11 December 2011

Gambar Majlis Kahwin Chef Riz dan Ana Dahlia


 Alhamdulillah selamat jua akhirnya Chef Riz (28 tahun),atau nama sebenarnya
Mohd Nadzri Redzuawan disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Ana Dahlia(29 tahun)
atau nama sebenar Diyana Mastura Jaafar di kediaman pengantin perempuan..
Dengan hanya sekali lafaz, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Kadi Batu Lapan Bendang Siang, Taiping, Ustaz Haji Nawi Osman, dengan mas kahwin RM1,001 dan hantaran berjumlah RM20,000

Ana Dahlia telah menerima sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, kain French lace, kek, clutch berjenama Farah Khan, jam tangan Guess, cokelat Patchi, buah-buahan, set haruman Davidoff, kaca mata jenama Gucci.

Manakala Chef Riz menerima 15 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan Guess, i-Pad, BlackBerry, kasut, haruman Davidoff, tali pinggang Gucci, dua pasang persalinan lelaki, clutch Charles& Keith, set penjagaan wajah Biotherm Homme, dua pasang kasut Valentino Rudy.

Lebih istimewa apabila Chef Wan ayah kepada Chef Riz telah menghadiahkan Chef Riz dengan percutian ke Melbourne Australia sebagai hadiah bulan madu buat mereka berdua.

Jom zoom in gambar di majlis perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia!















kredit : Murai.com







2 comments:

shaliza khairi said...

sekali kawen terus dapat blackberry dengan ipad. bahgianya idop. hehe.

saveqmm said...

supaya senang conect la tu..ahaks