06 March 2012

3 Haruman Inspirasi Dari Datuk Siti Nurhaliza


Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk mengilhamkan wangian peribadinya sendiri hampir tercapai apabila dia bakal melancarkan wangian terbaru keluaran SimplySiti April ini.

Siti Nurhaliza berkata, dia amat teruja untuk memperkenalkan tiga jenis haruman yang dihasilkannya iaitu Pure, Memoir dan Precious.

Wangian eksklusif daripada penyanyi Cindai itu diasaskan daripada bunga-bungaan, khas buat peminat dan pengguna setia SimplySiti.Intipati wangian dari Perancis ini adalah berasaskan bunga-bungaan dan setiap jenis bauan itu memiliki karektor masing-masing.

Dua tahun melangkah maju dalam bidang perniagaan, Datuk Siti berkata sudah tiba masanya dia menembusi pasaran luar.






Bermula dengan Indonesia, Datuk Siti berkata destinasi berkenaan akan menjadi negara pertama yang akan memperluaskan dagangannya.


Selain sibuk mempromosikan produk terbaru SimplySiti iaitu krim wajah Dermagik, Siti juga sedang dalam rangka promosi ke radio Inggeris untuk single keduanya, Remember You berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.

No comments: