31 July 2012

Keistimewaan Kunci Pintu Kaabah



Assalamualaikum dan salam 11 Ramadhan 1433Hijrah.

Kaabah






Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam seluruh dunia.Ia juga dikenali sebagai Baitullah iaitu Rumah Allah.Dalam Bahasa Arab,Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran.Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub(kubus).Selain itu nama lain bagi Kaabah ialah Baitul Atiq dan Baitul Haram.Baitul Atiq bermaksud paling awal dan lama atau bebas dan merdeka.Manakala Baitul Haram pula bermakna rumah yang dihormati.


Keistimewaan Kunci Kaabah.

Pada awalnya kuasa menjaga,memberi khidmat,membuka dan menutup Kaabah(As-Sadanah dan Al-Hijabah) terletak di tangan Nabi Ismail a.s,kemudian anak-anaknya,seterusnya bapa saudaranya dari Kabilah Jurhum dan selepas itu Bani Khuza'ah.Ini diikuti oleh Qusai b. Kilab dan seterusnya Abd Ad-Dar b. Qusai.Akhirnya Usman b.Thalhah b.Abi Thalhah telah diberikan hak untuk memegang kunci Kaabah..



Kunci Kaabah




Tetapi pada tahun 8 Hijrah,selepas pembukaan Maakah Rasulullah s.a.w telah meminta kunci Kaabah daripada Usman b. Thalhah untuk membuka serta memasuki Kaabah.Setelah keluar dari Kaabah,Rasulullah telah menerima wahyu dari Allah swt.Wahyu yang dimaksudkan ialah surah An-Nisa',ayat 58 yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya..."


Baginda telah menyerahkan kunci itu kepada Usman b. Thalhah sambil bersabda bermaksud;


''Ambillah kunci ini wahai Bani Thalhah dan ianya akan kekal selama-lamanya di tangan kamu,tidak ada orang yang mengambilnya daripada kamu kecuali orang zalim"


Menurut Ibnu Kathir dan ramai ulama' tafsir mengatakan ayat ini telah diturunkan kepada Usman b. Thalhah.Dan menurut ulama' lagi ayat yang terdapat dalam sabda Nabi Muhammad saw iaitu "...kekal selama-lamanya di tangan kamu..." menunjukkan bahawa keturunan Abu Thalhah akan kekal sehinggalah ke Hari Kiamat dan hak penjagaan Kaabah berada di tangan mereka.Oleh sebab itulah Nabi Muhammad saw telah menyerahkan kunci dan hak penjagaan Kaabah kepadanya.


Pada tahun 42 Hijrah Saiyyidina Usman telah wafat.Oleh kerana beliau tidak mempunyai anak,kunci Kaabah telah diberikan kepada sepupunya Syaibah b. Usman b. Abi.Kemudian anak-anaknya mewarisi kunci tersebut sehinggalah ke hari Kiamat,InsyaAllah.Keturunan mereka ini dikenali sebagai 'Asy-Syaibiyyin' juga dikenali sebagai Bani Syaibah atau Bani Syaibi.


Kini kunci Kaabah sepanjang 40sm disimpan di dalam beg yang dibuat daripada sutera yang bersalut emas(beg tersebut dibuat di kilang kiswah di Makkah).Pada pertengahan Oktober 2000,krew Rancangan Salam Timur Tengah telaah menemui pemegang anak kunci Kaabah iaitu Syeikh Abdullah b.Abdul Aziz as-Syibi.


Pintu Kaabah




Syeikh Abdullah b.Abdul Aziz as-Syibi adalah merupakan pemimpin Syibi yang paling dihormati dan berpengaruh pada hari ini.Sehinggakan pihak istana dan pemerintah Arab Saudi amat menghormati beliau.Sesungguhnya mereka adalah keturunan yang istimewa.Jika pintu Kaabah cuba dibuka oleh orang lain dengan menggunakan kunci yang sama,ia tidak akan terbuka.Hanya tangan milik Bani Syaibah sahaja yang boleh melakukannya.Malah jika Bani Syaibah membuka pintu tanpa kunci pun,dengan izin Allah pintu Kaabah boleh terbuka dengan sendirinya.Sesungguhnya Allah telah memilih mereka untuk menjaga Kaabah yang mulia.


Syeikh Abdullah b.Abdul Aziz as-Syibi




Terfikir sejenak di fikiran,kenapa keturunan mereka menjadi pilhan Allah swt?Sesungguhnya hamya Allah swt yang boleh memberi jawapannya.Apa yang pasti ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw,


Rahsia dan hikmah kenapa Allah swt hanya memilih satu keturunan sahaja  yang memegang kunci Kaabah ialah Allah tidak mahu kemuliaan dan kesuciaan Kaabah terusik mahupun terabai.Apa yang akan berlaku jika ramai orang yang boleh membukanya?.Kemungkinan besar ia akan mengundang pelbagai masalah dan boleh mengakibatkan kemuliaan dan kesucian Kaabah terjejas termasuklah salah guna kuasa.


Selain daripada itu,pemilihan hanya satu keturunan sahaja yang memegang kunci Kaabah adalah bukti akan janji Allah swt memelihara kesuciaan Kaabah dan Masjidil Haram itu sendiri.Lantaran itu,keturunan Bani Syaibah telah terpilih memegang amanah tersebut sehinggalah tiba hari Kiamat..


Wallahualam







No comments: