Kina Grannis merupakan seorang pemain muzik dari California.
Kina Kasuya Grannism, yang berdarah campuran Amerika dan Jepun, memulakan karier muziknya dengan menyanyikan lagu orang lain di YouTube sejak empat tahun lalu. Saat ini dia telah memiliki 195 video dengan lebih dari 500 ribu subsriber di akaun youtubenya. Dia banyak berkolaborasi dengan artis-artis YouTube lain seperti Boyce Avenue, David Choi, Far East Movement.
Selain itu, Kina juga pernah muncul di mini-series Wong Fu Productions, Funemployed.
Sejak berumur 15 tahun, Kina mulai belajar gitar dan sejak itu jugalah dia jatuh cinta pada gitar. Lulusan Psikologi University of Southern California ini memulakan karier profesionalnya dengan sebuah kontrak rakaman dari Interscope Records setelah memenangi pertandingan Crash Doritos Super Bowl. Baru-baru ini Kina juga meraih penghargaan Web-Born Best Web pada MTV Music Awards 2011.
Di bawah ini merupakan video muzik yang memakan masa paling lama dalam sejarah untuk disiapkan iaitu selama 22 bulan, bersamaan 1,357 jam dan dihasilkan oleh 30 orang crew serta 288,000 ‘jelly beans‘.
2 comments:
seriously awesome. :))
saya suka lagu dia yang velentine tu. comell jeewww :)) dengar di a nyanyi lagu oops i did it again.ohsem!
Post a Comment