05 December 2011

Tabiat Share dan Copy Paste mengundang Dosa Besar!

Assalamualaikum,salam 1 Malaysia...




Budaya SHARE dan COPY PASTE sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menanggung dosa yang amat besar. Sebelum kalian menuduh aku membawa ajaran sesat dan berlagak ulama besar menjatuhkan hukum, alangkah baiknya anda buang sifat malas dalam diri untuk membaca entry ini sehingga habis.


1. Undang-undang hak cipta
Mengikut undang-undang hak cipta, adalah menjadi satu  kesalahan apabila seseorang itu mengambil artikel atau penulisan orang lain dan tidak meletakkan nama penulis asal. Dengan kata lain, copy paste atau plagiat. Malah lebih teruk jika ada yang terus mengaku itu tulisannya. Itu dikira mencuri hasil karya orang lain. Sama seperti cetak rompak. Mencuri hukumnya berdosa.

2. Adab berkongsi artikel
Jika kita ingin berkongsi sesuatu artikel yang dirasakan menarik dan bermanfaat, ada syaratnya. Di bawah artikel tersebut, kita perlu meletak nama penulis sebenar dan kreditkan ke link asal. Begitu juga jika artikel itu jadikan sebagai rujukan. Jika anda ambil sebahagian daripadanya, hendaklah diletakkan sumber rujukannya.

3. Tujuan kredit ke sumber asal
Supaya pembaca dapat membuat rujukan semula kepada penulis asal samada ingin mengesahkan kesahihan berita tersebut ataupun meminta penjelasan jika ada kekeliruan terhadap satu dua perkara dalam artikel itu. Jika penjelasan diminta daripada kaki plagiat, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerangkannya dengan baik dan jelas kerana mereka hanya copy paste idea orang lain. Selain itu, copy paste tanpa credit boleh menyebabkan fitnah!









4. Copy paste tanpa credit boleh menyebabkan penulis asal difitnah
Aku akui, di awal aku ber'blogging' dulu, aku juga ada mengamalkan budaya copy paste kerana aku suka berkongsi. Ilmu aku tentang selok-belok dunia blogging masih cetek ketika itu. Hingga menyebabkan seseorang itu difitnah mencuri penulisan aku. Padahal aku yang plagiat artikel dia. Ini semua gara-gara aku copy paste artikel yang aku perolehi daripada facebook ke blog aku. Aku tidak memberi kredit kepada sumber asal kerana aku tidak tahu siapa penulisnya. Ianya berpunca daripada pengguna facebook yang suka copy-paste artikel dari blog lain ke dalam note mereka tanpa credit ke sumber asal. Nampak? Selepas peristiwa tu, aku tidak lagi copy-paste membuta tuli.

5. Penyebaran Info Palsu
Sebelum ini heboh dengan penyebaran info-info yang diragui kesahihannya. Antaranya, artikel 'dalam milo ada cacing', 'sardin ada katak', 'perbezaan ikan keli halal dan haram', dan lain-lain lagi artikel yang terbukti adalah bohong belaka. Artikel palsu yang tengah hangat sekarang ini pula ialah 'Pepsi dan Coca-cola ada HIV'. Selain itu, artikel-artikel yang mengandungi hadis palsu juga pernah tersebar seperti 'hadis tentang pengharaman tembakau rokok' yang terbukti adalah hadis dhaif. Info dari internet bukan semuanya boleh dipercayai.


Pengajaran
Orang kita memang suka share info-info pelik tanpa diselidiki terlebih dahulu dari mana datangnya sumber asal berita tersebut samada benar atau cuma khabar angin. Jadi, sebelum ghairah untuk mohon share, selidiklah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penyebaran fitnah dan berita palsu yang kita sendiri tidak mahu ia berlaku. Sepertimana yang anda semua tahu, dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh.






SUMBER ASAL: Solihin Zubir

1 comment:

GeeGee said...

Saya sokong tue, ada juga blog org d copy entryny, tp deam2xx jaa ownernya, bagus kalau pkai disable highlight entire blog, naaa, selamat, endaa ad masalah y timbul, kan :)