31 December 2010

GUDBYE 2010...WELCOME 2011.--a new of me!!!--

                     

         Salam..rasanya lama sudah aq tidak meng update kan blog ku ni...bukan apa..ada benarnya kata pujangga mengatakan...MASA SENTIASA MENCEMBURUI KITA.....Aq sentiasa sibuk dengan hal kerja ngan family...belum lg dcmpur adukkan ngan masa peribadi..aq rasa 24 jam sehari tidak mencukupi untuk melayani kerenah kehidupan ku ini.....

      
       Malas menjadi faktor juak mengapa aq senyap seketika....malas untuk memerah otak dan meletihkn jari jemari ku yg sedia penat dhambat keja yg melambak...biasala kalau dah keja dalam sektor perkhidmatan..kenala besedia untuk berkhidmat kapada masyarakat yg sentiasa DAHAGAkan khidmat yg mesra dan ikhlas....

      tahun 2010 hnya beberapa jam saja untuk d lewati....jika dtenung kembali masa yg berlalau sepnjg 2010...terlalu bnyak kenangan yg terpalit ygg mmpu aku jadikan iktibar dan pedoman agar sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan cobaan yg bakal aq tempuhi dalam tahun tahun yg mendatang....

     Kenangan manis dan pahit....tak perlu la dtnya sebab pengalaman manis bakal aq simpa sebaik2xnya dlm kotak fikiran ku selagi ia mmpu berfungsi dengan cemerlang...kenangan pahit..hnya perlu djadikan pengajaran dalam hidup agar segala keputusan dan pendekatan yg dambil pada masa hadapan tidak akan disesali kemudian nanti....

   Sejujurnya.. Sesuatu yg aku paling tidak puas hati dlam tahun 2010 ialah...berkenaan ngan blog ni sendiri...aq tidak menyangka...apa yg aq post selama ini...buat aq ter tawa sendiri..mcm tiada tema,plot,nilai mahupun pengajaran..apatah lagi motif..untuk aq persembahkn dalam blog ku ini...sekiranya guru bahasa sewaktu di sekolah menengah dulu melihat karangan ku..pasti tak menyangka aq mampu membuat karangan pada tahap murid tadika..wakaaka.....

   Sememangnya post2x yg aq update dlm blog ni...sekadar dua kadar jak aq buat...sekadar ada...beginila kalo minda dah berkarat tidak diasah semenjak SPM...segala ilmu yg dpelajari sudah kabur dari sel2x otak ni...

    Apapun...from the bottom of my heart....aq harap 2011 nanti hari2x ku akan sentiasa dlimpahi rahmat dan dhujani kegembiraan dari yg MAHA ESA...TUHAN SEGALA ALAM...ALLAH s.w.t...
kepada rakan2x siber ku...aq mengharapkan korang semua sentiasa sihat walafiat dan dselubungi kegembiraan sepnjang mengira detik ketibaan 2011 dan seterusnya sentiasa sukses dalam apa jua yg dlakukan pada masa mendatang.......
     

                                            

                
       

05 December 2010

GILAKAH KAMU!!!!

:Kira-kira tiga juta penduduk negara ini yang mengalami masalah kesihatan mental berpotensi menghidap penyakit mental atau gila sekiranya tidak menerima rawatan dengan masalah murung menjadi punca utama penyakit berkenaan.

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia di seluruh dunia menjelang 2020.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus di kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Ini bermakna, remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada penyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah.

Penyakit itu boleh dikesan melalui tanda awal seperti perubahan tingkah laku ketara, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Mental) Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Nurashikin Ibrahim ketika mengulas isu itu berkata, kebanyakan kes dilapor membabitkan mereka berusia 25 hingga 34 tahun.
Katanya, individu yang mengalami masalah Neurosis cuma mengalami perubahan dalam pemikiran, perasaan menyebabkan gangguan dalam fungsi harian seperti kerap resah, murung dan bimbang, tetapi tidak menjejaskan kewarasan.

Penghidap penyakit Psikosis pula akan mengalami perubahan ketara dalam aspek tingkah laku dan tidak waras misalnya Skizophrenia iaitu kecelaruan manik-depresif (bipolar).

Dr Nurashikin berkata, penyakit itu masih terkawal sepenuhnya melalui pelbagai usaha kerajaan serta teknik rawatan ubatan moden memastikan proses pemulihan lancar, sekali gus membantu pesakit kesihatan mental tidak merebak hingga menghidap penyakit mental.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan melalui 233 pakar yang bertugas di empat institusi mental dan 38 hospital kerajaan berusaha keras memastikan penyakit itu dikawal dengan menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Kerajaan juga menyediakan 671 klinik kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan mental termasuk rawatan susulan bagi pesakit mental stabil pada peringkat komuniti dengan dibantu 80 orang ahli klinikal psikologi dan 192 pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan.

“Bilangan pesakit lelaki lebih ramai daripada wanita. Kemungkinan lelaki lebih sukar dikawal di luar fasiliti kesihatan berbanding wanita.

“Individu yang mengalami masalah kesihatan mental bukan bermaksud mereka mengalami masalah mental kerana kesihatan mental membabitkan semua orang, manakala penyakit mental membabitkan sebahagian orang saja.

“Pesakit mental yang tidak dirawat termasuk gagal mematuhi prosedur makan ubat berisiko menyebabkan kemudaratan kepada diri dan orang di sekeliling. Mereka berkemungkinan mengalami ‘relapse’ dan boleh bertindak agresif,” katanya.

Dr Nurashikin berkata, situasi di Malaysia tidak begitu membimbangkan kerana berdasarkan kes rawatan sejak tiga tahun lalu, jumlah pesakit mental yang dirawat akibat gangguan kes mental dan tingkah laku menurun 4.9 peratus (1,372 kes) pada tahun lalu dengan 26,186 kes berbanding tahun sebelumnya, 27,558 kes.

Bagi 2007, jumlah pesakit direkodkan ialah 27,384 sebelum meningkat 174 kes pada 2008.

Sehubungan itu katanya, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan penting memastikan ahli keluarga yang mengalami masalah mental mendapatkan rawatan dan patuh mengambil ubat.

Ketika ini, kaedah rawatan diguna pakai berdasarkan biopsikososial model iaitu meliputi rawatan ubatan (farmakoterapi), psikologikal dan rawatan sosial.

“Ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental termasuklah ubat psikotropik, anti-psikotik dan anti-depresant serta ubat lain mengurangkan tekanan, keresahan dan kemurungan. Semua ubat yang digunakan kini lebih baik dan kurang kesan sampingan,” katanya.