30 December 2011

Cara Melamar Pasangan Paling Berkesan dan Menyentuh Perasaan!

Assalamualaikum dan salam malam sabtu!!


Timothy Thia(kanan) dan Aundrey Ooi


Tinggal lebih kurang 25 jam 30 minit lagi kita bakal melangkah ke tahun baru 2012..
Fuhh ramai sangat yang bertanya ''apa azam baru ko erkk''
Aku rasa macam nak hempas kepala ja kalau dengar/baca kawan  bertanya sebegitu..
Sebab azam aku yang beberapa tahun lepas pun belum terlaksana lagi..ahakss

Opss okay kembali ke tajuk utama..aku nak kongsi ni video melamar pasangan yang paling berkesan kunun di dunia ni..dan semestinya yang menyentuh perasaan sekali!!

klip Video ni dibuat oleh pemuda MALAYSIA,Timothy Tiah yang melamar pasangannya Audrey Ooi di sebuah restoran.

Klip video ini telah menyentuh perasaan ramai selebriti Amerika Syarikat termasuk hos rancangan pertandingan nyayian American Idol,Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Bah korang nonton dulu la video tu...haha..



Amacam..haha..mesti korang senyum-senyum sendiri ni..perasan la tu kunun bf korang buat begitu nanti..kahkahkah...

So boys,siapa nak kahwin tahun depan tapi masih binggung fikir cara nak propose gf korang,nah saya syorkan kamu guna ja cara ni..InsyaAllah berkesan la tu..

Yakin pada diri sendiri la oii!!..ahakss

Ampun!! Gadis Islam buat aktiviti ''Free Hugs''



Gadis ini di dalam facebook meletakkan namanya sebagai ASA (nama terpaksa dirahsiakan). Apa yang membuatkan beliau menjadi bahan bualan orang ramai adalah kerana satu aktiviti yang dijalankan olehnya pada pagi Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.
Beliau bersama beberapa orang dari sebuah persatuan yang bergelar ‘CouchSurfing’ telah berdiri di tepi-tepi jalan di sekitar Bukit Bintang sambil memegang sepanduk yang bertulis ‘FREE HUG’. Apabila diteliti, rupanya mereka ini menjalankan aktiviti yang kononnya berpaksikan ‘peace’ and ‘love’ ataupun keamanan dan kasih sayang. Sesiapa sahaja baik lelaki, perempuan, tua muda yang suka dan menyokong mereka boleh datang dan memeluk mereka secara percuma di situ.



Apa yang mendukacitakan adalah, gadis ini sebenarnya beragama Islam. Nama sebenarnya ialah Noor Sya (nama dirahsiakan). Walaupun aktiviti ini berpaksikan keamanan dan kasih sayang, ianya jelas tidak bersesuaian dengan adab dan budaya masyarakat Islam negara kita, apatah lagi dilakukan oleh seorang Islam di pagi hari raya korban
Jelasnya si gadis ini ‘mengorbankan dirinya’ di pagi hari raya korban itu. Walaupun dia tidak berpakaian seperti seorang islam pada ketika aktiviti ini dijalankan, tetapi semua gambar-gambar tersebut telah dimuatkan ke dalam facebooknya untuk tatapan maya. Orang yang bukan Islam boleh melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa beliau adalah seorang islam dari religous views, post dan gambar-gambarnya yang lain. Ini amat memalukan orang Islam di negara ini. Kegiatan mereka harus dibendung dengan segera.
Kesimpulannya, bukalah minda kita untuk melihat kepincangan akidah yang telah berleluasa di negara kita ini sekarang. Bukannya bersikap terlalu ’open minded’ sehingga jiwa kita boleh dijajah sampai terkorban seperti gadis ini. Apa tindakan anda?




Nota rahsia: 

Inilah manusia akhir zaman,sesetengahnya seperti pelaku diatas ni ada akal tapi tak guna..jika akal sudah tidak digunakan,maka agama pun ditelan dengan kebodohan yang melampau..Entah tak dapat ku bayangkan perasaan mak ayah dia ni kalau tahu anak yang mereka lahirkan berkelakuan memalukan..

Semoga kita dijauhkan dari kemurkaan Allah s.w.t..Aminn..

sumber:Harian Metro Online


Jom Tukar Shoutmix dengan Cbox !

Okay,kali ni Saveq nak kongsikan tentang Shoutmix yang paling popular digunakan oleh setiap blogger..Mesti korang dah dapat notis dari pihak Shoutmix kan,yang mereka akan mengenakan bayaran untuk menggunakan Shoutmix dorang..


Perghhh..memang terbaikla mereka..dah popular pastu baru nak cas blogger..takpa juga kalau kitorang semua ni boleh claim duit nuffnang beribu riban setiap bulan..Ni nak dapat seringgit pun susah sebab NUFFNANG ni kedekut tahap gaban!!..ahakss..



So memandangkan Shoutmix dah berbayar start lusa.,so aku terpaksala cari alternatif lain untuk menggantikan Shoutmix..Minta maaf banyak-banyak la kalau aku nak sewa kotak teriak korang tu bulan-bulan..haha

Korang lihat sendiri la ye apa beza Shoutmix dengan Cbox..
Bagi aku semua sama je..haha..
So daripada berbayar lebih baik ambil yang free ja kan..
kalau korang nak join aku guna Cbox ni,korang pegi ja di sini
<< CBOX LINK >>










p/s: banyak songeh pula..nak tido la..nanti pagi nak keja lagi..hakhak..so selamat menukar semua!!






Lirik Cinta Muka Buku-Najwa Latiff Bermasalah?

Salam bahagia !!!

Malam ni Saveq nak kongsikan tentang lagu Cinta Muka Buku nyanyian artis kecil molek si Najwa Latif tu..Cerita ni dari rakan FB kat group kitorang,SAHABAT TAWAU,tentang lirik dia yang bermasalah.

kata rakan tu,Lirik Lagu Cinta Muka Buku ni boleh mendatangkan murtad.
Pesannya lagi,kalau boleh,tak payah dengar langsung supaya kita tak terjerumus..

emm aku pun naik hairan la part mana dalam lirik lagu tu yang boleh membawa kita ni sebagai umat Islam menjadi murtad..bha jangan banyak bicara kita zoom in la lirik lagu tu..







Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


So setelah meneliti lirik lagu ni,aku rasa tak ada satu rangkap pun yang boleh membawa kepada murtad..

Rupanya rakan tu dah kenakan aku !!..Memang dia la kaki putar belit group tu..ahakss..
Korang nak tahu apa dia kata pada ending story dia tu..baca di bawah ni..



'' amboi~ ! syok nya nyanyi.. siap ikut rentak lgi ar..hahaha ! kna tpu.. ! :P  ''..

hakk tuiiiii....malangnya hari ni..haha






29 December 2011

Aku pun Rock juga bah!

Assalamualaikum...selamat sejahtera!

Mulakan pagi korang dengan senyuman yang paling manis k!!
Aku nak story sikit,pengalaman aku di Konsert Fenomena Search tempoh hari...
Ni kali ke-2 aku pegi konsert...sebelum sebelum tu aku tak layan konsert berbayar ,sebab aku belum kerja lagi..hahaha..so tak nak la membebankan mak ayah minta duit semata-mata nak berhibur je.....


Malam konsert tu aku malas sebenarnya mau drive pi Stadium..jauh sangat.tapi disebabkan dapat tiket free dari kawan,so aku bersemangat la..haha..SEACRH pulak tu..walaupun aku meminati genre indie,sebelum tu aku alami zaman rock juga..

Sebelum ke stadium,aku pi jemput dulu Datuk Blogger Junaidiey.com di rumah beliau kat kampung Pasir Putih..sebab lama dah nak rancang lepak dengan admin besar Tawau tu,tapi tak jadi sebab masing-masing ada hal..kebetulan malam tu kitorang free so kami sama-sama pi stadium ..

Sedang menunggu untuk masuk ke stadium,kami terjumpa geng Mytawau,antaranya si blogger kecik Mr,Kill,serta photograper si Selang Lamposak..

Minuman alkohol dan rokok tidak boleh dipisahkan dengan irama rock bagi sesetengah peminat..Buktinya,sewaktu kami menunggu di luar stadium sebelum konsert bermula,macam-macam bau aku hidu,seperti bau minuman keras yang memualkan,bau asap rokok,selain baju hapak yang entah berapa lama mereka tak cuci..tu bagi sebahagian mereka la..





Diawal konsert bermula,Stacy mengganas dengan lagu Jahat,ditemani konco-konco penari nya tu..time tu kami masih sejuk lagi,ditambah dengan kelaparan yang melanda perutku,jadi aku tak teruja sangat dengan persembahan Stacy.

Tampil ja SEARCH di atas pentas,mereka yang hadir bagai nak gila gayaknya..minat sangat la tu..haha..Aku melihat sekeliling,semakin ramai yang mengerumuni kawasan kami,di tepi sebelah kanan stage...ku nampak kelibat Najwa Latiff !!..wOw Najwa Latiff pun minat rock ka juga..haha..okay ni Najwa Latiff versi Tawau k..sebab dia pakai tudung 
dengan saiz badan dan tinggi sebijik Najwa Latiff yang popular skrng tu..haha tak percaya tanya ja si Mr.Kill sama si Junaidiey tu..

Bukan sahaja Najwa Latiff,aku ternampak si PONDAN SABINDO juga bersama-sama menghayati lagu Search yang dinyayikan time tu..Punya semangat ko PONDAN..haha..ku sangka jenis korang ni minat irama dangdut je..ahakss..
Kata si Junaidiey,dia cuti malam tu gara-gara nak nonton konsert ja,.haha




Diatas tu gambar kawan aku si ripalc yang memang sudah kick sebotol gam ..haha..tedala..kami ni rock bersih beb!..dia ni memang rock habiss...

Memang hebat penangan SEARCH malam tu,bermula dengan Lagu Fenomena,lapar perutku sudah hilang diganti dengan semangat rock aku yang sudah mula menggelegak...kahkah..
1st tu aku cuma berani menggoyangkan tangan ke atas..namun apabila lagu Isi dan Kulit bermula,aku mula melompat-lompat(yang dahulunya ku katakan macam monyet je) sambil kepala goyang-goyang..haha..gilaanyaa!!!

Lagu lain yang ku feeling habis ialah Pawana,Rozanna dan Tiada Lagi..

Sewaktu geng Mytawau sudah ''menggila'',ku lihat si Junaidiey berundur ke belakang..haha..
Mungkin dia mau bagi ruang untuk kami jamming la tu..atau dia takut kami bertukar jadi ganass..haaha,.takut dia kena kick dengan ke''rock''kan kami..




Ni lah muka-muka geng Mytawau yang mengonar malam tu..
siap dengan kalender free tahun 2012..ahahaha


Ni pula geng si Semut Merah,member Mytawau juga..
Mereka ni memang feel habiss setiap konsert rock..
mesti ada ja muka mereka ni..




Ehh macam panjang sudah story aku ni kan..haha..okay aku ringkaskan la ni k..
overroll,aku puas dengan persembahan SEARCH,cuma aku bengang dengan sound system denkat tempat kami lepak tu,punya rosak..bikin hilang mood ja..hakhak..
tak sangka dalam diam-diam aku ni rock juga bah..cayala!!
Aku tak puas juga dengan lambang mata di dan aksi tunjuk tangan bentuk segi tiga tu,sebab tu semua ada unsur Freemason dan Illuminati..tu pandai-pandai sendiri la ye..haha..





Khabarnya Lefthanded bakal mengadakan konsert di Tawau juga..emm..makin ramai la kumpulan rock ni akan ke Tawau,..mungkin mereka dah tak boleh cari makan di Semenanjung kot..hahaha...

Korang nak lihat gambar eksklusif time konsert tu korang boleh terjah dekat sini k..
<< Gambar Eksklusif Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH Tawau >>


Apapaun..rock-rock juga brader..tak salah rock asal BERSIH!!..ahakss..


NO RACISM NO SEXISM NO HOMOPHOBIA NO ALCOHOL NO DRUGS NO VIOLENCE


28 December 2011

Cara Cas I-Phone,I-Pod,I-Pad guna Durian




Assalamualaikum,salam bahagia!!!

Tawau sekarang ni banjir dengan durian..
Sebelah rumah aku ni pun ada sebatang pokok durian,
memang terbaik la...asal bangun pagi ja jenguk kat tepi tingkap,
kalau-kalau ada yang gugur semalam kan..ahakss..

Okey hari ni aku nak kongsi sikit kepada pengguna gadget Apple ni,
tentang cara nak cas 
IPHONE,IPOD ATAU IPAD korang guna durian..
Manala tahu kan kot-kot korang pi rumah kawan ke,kebun durian ke,
kebetulan pula bateri IPHONE,IPOD,IPAD korang low..
ahah..pengguna Apple product ni tahu juga kan apa yang bakal terjadi kepada
gadget anda jika kehabisan bateri..
konfom korang habis sekali..haha..
kecuali mak bapak atau korang sendiri kaya raya
so boleh beli baru la kan...ahakss...

tanpa banyak bicara korang layan je la tutorial camna nak cas gadget korang tu guna durian.
memang ohhsemmm la...



video

# jika anda hendak keluar rumah ke tempat yang jauh,pastikan anda membawa sekali wayar charger gadget korang ya..haha...sebagai langkah keselamatan la tu kunun..

Jenis Wanita yang Mudah Ditipu Lelaki



















26 December 2011

Gempar!.Ariff Alfian bukanlah Gay Melayu Islam Pertama yang Berkahwin...

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.
Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.



Kononnya gambar diatas adalah rakyat Melayu Islam pertama yang melangsungkan perkahwinan sejenis,bukanlah Ariff Alfian..
Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.
Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.




Nota:..

Nauzubillah..



Aku harap berita ini tidak benar sama sekali,kerana sumber gambar adalah gambar google.
Dan pelakunya belum dikenal pasti juga..Namun aku berharap khabar ini tidak benar sama sekali,cukuplah Islam dimalukan oleh umatnya sendiri...

Hanya mampu berdoa agar tidak terkena pada keturunan sendiri..Aminn...

Fatwa;Merokok adalah HARAM!



Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.







Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.



iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Lambang rokok mirip kalimah Allah !


KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.
Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.
“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.
“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.
“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.
Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.
“Walaupun tidak menye­rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.
“Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu ada muslihat tertentu,” katanya.


Nota saveQ : Berhentilah merokok..anda merokok anda rugi,jika anda tidak merokok,anda untung,,saya yang tukang nasihat ni,tumpang gembira ja la..hehe


Gambar Eksklusif Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Tawau!

Assalamualaikum..Aga gareba pok!!

Masih segar terasa kehangatan konsert Fenomena 30 Tahun Search  di Tawau yang berlangsung LIVE dari Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau..

Konsert yang bermula dengan kemunculan Stacy bersama 'gerombolan'nya menyanyikan lagu berhantunya seperti Kasanova,Ganas,Kisah Dongeng dan 1 lagu inggeris iaitu Sweet child of Mine berjaya memancing semangat rockers Tawau sebelum kemunculan SEARCH di pentas...

Kumpulan Search pula mempersembahkan lebih 20 lagu berpuaka mereka disamping petikan gitar yang mengkagumkan dari ketiga-tiga gitaris mereka iaitu Kid,Nasir dan Din
disulami pukulan drum yang cukup memukau dari Yazid..

InsyaALLAH jika masa mengizinkan esok aku akan ceritakan pengalaman aku berada disana ditemankan geng MyTawau yang memang hapenning rock mereka.hahaha..

Sebelum tu korang zoom in la gambar eksklusif yang ku ambil dari album MyTawau..
Jurufotonya si Halim Maskara..













Ni pula video eksklusif lagu Isi dan Kulit yang dipersembahkan malam semalam..



Kalau korang nak nonton video lain korang cari ja dalam youtube si Pindikpindik Tagap ni..
Yang manisnya semalam si admin MyTawau yang popular tu si JunaiDiey pun turut serta men''rock''kan dirinya..

24 December 2011

Lagu It Will Rain-Bruno Mars HARAM !

Assalamualaikum,salam muhibbah..

Anda pasti pernah mendengar lagu It Will Rain nyanyian Bruno Mars..apa lagi jika anda peminat setia filem aksi-cinta Twilight,kerana lagu ini menjadi tema dalam filem tbaru 

The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1..

Setelah berbulan lamanya,kini ada yang menyedari beberapa baris ayat dalam lagu tersebut

boleh mengundang kepada murtad..emm bunyi macam serius ja...

Jom zoom in dulu apa yang serius sangat dengan ayat tersebut...









Lirik lagu It Will Rain-Bruno Mars


If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don’t have it anymore.


There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I’m making
Will keep you by my side
Will keep you from walking out the door.


Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain


I’ll never be your mother’s favorite
Your daddy can’t even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy


But they’re just afraid of something they can’t understand
Oooh well little darling watch me change their minds
Yea for you I’ll try, I’ll try, I’ll try
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make you mine


Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain


Ooooh Don’t you say
goodbye, don’t just say, goodbye
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make it right


Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain…






okey korang perasan tak ayat yang aku highlight merah tu..ayat itula yang mereka bising-bisingkan tu..

jika sekali imbas dibaca dan di terjemah ke dalam bahasa melayu,bunyinya seperti ini:

tiada satu agama pun yang boleh menyelamatkan aku,
tak kira berapa lama berlutut di lantai..

(kalau salah tolong tegur )

So apa pendapat korang...Haram ke tak untuk Muslim menyanyikannya...
bagi aku,haram atau tak,aku tak layan juga lagu Inggeris ni..asal dengar ja la..kalau nak menyanyi sekali tu,ermmmmm....tak perlu la sebab bahasa Inggeris aku ni bukan betul sangat pun..hahaha
aku sapport industri muzik tempatan ja..muzik indie kam 1..hehehe..

so hal ini patut tanya dengan yang lebih arif terlebih dahulu..baru tahu HARAM atau tak..
kalau was-was,elakkan ja..banyak lagi lagu melayu yang best-best boleh korang dengar..contoh lagu Meet Uncle Husain-Pokok..

Santai aja...Thanks sebab sudi membaca!!











23 December 2011

Hisap 'Rokok Tolak Bala' jadi jutawan segera !

Rokok Tolak Bala





KUALA LUMPUR: “Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat,” kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan ‘rokok tolak bala’ berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.
“Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya,” katanya.
Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.
Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.
Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya.
“Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya,” katanya ketika ditemui.
Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya.
“Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. “Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan,” katanya.
Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai ‘rokok tolak bala’ dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.
“Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta,” katanya.
Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. “Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.
“Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya,” katanya.

Gambar Datuk Siti Model Muka Hadapan Glam isu Januari


Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.

Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.




Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts.

Memasuki 2012, dia sudah merencana untuk meluaskan empayar perniagaan kecantikannya, Simplysiti yang mungkin memiliki bangunan sendiri serta keinginannya membuka spa kecantikan untuk semua wanita di luar sana.

Lagi gambar muka depan!






Nota Rahsia ; makin tua makin cantik,..,,.hehe..