05 March 2012

Piala Dunia 2014 bakal menggunakan teknologi garisan





Desas-desus teknologi garisan gol bakal digunakan pada Piala Dunia 2014 di Brazil semakin hampir menjadi kenyataan.
Insiden kontroversi semasa Piala Dunia lalu di Afrika Selatan di dalam perlawanan antara England dan Jerman sememangnya menjadi pengajaran berguna buat FIFA.
Mana tidaknya sepakan Frank Lampard tidak disahkan pengadil gara-gara penjaga garisan dan pengadil tidak dapat mengesahkan bola tersebut sudah melepasi garisan gol sekaligus dikatakan menjadi punca England tewas 4-1.
Perkembangan terkini daripada FIFA tampak positif dan dijangka teknologi yang akan dimajukan Hawk-Eye dan GoalRef akan diuji pada final Piala Dunia Kelab FIFA hujung tahun ini di Jepun.
Saya sebagai peminat mengalu-alukan berita ini, sekurang-kurangnya tiada lagi insiden yang boleh menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dikalangan peminat mahupun para pemain.
Presiden FIFA, Sepp Blatter yang sebelum ini berkeras menolak teknologi ini diperkenalkan nampaknya mula menerima hakikat akan kebaikan teknologi ini.
Blatter dipetik berkata dalam mesyuarat yang dihadirinya berkata dia rela mati daripada melihat insiden memalukan berlaku dalam Piala Dunia sekali lagi berulang.
Selain Blatter turut sama menyokong teknologi ini diperkenalkan ialah setiausaha khas FA Inggeris, Alex Horne.
Teknologi yang dibangunkan oleh Hawk-Eye banyak digunakan dalam sukan tenis dan kriket, manakala GoalRef pula menggunakan teknologi berasaskan medan magnetik untuk mengenalpasti kedudukan bola.
Secara peribadinya, saya berpendapat teknologi ini wajar diuji dalam kejohanan lebih besar seperti Euro 2012 yang bakal berlangsung Jun ini.
Saingan di Euro antara kejohanan yang berprestij jadi tidak salahnya jika teknologi garisan gol ini diuji.

No comments: