09 March 2012

Nabi-nabi yang pertama menunaikan solat fardhu .





Assalamualaikum,salam jumaat..






Dalam perjalanan pulang dari kerja sebentar tadi,seperti biasa aku akan mendengar Tawau fm.,sebab selepas berita jam 5 akan ada satu rancangan bual bicara agama..Mohon maaf sebab aku tak ingat nama Ustad/panel yang biasa menjawab pertanyaan pendengar setia Tawau fm.

Setelah beberapa ketika Ustad tu memberikan khutbah mengenai  waktu-waktu solat,aku terdengar  Ustad menerangkan sejarah nabi-nabi yang pertama sekali menunaikan solat -solat fardu,yakni  subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak.Berikut adalah intipati penerangan beliau  :::>

Solat Subuh-Nabi Adam a.s

Solat Zohor- Nabi Daud a.s

Solat Asar- Nabi Sulaiman a.s

Solat Maghrib -Nabi Yaakub a.s

Solat Isyak -Nabi Yunus a.s

Namun penerangan ini berbeza jika dilihat dari hasil enjin carian google.Menurut beberapa laman web terkenal,Nabi pertama yang solat subuh adalah Nabi Adam a.s,solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s,Solat Asar ialah Nabi Yunus,Solat Maghrib pula Nabi Isa a.s dan Isyak pula Nabi Musa.
 rujuk sini:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10540.0

Jadi mungkin ada kekeliruan mengenai soal ini.Bagi aku lebih mempercayai apa yang diutarakan oleh Ustad kerana pastinya beliau mempunyai rujukan yang terbaik sebelum mengutarakan sesuatu perkara..

Hari ini,Tawau fm juga beroperasi secara online di sini:http://www.tawaufm.gov.my/ sebagai  medium alternatif bagi anak-anak Tawau yang rindukan kampung halamn mereka..terbaik dari Tawau!!...

No comments: