Showing posts with label sense of sport. Show all posts
Showing posts with label sense of sport. Show all posts

21 March 2012

Komen Ekslusif Apek/Khairul Fahmi Che Mat Jadi Duta Puma



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun dikecam dengan pelbagai isu kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, masih dikurniakan rezeki yang melimpah.


Mungkin inilah berkat kesabaran dan kesungguhan jejaka dari Kelantan itu.
Apatah lagi dengan kewibawaan dirinya yang masih lagi konsisten dengan mempamerkan permainan yang cemerlang.


Kredibilitinya sebagai ahli sukan disegani telah memberi peluang keemasan buatnya untuk bergelar duta produk sukan iaitu Puma selama setahun.


Jom ikuti temubual ekslusif wartawan sebuah portal hiburan bersama Apek!!

Soalan: Apa yang membuatkan Apex menerima tawaran untuk menjadi duta Puma?
Apex: Alhamdulillah, ia sudah tertulis untuk diri saya. Ianya sudah menjadi rezeki saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya menerima tawaran ini. Lagi pun, saya memang pengguna produk Puma. Terus-terang, saya memang meminati rekaan Puma yang ringkas dan menampak ciri-ciri dan identiti seorang atlet.

Soalan: Benarkah Apex menerima tawaran ini kerana Apex dibayar lumayan?
Apex: Terpulanglah untuk orang menilainya. Saya menerima untuk menandatangani kontrak secara rasmi ini disebabkan saya merasakan saya patut untuk mencuba. Dalam erti kata yang lain, mencuba bidang baru.Lumayan atau pun tidak, saya merasakan ia cukup berbaloi berdasarkan komitmen saya dengan jenama ini.

Soalan: Adakah benar Apex dibayar lebih setengah juta ringgit hanya untuk menjadi duta Puma?
Apex: Kelakar pula saya mendengarnya. Andaikata apa yang dikatakan anda ini benar, mungkin juga saya tidak perlu lagi bekerja keras untuk mencari rezeki. Sejujurnya, apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Saya pohon maaf kerana saya tidak boleh memberitahu nilai bayaran yang saya terima dari Puma. Apa yang boleh saya katakan adalah bayaran yang saya terima berbaloi dengan komitmen yang diperlukan pihak Puma dari saya.

Soalan: Selain menggunakan atau memperagakan jenama Puma, tidakkah Apex terfikir atau mahu mencipta sendiri jenis pakaian sukan di bawah jenama terkenal ini mengikut citarasa Apex?
Apex: Jika benar peluang ini datang, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Selain bekerja tetap sebagai penjaga gol kebangsaan, saya juga membuka perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menjual baju secara online. Oleh itu, saya memang berminat untuk menghasilkan produk sukan sendiri. InsyaAllah, ia akan menjadi kenyataan kerana idea ini sedang dalam perbincangan lagi. Saya berharap agar ia mendapat sambutan jika impian saya menjadi realiti.

Soalan: Selain Puma, adakah Apex bakal menjadi duta produk yang lain?
Apex: Syukur Alhamdulillah, sekarang ini saya masih mempertimbangkan lagi tawaran lain sebagai duta. InsyaAllah, jika sudah tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada umum terutama sekali penyokong saya. Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mempercayai bakat saya dalam bidang bola sepak. Tanpa anda semua, mungkin saya tidak peroleh semangat sebegini. Terima kasih daun keladi, jangan lupa menyokong lagi.

Mr.Sasube: Tahniah Apek...berusaha lagi supaya boleh setaraf dengan rakan sepasukan negara,Safee Sali yang kini bergelar jutawan..


05 March 2012

Piala Dunia 2014 bakal menggunakan teknologi garisan





Desas-desus teknologi garisan gol bakal digunakan pada Piala Dunia 2014 di Brazil semakin hampir menjadi kenyataan.
Insiden kontroversi semasa Piala Dunia lalu di Afrika Selatan di dalam perlawanan antara England dan Jerman sememangnya menjadi pengajaran berguna buat FIFA.
Mana tidaknya sepakan Frank Lampard tidak disahkan pengadil gara-gara penjaga garisan dan pengadil tidak dapat mengesahkan bola tersebut sudah melepasi garisan gol sekaligus dikatakan menjadi punca England tewas 4-1.
Perkembangan terkini daripada FIFA tampak positif dan dijangka teknologi yang akan dimajukan Hawk-Eye dan GoalRef akan diuji pada final Piala Dunia Kelab FIFA hujung tahun ini di Jepun.
Saya sebagai peminat mengalu-alukan berita ini, sekurang-kurangnya tiada lagi insiden yang boleh menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dikalangan peminat mahupun para pemain.
Presiden FIFA, Sepp Blatter yang sebelum ini berkeras menolak teknologi ini diperkenalkan nampaknya mula menerima hakikat akan kebaikan teknologi ini.
Blatter dipetik berkata dalam mesyuarat yang dihadirinya berkata dia rela mati daripada melihat insiden memalukan berlaku dalam Piala Dunia sekali lagi berulang.
Selain Blatter turut sama menyokong teknologi ini diperkenalkan ialah setiausaha khas FA Inggeris, Alex Horne.
Teknologi yang dibangunkan oleh Hawk-Eye banyak digunakan dalam sukan tenis dan kriket, manakala GoalRef pula menggunakan teknologi berasaskan medan magnetik untuk mengenalpasti kedudukan bola.
Secara peribadinya, saya berpendapat teknologi ini wajar diuji dalam kejohanan lebih besar seperti Euro 2012 yang bakal berlangsung Jun ini.
Saingan di Euro antara kejohanan yang berprestij jadi tidak salahnya jika teknologi garisan gol ini diuji.

Pengurus Chelsea,Andrey Villas-Boas Sah Dipecat!!



ANDRE Villas-Boas telah dipecat oleh Chelsea, tidak sampai setahun mengendalikan pasukannya di Stamford Bridge, demikian menurut satu kenyataan kelab Liga Perdana hari ini.

Bekas pemain tengah Chelsea, Roberto Di Matteo, yang pernah bertindak sebagai penolong Villas-Boas, dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir sesi semasa.

Rakyat Portugis berusia 34 tahun ini mengambil alih tugas sebagai pengurus Chelsea pada Jun 2011 dan menandatangani perjanjian selama tiga tahun.

Satu kenyataan yang dimuat menerusi laman web kelab itu menyebut: "Malangnya keputusan dan pencapaian pasukan tidak cukup bagus dan tidak menunjukan sebarang tanda perubahan pada waktu penting sesi (yang berlangsung sekarang) ini."

"Kelab masih bersaing dalam peringkat menyusul Liga Juara-juara UEFA dan Piala FA Cup, dan juga kedudukan empat teratas yang mencabar dalam Liga Perdana, dan kami mahu kekal bersaing sedaya yang boleh dari semua segi.

"Dengan perkiraan ini, kami merasakan satu-satunya opsyen yang ada adalah melakukan perubahan sekarang," kata kenyataan itu lagi.

Sumber:klik sini

06 February 2012

Hangat Asmara Khairul Fahmi dan Nora Danish

Assalamualaikum,dan selamat malam..

Hari ini aku terbaca lagi gosip tentang Khairul Fahmi..setelah dituduh merampas tunangan orang,sebelum itu berpisah dengan kekasih lama untuk bersama kekasih baru...kali ini dikaitkan pula dengan janda hangat mengelegak terbaru di pasaran,Nora Danish!..



Kesasihan khabar ini belum lagi dipastikan tapi menurut berita daripada kosmo online hubungan Nora Danish dan Apek bukan hanya di laman twitter dan facebook sahaja tetapi dikatakan mereka sudah bertemu dan berkenalan (kunun-kunun sudah berdating la...)


Ada sumber turut menyatakan mereka telah bertemu beberapa kali,mungkin keluar sebagai kawan atau ada borang nak sain kot..haha..






tak kisahla apa pun,sepatutnya si Khairul Fahmi aka Apek ni tolonglah jaga perilaku..Prestasi takla segempak pemain lagenda,tapi kontroversi lebih banyak dari pencapaian..Kan bagus kalau kepentingan negara diutamakan,kelayakan olimpik pun masih berjalan,kelayakan Piala Asia juga memerlukan khidmat Apek..so kurangkanlah kontroversi..kan bagus kalau setia ja dengan si Dahlia tu..contohilah Safee Sali..

Good Luck Apek dalam kerjaya sebagai penjaga gawang Malaysia..bukan sebagai pencetus kontroversi sukan tanah air...

Petikan artikel yang menyiarkan tentang Apek dan Nora Danish :

Nora Danish dan Apex dating

Ini cerita pasal janda bergetah si Nora Danish. Bukan apa, Diva cukup senang hati kalau tengok wanita tabah ini sedang diulit bahagia. Tumpang senyum sekaki.
Sejauh mana kebenaran, Diva belum lagi nampak dengan mata Diva. Tapi ada khabar yang membisikkan bahawa usikan antara Nora dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi yang kacak itu bukan hanya berlaku di laman sosial Twitter dan diusik teman-teman. Rupanya dengar khabar, pasangan ini sudah bertemu dan berkenalan.
Ada teman yang memberitahu bahawa perkenalan empat mata Nora dan Apek sudah berlaku dan berlanjutan dengan beberapa pertemuan. Teringin juga Diva terserempak dan senyum-senyum dekat pasangan ini. Dua-dua pun sama cantik sama kacak. Tapi nak pandang dari jauh sahaja sebab tak mahu kacau sesi perkenalan dua hati.




22 July 2011

Chelsea fail to spark in Malaysia


Chelsea's Florence Malouda is tightly marked by Malaysian players during their match at the National Stadium in Bukit Jalil on Thursday. Chelsea won 1-0.



English giants Chelsea failed to shine under new boss Andre Villas-Boas Thursday in a friendly against Malaysia that was marred by racial abuse towards their Israeli midfielder Yossi Benayoun at Bukit Jalil
Unlike rivals Arsenal and Liverpool, who handed the Malaysian national side a firm beating, Chelsea struggled to break down a stubborn Malaysian Selection side made up of mostly Olympic Under-23 players.
It took a controversial goal by Didier Drogba in the 80th minute, from a free-kick, as the London side belatedly broke the deadlock at the Bukit Jalil National Stadium in Malaysia's capital Kuala Lumpur.
However, replays showed that the ball, which hit the post before bouncing off Malaysian goalie Mohamad Izham Tarmizis back, did not cross the line.
Malaysia then had a glorious opportunity to equalise in the 85th minute, but A. Thamil Arasu shot wide after being put through with only the goalkeeper to beat.

16 July 2011

Malaysia vs Liverpool~Asia Tour 2011


Malaysian football player Mohd Safee Mohd Sali celebrates after scoring a goal against Liverpool during their friendly match, part of Liverpool FC Asia Tour 2011 in Kuala Lumpur on July 16, 2011.


Malaysia came out firing on all cylinders against Liverpool during the 2011 Asia Tour encounter at the Bukit Jalil Stadium despite losing 6-3 to the EPL giants on Saturday.

K. Rajagobal's boys played better today as compared to against Arsenal three days ago, where they were demolished 4-0 in a lacklustre display.

This time, the team led by Safiq Rahim looked stronger as they fought tooth and nail for every ball against the Reds, who as expected, dominated possession with their fluent short passes.

Liverpool opened the scoresheets with a goal in the 25th minute after Charlie Adam converted from the spot after Carroll was brought down by Malaysia's defence. Adam had to retake his penalty, but the new Liverpool signing obliged to slot the ball into the net once more to confirm Liverpool's lead.

Instead of crumbling, Malaysia raised their own attacking pace against a slightly fatigued Liverpool defence. The pressure reaped rewards for the national side when Safiq Rahim equalised from a free kick three minutes before half-time to send the home crowd into a frenzy.

The second half saw Liverpool turning up the heat when they allowed stars Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Alberto Aquilani and David Ngog to enter the pitch.

With the quartet on the field, it did not take long for Liverpool to regain the lead after Ngog blasted a shot to beat Khairul Fahmi Che Mat in the 67th minute before adding another two minutes later.

Malaysia responded by unleashing national sensation Safee Sali, who wasted no time poking at Liverpool's defence. Liverpool collected their fourth goal in the 74th minute after Maxi Rodriguez collected a cross before shaking the net.

Safee reduced tthe deficit in the 78th minute with a thunderous volley, before scoring Malaysia's third after beating the offside trap. But Liverpool opened the gap once more in extra time after Maxi's header and Dirk Kuyt's finisher sealed a 6-3 win for the visitors.

15 July 2011

Datuk Lee Chong Wei Tarik Diri


KUALA LUMPUR, (D5) - With only a couple steps more to the Kedah Open title, top seed Lee Chong Wei has pulled out of the competition due to an injury. 
 The singles shuttler have been having minor problems with his back, but managed to reach the semi-finals nonetheless in convincing fashion. 
 However, Chong Wei has decided to withdraw from the tournament, giving his semi-final opponent Mohd Arif Abdul Latif a free pass into the finals. Arif will face either Chan Kwong Beng or Chong Wei Feng in the finals on Saturday. 
 It is believed that Chong Wei is not willing to risk aggravating his injury as the BWF World Championships is just under a month away. The World No 1, who has not won a world title yet, is also scheduled to fly to England for a training stint in Bath on July 26.

_____________________~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~_______________________


Datuk Lee Chong Wei sebenarnya tidak perlu menyertai kejohanan peringkat kebangsaan sebegini kerana perlu diingat bahawa beliau berada di ranking pertama dunia dalam sukan badminton..Beliau hanya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi kejohanan yan lebih besar seperti Kejohanan Dunia dan Super Series dan tentu sekali Sukan Olimpik London 2012,kejohanan terakhir sebelum beliau bersara..


Pemain negara pertama memenangi pingat perak Sukan Olimpik..

Datuk Lee Chong Wei sepatutnya memberi peluang kepada bakat baru untuk menyerlah di peringkat kebangsaan sebelum diintai masuk ke dalam kejohanan utama dunia.Seperti kejohanan sirkit kebangsaan sebegini,pelapis atlet badminton negara perlu memanfaatkan peluang sebaiknya untuk menonjolkan bakat bagi dinilai oleh skuad kejurulatihan kebangsaan..

Kerana yang menggusarkan kini,Malaysia tidak memiliki atlet pelapis yang mapan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa..Dalam semua kategori yang dipertandingkan,kelihatan belum ada pelapis yang mampu menggantikan Datuk Lee Chong Wei,Koo Kien Kiat,Tan Bon Heong,Wong Pei Tyi,mahupun Wong Mei Choo yang telah bersara..



Juara ALL ENGLAND 2011


Kejohanan seperti ini sepatutnya menjadi wadah kepada pelapis negara untuk diberikan peluang menonjolkan kemahiran seterusnya diintai masuk ke dalam barisan atlet negara.Mengambil contoh negara terulung sukan badminton,China,bukan sahaja berjaya menghasilkan barisan pemain yang digeruni,tetapi juga berjaya membentuk pelapis yang terbukti mampu bersaing dengan pemain handalan dunia..






perlu fokus EMAS..sukan olimpik london 2012.




Diharap dengan suntikan penajaan dari Maybank berjumlah kira-kira RM40 juta ditambah lagi dengan penajaan Proton mampu dilabur sebaiknya bagi mencari bakat baru dalam arena sukan badminton negara..Hanya tinggal setahun sahaja lagi DLCW bakal meninggalkan arena badminton dunia dan semoga BAM mampu mengembleng tenaga mencari seorang atau lebih bintang yang teguh bersinar di peringkat global seperti DLCW..


 
                                untung batu timbul,untung sabut tenggelam


omongkosong:Harap duit penajaan tidak di songlap  gelapkan oleh ahli BAM..pastikan mereka yang bertanggung jawab memantau teliti demi kebaikan negara masa hadapan..