05 March 2012

Jessie J- Price Tag bakal mengegarkan Malaysia..



Lazimnya lirik lagu yang menarik pasti akan menambat hati orang yang mendengarnya.
Inilah senario yang berlaku kepada penyanyi kelahiran United Kingdom, Jessie J yang muncul dengan lagu 'Price Tag' bersama lirik 'Its all about the money, money, money" dan telah membawa dia popular diseluruh dunia.

Bintang baru di muzik antarabangsa ini bakal muncul menghiburkan peminatnya di negara ini bersama sebuah konsert Jessie J Live In Malaysia yang dibawakan oleh Tune Talk dengan kerjasama JS Production.

Mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 16 Mac ini Jessie J akan hadir dengan seleksi pilihan lagu-lagu hit daripadanya seperti Price Tag dan Domino.

Kehadiran persona ini di Malaysia bukan sahaja membawa vokalnya yang mantap itu bersama persembahan yang hebat, tetapi penonton juga akan disajikan dengan fesyen-fesyen eksentrik yang menjadi sering menjadi signature kepada Jessie J.

Tiket untuk Jessie J Live in Malaysia dapat dibeli di Rock Corner (KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve), Victoria Music Centre dan The Guitar Store outlets
Tiket boleh di beli pada harga RM 298 (Tune Talk Zone); RM198 (Party Zone) danRM98 (Regular).

Berita baik untuk peminat Jessie J,tiket-tiket percuma boleh didapati di laman Facebook Tune Talk. Selain itu untuk mendapatkan sebarang info dan kemaskini terbaru serta promosi anda juga boleh melawati lamanwww.facebook.com/tunetalk.



No comments: