Championship England,Cardiff City namun tidak diterima kerana peraturan pengurusan bola sepak England yang mensyaratkan hanya pemain di negara ranking ke 70 ke atas sahaja yang layak beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris..


Sekalung tahniah buat Nazmi Faiz...Semoga khabar ini memberi cetusan semangat baharu kepada belia Malaysia untuk terus berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia!!!!!!....



Mr.Sasube: Jutawan la lepas ni..kehkehkeh..Datuk Siti tak nak pelawa jadi model ke ni??..ahaksss ;D