ANDRE Villas-Boas telah dipecat oleh Chelsea, tidak sampai setahun mengendalikan pasukannya di Stamford Bridge, demikian menurut satu kenyataan kelab Liga Perdana hari ini.
Bekas pemain tengah Chelsea, Roberto Di Matteo, yang pernah bertindak sebagai penolong Villas-Boas, dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir sesi semasa.
Rakyat Portugis berusia 34 tahun ini mengambil alih tugas sebagai pengurus Chelsea pada Jun 2011 dan menandatangani perjanjian selama tiga tahun.
Satu kenyataan yang dimuat menerusi laman web kelab itu menyebut: "Malangnya keputusan dan pencapaian pasukan tidak cukup bagus dan tidak menunjukan sebarang tanda perubahan pada waktu penting sesi (yang berlangsung sekarang) ini."
"Kelab masih bersaing dalam peringkat menyusul Liga Juara-juara UEFA dan Piala FA Cup, dan juga kedudukan empat teratas yang mencabar dalam Liga Perdana, dan kami mahu kekal bersaing sedaya yang boleh dari semua segi.
"Dengan perkiraan ini, kami merasakan satu-satunya opsyen yang ada adalah melakukan perubahan sekarang," kata kenyataan itu lagi.
Sumber:klik sini
No comments:
Post a Comment