13 March 2012

Mayat Rentung Itu Adalah Nurul Nadirah








Salam bahagia,,


Tersentak rasanya hati bila menonton berita Buletin Utama jam 8 malam tadi..akhinya Nurul Nadirah Abdullah yang hilang telah ditemui,namun malangnya sudah hangus dijilat api dunia berdasarkan penemuan mayat rentung,8 Mac lalu..


Ketua Polis Daerah Seri Alam,Supt Roslan Zainuddin berkata,hasil ujian DNA yang dikeluarkan Jabatan Kimia semalam mengesahkan perkara tersebut.

''Berdasarkan yang dijalankan di tempat kejadian,kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya'',katanya kepada pemberita semalam..

Mr.Sasube:Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas hukuman yang setimpal kepada yang bertanggungjawab dalam kes ini....Al-Fatihah buat Allahyarhamah adik Nurul Nadirah

dalam kenangan

No comments: