22 May 2012

Nazmi Faiz Cipta Sejarah Baru Bola Sepak Malaysia!



Assalamualaikum,salam 1 Malaysia..



Dikhabarkan,pemain muda Harimau Malaya,Nazmi Faiz Mansor telah sah menandatangani kontrak 3 tahun bersama kelab Divisyen 1 Portugal,SC Beira Mar..

Terdahulu,beliau telah menjalani ujian percubaan selama 2 minggu dan telah menarik minat pengurusan SC Beira Mar untuk mengikat kontrak bersama beliau...

Dengan termaktubnya perjanjian ini,pastinya beliau merupakan pemain bola sepak pertama Malaysia yang berjaya beraksi di peringkat Eropah..

Dalam laman Facebook milik peminat kelab Sc Beira Mar,Nazmi Faiz berkata,
 "This was my best chance and I'm thankful I have succeeded. I'm extremely happy and excited and can't wait to start on my new adventure."


Sebelum itu,Saffe Sali dan rakannya Safiq Rahim juga telah menjalani ujian percubaan di kelab Championship England,Cardiff City namun tidak diterima kerana peraturan pengurusan bola sepak England yang mensyaratkan hanya pemain di negara ranking ke 70 ke atas sahaja yang layak beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris..


Sekalung tahniah buat Nazmi Faiz...Semoga khabar ini memberi cetusan semangat baharu kepada belia Malaysia untuk terus berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia!!!!!!....



Mr.Sasube: Jutawan la lepas ni..kehkehkeh..Datuk Siti tak nak pelawa jadi model ke ni??..ahaksss ;D





2 comments:

GaRy™ said...

tahniah!! harap-harap la jadi pembakar semangat untuk semua pemain muda di Malaysia... :)

Aemy Shamy said...

waaaa...caya lah..bangga jadi malaysian!! hehehe..