Assalamualaikum,salam perpaduan...
Kes kehilangan-rogol-bunuh kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu.Ianya seperti telah menjadi satu fenomena yang bakal berulang saban tahun.
Terkini,negara digemparkan dengan kes bunuh Allahyarhamah adik Nurul Nadirah Abdullah,atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya,Dirang..Menambah sebak,allahyarhamah dibakar sehingga rentung,sehinggakan pihak polis menyangka mayat itu adalah milik seorang dewasa ketika pertama kali ditemui..
Sekali lagi persoalannya,dimanakah nilai perikemanusiaan sehingga sanggup membakar seorang anak kecil berusia 5 tahun sehingga rentung ???..ibarat arwah telah melakukan dosa yang amat berat untuk diberikan belas kasihan...Kini,allahyarhamah Nurul Nadirah menjadi salah seorang dari beberapa kanak-kanak yang telah dahulu mengemparkan negara suatu ketika dahulu..
Nurul Nadirah mangsa terbaru kekejaman manusia tidak bermoral |
Jom ikuti kronologi kes bunuh Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang :
1 MAC ; Keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang membuat laporan polis pada jam 2.30 petang selepas hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam ketika membeli mi segera dan telur pada jam 10.30 pagi.Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.
6 MAC ; Roselyn Alan,25,ibu Dirang mengaku melayari facebook tanpa menyedari anaknya yang ke kedai belum pulang sehinggalah suaminya,Lima Medeng,25,bertanyakan di mana kanak-kanak berkenaan
7 MAC ; Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru mengeluarkan kenyataan akan menghantar kaunselor bagi membantu meredakan tekanan dialami keluarga Roselyn.
8 MAC ; Rangka manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai tetapi disahkan milik seorang dewasa.Polis turut mengambil sampel deoxyribonucleic asid(DNA) daripada Roselyn.
9 MAC ; Tahanan reman 3 suspek dilanjutkan sehingga 16 Mac.
10 MAC ; Bapa kandung Dirang yang berasal dari Selangor ditahan bagi membantu siasatan.
11 MAC ; Isteri Sultan Johor,Raja Zarith Sofia melawat keluarga Roselyn.
12 MAC ; Polis mengesahkan rangka ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,Masai pada 8 Mac lalu adalah milik Nurul Nadirah @ Dirang.DNA sepadan dengan Roselyn
13 MAC ; Keluarga Roselyn menuggu pengesahan Pakar Gigi sebelum menguruskan pengebumian jenazah Nurul Nadirah.Roselyn mengaku pernah diugut melalui SMS oleh seorang wanita misteri.
gambar sms ugutan yang diterima ibu Dirang |
Mr.Sasube: Masyarakat sepatutnya sedar daripada peristiwa hitam yang berlaku..Jadikan iktibar supaya tidak membiarkan anak bersendirian apabila keluar dari rumah,apatah lagi apabila menetap di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi..
Seperti kata pepatah,rambut sama hitam,hati lain-lain..kita tak mampu menyangka niat di hati seseorang..Kesimpulannya,diharap masayarakat dapat menyedari pentingnya pengawasan kepada anak-anak disebalik rasa simpati dan sedih daripada peristiwa ini...
Redha dengan apa yang berlaku,semua itu ada hikmahnya |
3 comments:
sedihh.....
sedihh
Silap si mama pun ada iktibarnya. Silap dari si bapa pun ada iktibarnya. ;(
Post a Comment