30 September 2011

Football Fever #3

Carlos Teves

  • Penyerang Manchester City,Carlos Teves kini lebih bersemangat untuk meninggalkan kelab itu Januari depan selepas diletakkan di bangku simpanan sewaktu mereka menang 2-0 ke atas Everton.

  • Kelab Itali,Inter Milan terus berniat mendapatkan Teves dan mungkin memulakan proses  mendapatkannya pada Januari depan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas menjual penyerang Diego Milito untuk menampung gaji pemain itu nanti.

  • Pengurus City,Roberto Mancini memberitahu Teves dia masih mempunyai masa depan cerah di kelab itu bermula dengan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.Pergantungan Mario Ballotelli bakal memberi peluang kepada Teves membuktikan kehebatannya.

  • Pengurus MU,Sir Alex Ferguson memantau perkembangan pemain tengah Aston Villa,Barry Bannan dan mungkin berminat untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

    Barry Bannan

  • Tottenham dijangka membayar lebih daripada 15 juta euro(rm73.9 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Athletico Bilbao,Ander Herrera jika mahu terus mendapatkan pemain itu Januari depan.

  • Masa depan Frank Lampard di Chelsea kini samar apabila pemain tengah itu berang dengan tindakan Andre Villas-Boas menggugurkannya untuk perlawanan menentang Swansea di Stamford Bridge,Sabtu lalu.

    Frank Lampard


  • Bekas pertahanan Birmingham,Stuart Parnaby mendakwa Blues membatalkan tawaran untuk mendapatkannya kembali.

  • Arsenal kini berunding untuk mendapatkan pemain tengah Valencia,Daniel Parejo Januari depan selepas perbincangan antara wakil kedua-dua kelab dan ejen pemain itu berlangsung minggu lalu..Pemain berusia 22 tahun itu adalah graduan akademi Real Madrid dan juga pernah menyertai Queens Park Rangers 3 tahun lalu.

  • Penyerang Belanda,Robin van Persie memberi amaran kepada Arsenal,dia belum sedia menandatangani kontrak barunya.

    Robin Van Persie


  • Pasukan Gunners turut dilapor mempertimbangkan untuk membuat bidaan luar biasa bagi mendapatkan penyerang Tottenham,Rafael Van Der Vaart.

29 September 2011

Football Feve #2

Raul Albiol

  • Pertahanan Real Madrid,Raul Albiol dilapor menarik minat Manchester City,Liverpool dan Arsenal,tetapi menekankan yang dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Bernabeu

  • Liverpool sedia melepaskan pemain tengah Jonjo Shelvey menerusi pinjaman dalam usaha meningkatkan semula kerjayanya di Anfield.

  • Pertahanan Bolton,Gary Cahill mungkin berhijrah ke Barcelona.Pep Guardiola menganggap Cahill sebagai pemain pengganti jangka panjang untuk pemain veteran di Nou Camp,Carles Puyol.

    Carlos Puyol


  • Arsene Wenger percaya pertahanan Thomas Vermaelan memegang kunci utama dalam memujuk rakan sepasukan Belgium,Jan Vertonghen ke Stadium Emirates.

  • Paris St.Germain tampak bersedia untuk menyaingi Arsenal untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid dan Brazil,Kaka.

    Kaka

  • Swansea menunjukkan minat mendapatkan bekas penyerang Arsenal,Nacer Barazite yang kini menyinar dgn kelab Austria,Wien.

  • Bekas penyerang Blackburn,El Hadji Diouf menarik minat beberapa kelab,termasuk kelab Liga Perdana,Wigan dan kelab kejohanan,Doncaster.

  • Arsene Wenger mungkin meningkatkan kekuatan bahagian serangan dengan membuat bidaan STG1 juta untuk penyerang MU,Michael Owen pada Januari nanti.

    Michael Owen


  • Manchester United mendakwa semakin hampir mendapatkan pemain tengah Dinamo Zagreb,Mateo Kovacic-yg dinamakan 'Luka Modric baru'.

    Mateo Kovacic


  • Penyerang Chelsea,Didier Drogba berehat drpd tugasan Liga Perdana untuk menyertai bekas penjaga gol Arsenal,Jens Lehmann beraksi di Oktoberfest,Munich.

  • Penyerasng Chelsea,Fernando Torres berterima kasih kpda penyokong kelab itu kerana menyokongnya ketika dia berada di laluan tetap untuk mengukir nama sebagai penjaring gol.

  • Pertahanan,Sebastian Squillaci kembali berlatih bersama Arsenal minggu ini-buat kali pertama sejak kelab itu gagal dalam usaha menjualnya pada musim perpindahan..




28 September 2011

kronologi hari raya 2011 part III

Hari ini dah masuk Syawal yang ke 29..
Kini terasa sangat masa semakin pantas mendahului kita kan.
Bagai baru semalam saja kita menyambut kedatangan Syawal
yang penuh kegembiraan ni..
Manakan tidak,sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan Almubarak,memberi 1001 atau lebih dugaan yang perlu dihadapi
agar Ramadhan kali ini lebih barkah dari sebelumnya..
Alhamdulillah dapat juga kita harungi 
dengan penuh kesabaran..
Moga amalanku dan juga amalan kamu
diterima oleh Allah s.w.t..

Sebelum kita melangkah ke bulan Zulkaedah,
yang hanya berbaki 1 hari lagi,
saveq nak sambung dengan cerita saveq ni yang
kini sampai episod yang ke3..ahaks...
gilakkk juga sampai part 3..
tapi tak usah risaula...ni paling last..
nak share banyak pun bukan ada juga yang nak baca kan..
kronologi kali ni nak buat yang bergambar je la..
malas nak taip panjang-panjang..hehe..
so korang tenguk la betapa meriahnya raya saveq kali ni ya..


RAYA KE-4

Jalan sama member sekolah menengah atas..
terbaikkkk....










dalam kesibukan beraya di rumah member,
sempat juga ambil kehadiran di rumah terbuka
Datuk Mohd Jeffrey Rosman,seorang aktivis belia di Tawau ni..
Beliau aktif dalam menarik minat belia untuk bergiat cergas
dalam apa jua aktivit yang memberi faedah kepada belia
di daerah Tawau ini..Dan semestinya beliau
seorang yang baik hati dan pemurah..
Beliau merupakan CEO Syarikat Mustwin Ventures Sdn bhd.


santaiiii dulu tepi laut sebelum sambung beraya..ahaks...



rumah paling last sekali kami makan sup ayam..
fuhh enakkk..asikkk..hihi..

Selepas tu aku bersama rakan mytawau pulak
menerjah rumah terbuka Datuk Taufik Abu Bakar Titingan,
ADUN Apas Tawau..




.
terjumpa dengan member mytawau webteam..jempolll..





RAYA KE-6









gambar di atas ni rumah yang paling last kami terjah..
sekali kami menghadiri majlis perkahwinan abang kepada
member mytawau..kiranya macam 2 in 1 la kan..hahaha




dan sebelum bersurai kitorang lepak kejap di
empire food court..mau kena-kena minum air panas dulu..ahaks..

kesimpulannya raya tahun ini paling meriah ku rasa..
sebab adanya laman sosial seperti FB dan Blogger
yang dapat menyatukan  sesuatu persahabatan
di alam maya mahupun di alam realiti..


nota rahsia:..selepas hari raya ke 6 ni saya terus jatuh sakit...
sakit tekak dan batuk..sehinggala siapnya entri ini..
masih ada lagi sedikit kesan batuk tu..haha.
kalau korang perasan raya ke 5 aku tiada mention kan..
hihihihi...


26 September 2011

Football Fever #1

  Demam panas sejuk dengan bola..
kalau korang tak demam panas sejuk...maksudnya??
maksudnya korang tak minat bola la kan..
ahaks...

Okay everybody from today i will start to share
all about football in Kecoh Gosip Gila Bola..
korang faham ke ni apa aku taip..hehe..
tu la pentingnya English Education..
ahahaha..jangan lupa lenggokkan tangan korang ya..

dah start cerita pasal bola ni,

korang minat team apa di Barclays tu..
mesti korang minat Manchester United kan.kan..kan..
rata-rata la semua suka MU..
sebab mereka selalu menang kan...
yang fanatik Liverpool pun lari pi MU..

coz Liverpool tak hebat macam dulu..


Liverpool forever..




kalau aku,aku tak kisahla kalah atau menang..
itu semua adat permainan.. 
jatuh bangun ke,aku sentiasa setia sama Liverpool.
kawan mengata team kalah,terpaksa terima je la..
even disindir dengan PM tempoh hari di Hotfm...
ADA KU KESAH!!!

Selain Liverpool,aku sokong Manchester City juga..
tapi ini suam-suam kuku la..ahaks..




Manchester City





KECOH GOSIP GILA BOLA


Gary Cahill
  • Pengurus Bolton,Owen Coyle memberi amaran kepada Arsenal mereke perlu bersaing dengan pembida lain untuk mendapatkan khidmat pertahanan Gary Cahill ketika pasaran perpindahan pemain Januari ini dengan Chelsea turut dikaitkan dengan pertahanan tengah England itu.

  • Manchester United dan Chelsea diminta melupakan hasrat untuk membeli pemain tengah Juventus,Milos Krasic.


  • Inter Milan bersedia bersaing dengan Tottenham untuk mengikat pemain antarabangsa Brazil,Leandro Damiao ketika pasaran perpindahan Januari ini.


  • Celtic mengetuai buruan terhadap pemain tengah Dundee United,Scott Allan,dengan Rangers dan Newscatle United turut berminat selepas pemain berusia 19 tahun itu menolak untuk menandatangani kontrak baru.

  • Pengurus Tottenham,Harry Redknapp mengesahkan penjaga gol Heurelho Gomes mungkin akan meninggalkan kelab itu Januari ini selepas jatuh taraf sebagai penjaga gol nombor 3.

  • Kelab Russia,Spartak Moscow dan Lokomotiv Moscow bersedia melancarkan bidaan untuk mendapatkan penyerang Tottenham,Roman Pavlyunchenko ketika pasaran perpindahan Januari ini.

  • Perancang utama Tottenham,Luka Modric akan berbincang mengenai kontrak baharu yang difahamkan bernilai 80,000 euro(RM 391000),menjadikan pemain yang menerima gaji paling mahal di White Hart Lane.

    Luka Modric

  • Bagaimanapun,pemain lagenda Spurs,Ossie Ardiles berkata Modric mungkin akan tetap menyertai Chelsea kerana pemain kini mempunyai kuasa lebih berbanding kelab pada zaman bola sepak moden.

  • Pengerusi Arsenal,Peter Hill-Wood menegaskan dakwaan Joey Barton dia mungkin menyertai Gunners jika tidak bergaduh dengan Gervinho adalah tidak benar.

  • Owen Hargreaves menyalahkan Manchester United kerana menghadapi masalah kecederaan selama 3 tahun selepas penampilan sulung bersama Manchester City.


    owen hargreaves


  • Bos Liverpool,Kenny Daglish menggesa pengurus England,Fabio Capello supaya lebih "bijak" jika mahu menurunkan pemain yang sudah kembali cergas,Steven Gerrard.

  • Pemani tengah QPR,Shaun Wright-Phillips dan penyerang Chelsea,Daniel Sturridge mungkin akan dipanggil menyertai skuad England sebelum hujung tahun ini.

  • Pengurus Sunderland,Steve Bruce percaya adalah sukar untuk penyerang Asamoah Gyan untuk kembali ke Stadium of Light selepas tempoh pinjamannya di kelab Emiriah Arab Bersatu,Al Ain berakhir.

  • Pertahanan Astin Villa,Carlos Cuellar yang mengalami kecederaan mungkin akan kembali berlatih sepenuh masa sesudah terlepas aksi awal musim.

  • Arsene Wenger mungkin menawarkan bekas penyerang Arsenal,Dennis Bergkamp,ketika ini penolong Frank de Boer di Ajax,peluang untuk memegang peranan jurulatih bersama Gunners



steven gerrard 

nota rahsia:aku selalu kena ejek sebab Liverpool
kurang menyengat di awal musim..
biasala kan hero kalah dahulu...
takut je nanti kalah terus..ha.ha.ha.....

25 September 2011

Ciri-ciri lelaki kasanova



ikon kasanova dalam dunia lakonan..


Lelaki kasanova..
kebiasaannya insan sebegini ramai ditemui
di kota yang sibuk dengan manusia..
emm korang tahu ke makna lelaki KASANOVA ni
mestila korang dah tahu kan..ahaks...
Kasanova ataupun dalam bahasa yang 'lebih melayu"
jika menurut kamus kepala otak aku ni ialah..


''Lelaki yang memburu wanita untuk ditundukkan bagi memenuhi keperluan material dan syahwat mereka"

Aku nak kongsi sikit mengenai ciri-ciri 
lelaki kasanova ini..betul atau tak..
aku pun kurang pasti..
tapi kebanyakkan mereka memang bersifat sebegini..
ahaks...






~ Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa


~ Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. 
Maklumlah nak memikat ramai mangsa.


~ Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh nun d sanaa..


~ lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada duit ehehe

~ Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu
bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak hangat2 taik ayam sahaja.... Mulut kata ya dalam hati jangan larrr..



ok guys..korang rasa korang  ada memiliki ciri-ciri tersebut tetapi bukan kasanova..ahakss...korang jangan marah ya..
info ni pun saya dapat dari rakan saya...
saja nak kongsi dalam blog..
sebagai peringatan kepada pembaca khususnya kaum Hawa
 supaya jangan mudah terpedaya dengan
lelaki yang hipokrit dan mata duitan ni..
cari la lelaki macam saya..ahakss..jokes ya...

 

sekadar gambar dihias-hias ya...



nota rahsia:perkataan Casanova diambil sempena nama seorang pengembara Itali bernama Giovanni Giacomo Casanova(1725-1798)..so korang dah kenal sapa casanova terawal di dunia..ahaks

 


21 September 2011

KONSERT LAGENDA ROCK 2011,TAWAU SABAH.

                       



Peminat muzik rock tempatan di negeri Sabah khususnya di daerah Tawau bakal digegarkan lagi dengan

sebuah konsert lagenda rock selepas
Konsert Double Trouble Jelajah Borneo Search dan Wings
yang telah berlangsung tahun lalu..

Konsert Lagenda Rock 2011
ini yang dijangka bakal dihadiri 
20,000 peminat musik Rock adalah dibawakan khas oleh Syarikat Nova Music

dengan kerjasama Syarikat Mustwin Ventures Sdn Bhd
dan bakal dilangsungkan pada 1 OKTOBER 2011
bertempat di Kompleks Sukan Tawau.
bermula pada jam 8pm sehingga jam 11pm.


Tiket berharga RM 20.00 boleh didapati dengan menghubungi 
Saudara Faizal di laman FB iaitu FAIZAL TAWAU 

ataupun di talian 013 353 0884..
ataupun dimana-mana tempat yang dinyatakan di dalam gambar diatas...

Untuk perkembangan lanjut mengenai Konsert ini boleh diikuti daripada page rasmi di Facebook iaitu
KONSERT LAGENDA ROCK 2011 FB FAN PAGE


Mari beramai-ramai meriahkan lagi konsert yang pastinya MENGGEGARKAN....








  

19 September 2011

Majlis Riang Raya Aidilfitri MyTawau 2011

MyTawau telah melakar sejarah tersendiri
apabila berjaya mewujudkan satu halaman
di laman sosial Facebook dengan jumlah peminat
seramai 59 797 orang,antara halaman yang popular
berkisar tentang daerah Tawau khususnya..

Demi menghargai rakan dan juga penyokong mytawau,
pada 18.09.2011 bersamaan 20 Syawal 
buat julung-julung kalinya
MyTawau telah mengadakan satu majlis 
Riang Raya Aidilfitri MyTawau 2011
bertempat di Shervinton Executive Boutique Hotel,
Tawau,Sabah..







Antara tetamu kehormat  dan jemputan 
yang turut serta menjayakan
majlis ini ialah wakil dari pihak 
Syarikat MustWin Ventures SdnBhd,Tawau Bloggers,Pewarta Tawau,Rakan Muda,Saga Design,
Tawau Big Bike,Tawau Club,Yehaa Solution
dan juga Jemari Art Creative(JAC)..

Teramat terima kasih juga diucapkan
kepada tetamu VVIP iaitu 
Datuk Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan,
selaku 
Pembantu Menteri Kewangan Sabah,
kerana turut datang tanda sokongan terhadap majlis ini.

-----------------------------------------------------

Macam skema kan ayat~ayat aku diatas ni..ahakss..
bah korang layan jak k gambar~gambar
yang aku sempat ambik dalam majlis tu semalam..
entri ni bolehla kiranya dikategorikan sebagai entri bergambar..
                                                              

 antara hadiah dan cenderamata beserta sijil



       krew pendaftaran yang santai...                                                   


 rakan mytawau yang paling awal lepak di hotel..





                                         sedondon tak...ahaks...apa bendanya sedondon...

                                             Datuk Tawfiq Bin Haji Abu Bakar Titingan


       Datuk Mohd Jeffrey Rosman beserta isteri...


okey sekarang acara gambar bebas ya..ahaks..


terbaikkk broo...



alahai cik adik ni persis model la pulak...



cik veve ana...santai sak ya....



barisan awek mytawau yang terduduk awal..ahaks...


suasana dewan yang happening....



haziQ dan wAwa...

keluarga paling mencuri tumpuan lensa..
dan juga mereka yang mahu pengalaman menjadi ayah dan ibu...wakakw..


 anak jeling bapa pun jeling jugak ya....






nah disinila ko yayang...pungut memang ilmu banyak~banyak
ya..ahaks...









sahabat mytawau webteam pun turut serta..
qimay...


secara peribadi aku target kak ang dan abang yang
bawa pulang hamper pakaian terglamor...tapi hampeh...
cuba tahun depan ya kak ang..hihi



ok ka juak ni..ada ciri-ciri kebapaan ka sudah..ahaks...




nah Seah macam pengalaman sudah ko gendong bayi tu..




lauk pauk sememangnya menyelerakan
sampai terambil 2 kali..ahaks...




antara peserta mytawau idol...

|
jijah oh jijah..kelasss ko jah!!!!!





jejaka mantopp malam majlis..ehh iya ka??

menang la ko jah...menam la ko....






ni pic paling ku suka..owh Faizal macam pro sudah ko bah...


# ada juga video magician yang buat persembahan tu
tapi disebabkan line tak seberapa mengizinkan,
jadi ditangguhkan ke hari lain ye...

so amacam...meriah kan semalam...
hinggakan aku pening dalam dewan...lalu keluar dewan..
setibanya di lobi aku semakin pening
melihat Liverpool kena belasah 4-o sama Spurs..
adoiiii....ahahhahha...

bah kalau korang nak gambar lebih banyak lagi..
korang klik jak di bawah ni ya...
MyTawau Album Riang Raya Aidilfitri 2011..
ini adalah kenangan manis buat kami semua..
 setinggi penghargaan diucapkan
 kepada ajk penganjur yang telah
bertungkus lumus bagi memastikan kronologi
majlis berjalan dengan lancar..

tahniah!!!!

Faizal Tawau
Ain Yasmine
Mus Mase
Insan Lemah MMS
Azlan Ismail
Rayyanz Eusuff

dan Halim Halims Alims..