26 February 2012

Akhirnya Ana Raffali sudah berpunya !





Akhirnya Ana Raffali dah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya..sungguh hampa dan kecewa aku dibuatnya..haha!..jom ikuti kronologi majlis pernikahan dan persandingannya pada 25 Februari 2012 di bawah:

Tepat jam 11.55 pagi, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim. Pasangan ini telah dinikahkan oleh ayahnda Ana sendiri iaitu Mohd Raffali Mohd Nor dengan hanya sekali lafaz saja.

Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al- Hidayah, Jalan Melawati didahului dengan majlis pertunangan yang dibuat pada jam 11.15 pagi. Ana atau nama sebenarnya, Ana Nurhidayah Mohd Raffali manis bertudung dengan mengenakan pakaian pengatin warna kelabu rekaan Ezuan Ismail menerima mas kahwin berjumlah RM11, 412.

Pihak pengatin lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran berupa minyak wangi, coklat, sirih junjung, manisan, gelang tangan, telekung dan mas kahwin. Pihak pengantin perempuan yang hantarannya digubah oleh Ana sendiri telah membalas sembilan dulang hantaran.

Barangan hantaran yang diberikan pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki ialah bunga rampai, buah-buahan, dompet lelaki, kamera digital, Ipad 2, jam tangan berserta minyak wangi, cincin dan sirih junjung.

Pada jan 2 petang, pasangan mempelai ini bakal bersanding di perkarangan masjid sambil dihiburkan dengan persembahan band.

24 February 2012

Hukum Guna Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat





Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Apa yang lazimnya aku lihat gelagat segelintir jemaah yang duduk di masjid ketika khutbah dibaca,ada yang asyik menekan-nekan telefon bimbit mereka..dengan perasaan ingin tahu akan hukumnya aku cuba google untuk mencari jawapan yang pasti.dan jawapannya sila baca dibawah ini:




Soalan:

Apakah hukum menggunakan telefon bimbit ketika khutbah Jumaat/.Persoalan ini timbul kerana sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai jemaah yang leka menggunakan telefon bimbit.

Memang tiada perbualan,tetapi nampaknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada aplikasi di dalam telefon seperti permainan daripada menumpukan perhatian kepada isi kandungan khutbah..

Jawapan:

Khutbah Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu.


Bagaimanapun,keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan duniawi dan globalisasi menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri,


Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan.Selain itu,sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan.
Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah.


Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk.
Sabda Baginda,"Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat 'diam' padahal imam pada ketika itu berkhutbah,maka sesungguhnya engkau berkata sia-sia.''(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna.Ganjaran keampunan Allah s.w.t daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas.

Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah MAKRUH.





Segaknya Yusry Anggunnya Lisa di Majlis Pernikahan

Gambar nikah Yusry dan Lisa Surihani

Alhamdulillah,dengan sekali lafaz,cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi. 

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.




Selesai sahaja akad nikah, Lisa menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Mas kahwin bagaimanapun dirahsiakan dan Lisa menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.




Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri lebih 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.





23 February 2012

Cara Nak Remove Facebook Timeline.Terbukti Berkesan!



ini entri simple sahaja..sebab ramai rakan maya aku yang bertanya

''Saveq,ko tahu kah mcm mana nak remove fb timeline ni,ish jelek(x bgus) bha diguna"

kalau dulu aku jawab begini

1.: ''Guna sajala bukan ko bayar pun ,free juga mau lagi demand!!!"

2.: ''Apa ko rasa enak ka yang ko gatal tangan mau tukar kenapa???''

3.: ''Kalau menyebalkan sangat ada sana butang logout kan klik seja la"

4.: '' Cari sendiri la pandai ko ubah sendiri kan"..

ada 1 lagi paling sandi tahap gaban

5.: message tu dibaca tanpa ada perasaan..bila susah baru nak PM..
senang pula hilang entah kemana..xixixiixix

Tapi sekarang ni berkat rakan maya aku juga,si nunui, dia ada post pasal timeline remove ni,so aku rasa sesuai sangatlah untuk aku share..

Okey kalau korang masih berminat nak remove tu fb timeline,
korang klik seja link dibawah ni :

http://www.timelineremove.com/#

dan sila pilih browser anda dan ikut arahan selanjutnya..kalau tak faham tanya seja..
kalau malu konfom sesat..

Fakta@ Auta : Perempuan Cun dan Lelaki Hensem

Aku nak kongsi satu post yang baru ku lihat tadi di FB,berkenaan dengan kaum wanita aka perempuan ni..entah fakta atau auta..korang baca dekat bawah ni







"Perempuan tak cun boleh nampak cun dengan mekap tebal. Lelaki tak 
hensem, boleh nampak    hensem dengan dompet tebal"

TAPI

"Perempuan dan lelaki yang beriman, walau tanpa mekap dan dompet tebal akan tetap cantik dan hensem dengan nur keimanan di wajah"





Kalau korang rasa fakta korang like seja..kalau auta sila komen sikit dekat bawah tu..hehe






21 February 2012

Yusry dan Lisa Surihani Bergaduh!

Assalamualaikum dan salam bahagia...


Fuhhh lama rasanya tak buat entri pasal hiburan ni...traffik pun menjunam..sebab orang Malaysia ni suka sangat dengan cerita hiburan.Apa lagi jika melibatkan artis kesayangan mereka..semua mereka nak ambil tahu..ahakss..


Tapi tu tidak menjadi masalah pun,jika korang masih ingat tanggungjawab masing-masing..








Okay kembali ke tajuk entri,ada desas desus mengatakan Yusry dan Lisa Surihani bergaduh hingga tak bertegur sapa!..Alamak..apa dah jadi ni..Tanggal 23/2/2012 dah nak nikah,26 pula sanding..so apa cerita?


Rupanya demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari ini, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu.



Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi.


Lisa tidak kisah sebenarnya namun Yusry kekok bila disuruh berpantang..Biasalah kan pasangan hangat bercinta..Dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari ini, Yusry dan Lisa Surihani bagaimanapun memilih untuk disatukan selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya.


Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya, Lisa Surihani berkata tiada apa yang boleh diungkapkan dengan perasaannya kini selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Yusry.


Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry.


Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

20 February 2012

Kena Badi Ular Kerana Berzina!..

Kisah ini adalah sebuah kisah yang benar,hasil pengalaman seorang penceramah bebas setelah didatangi sepasangan tunangan..Jadikan kisah ini sebagai tauladan kita bersama..




Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung


Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.
Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.



“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.
Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.

Artikel dikongsi dari :Harian Metro Online

19 February 2012

Di sebalik motorsikal tua...

Assalamualaikum dan salam muhibbah..


Rasanya dah berhabuk blog ni tidak berupdate sekian lama..Biasala tu kalau tak sibuk dengan alam maya,sibuk pula dengan kehidupan realiti.


Hari ni aku nak kongsi kejadian minggu lepas (kalau tak silap kira la),ketika aku berada di sebuah stesen minyak Petronas.Sewaktu aku berjalan menuju ke dalam premis kedai
 (mahu beli air minum),aku ternampak seorang pakcik menunggang sebuah motorsikal tua..Tua maksudku disini buruk,kotor/selekeh,bukan seperti motor yang digunakan remaja-remaja sekarang..Bersih berkilau sepanjang masa..




Aku lihat pakcik tu dengan payahnya menolak motor yang kematian enjin ke kaunter pembayaran.Desis hati aku,



" napa la pakcik ni bawa sekali motor dia ke kaunter,biar betul..pastu susah-susah lagi dia tolak motor tak hidup tu''..


Selepas melihat sepintas lalu aku meneruskan hajatku masuk ke dalam premis untuk membeli minuman..

Keluarnya aku dari premis itu (
sebab tak jumpa minuman kegemaran)  ke kaunter untuk membayar wang minyak,aku lihat pakcik itu masih lagi duduk di atas motor di hadapan kaunter..Semasa sedang memberi duit kepada juruwang,aku terdengar perbualan seorang insan,bersama pakcik itu

''bahayanya kaki pakcik,jadi apa la polis trafik cakap kalau jumpa,ndak juga disaman"


''syukur juga nak tidak apa-apa juga,trafik cakap hati-hati sejala..'' kata pakcik tu..

Dalam kehairanan,aku mula menyebokkan diri memerhati perbualan mereka

''boleh juga pakcik bawa motor dengan kaki begini ya''

''apa boleh buat nak,cari rezeki..lagipun sudah biasa kan''

Lantas aku melihat bahagian kaki sebelah kiri pakcik tu.Rupanya bahagian tubuh dari pangkal paha sehingga kaki pakcik tu telah dipotong!..yang ada hanyalah tongkat yang diubah suai untuk membolehkan pakcik tu menukar clucth dengan menggunakan tangan..

Sungguh aku kagum dengan pakcik tu..semangat beliau sangat tinggi untuk meneruskan hidup..Normal kita melihat seseorang yang menggunakan tongkat untuk berjalan,tapi jarang dilihat sorang yang cacat menggunakan tongkat dan tali untuk menggerakkan sebuah motorsikal..MasyaAllah..




Bagaimana pula sebelum itu aku melihat seorang pengemis yang cukup sifatnya,gagah kelihatannya,namun mencari sesuap nasi hanya dengan meminta simpati pada orang lain,tanpa perlu berusaha sendiri...Jika dibandingkan pengemis dan pakcik itu,ternyata pakcik itu lagi memerlukan simpati dari masyarakat sekeliling..


Benar kata peribahasa,''Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih''.Pakcik itu telah membuka mata aku,bahawa kekurangan itu bukanlah penyebab untuk kita merendah diri.Kecacatan itu bukanlah alasan untuk kita mengharapkan simpati orang lain..Allah s.w.t tidak sesekali menganiaya makhlukNYA,kecuali mereka sendiri yang melakukannya..
Semoga pakcik tu sihat-sihat hendakNYA dan sentiasa selamat ketika di jalan raya..Amin.

>_<! sedih sebab tak dapat tolong pakcik tuh..

09 February 2012

Cara Hack Broadband Habis Limit



Salam...Tadi aku dapat mesej dari maxis sebab broadband aku dah cecah limit..haha..buat jelek mood ja maxis ni..dan semestinya bagi pengguna bband tahu akan kesan jika bband korang dah cecah limit kan.pastinya menyebalkan!!..so aku try la cuba link yang dah berkurun lama aku bookmark ni..dan akhirnya BERJAYA!!..haha..so kalau korang hadapi masalah yang sama korang boleh terjah dan zoom sekali dibawah ni..


Cara Melajukan Broadband Yang Kehabisan Limit:

1) Pastikan pada waktu ini anda sudah disambungkan ke internet.
Klik start --> Run... Taipkan "cmd" dan tekan Enter.







                                          Gambar ini adalah untuk Windows 7 atau Windows Vista






2). Tetingkap Command Prompt akan keluar. taipkan ipconfig/all dan tekan Enter.






3). Kemudian, senarai sambungan (connection) akan keluar. cari nama modem anda. lihat gambar dibawah.



4). Setelah itu taipkan ping [alamat IP anda] -t
Contoh: ping 10.175.53.131 -t
Sekiranya tiada sebarang balasan diterima, itu bermakna ping anda tidak berjaya.
sila cuba lagi.









5). Biarkan proses tersebut berjalan selama anda di atas talian (online). jika sudah tidak menggunakannya (offline) klik pangkah.


6). Boleh juga menggunakan fail batch untuk tidak mengulangi proses yang sama..sila salin kod dibawah ke dalam notepad dan simpan sebagai (namayangandasuka).bat




@echo off
cd\
ping 10.176.44.70 -t


p/s: Sila gantikan 10.176.44.70 dengan gateway@dns broadband anda.


tutorial asal disini:myhackersarehere

anda berjaya? tahniah la..haha..kalau baik hati klik sini lagi arr:






08 February 2012

Buta Mata dan Buta Hati







Ada sebuah cerita di mana ada seorang hamba Allah yang teramat sedih di atas kehilangan matanya...


Dia : Ya Allah mengapa semua ini terjadi padaku ? apa kah dosa ku? soal hatinya...


Tiba-tiba lalu seorang lelaki buta dan terdengar luahannya..


Orang buta : siapakan itu?apakah yang terjadi pada mu ?


Dia : aku sudah hilang penglihatanku akibat kemalangan,Allah kejam terhadap ku..

Orang Buta : oh begitu,jadi kau tidak nampak aku disebelahmu?


Dia : mengapakah engkau berkata begitu,aku tahu aku tidak dapat melihat sampai hati mu menghinaku..

Orang Buta : maaf aku juga tidak dapat melihatmu..

Dia : maksud mu ?


Orang Buta : aku juga sepertimu namun sejak lahir Allah telah mengambil nikmat penglihatanku..


Dia : lalu bagaimana kehidupan mu?

Orang Buta : Alhamdulilah aku berasa baik malah lebih baik dari orang yang dapat melihat..


Dia : maksud mu?


Orang Buta : kalau dirimu baru buta sekarang namun aku sudah lama..tahukah apa nikmat
disebalik kehilangan penglihatan ini?


Dia : apa dia?


Orang Buta : kau terlepas daripada zina mata..dan ketahuilah Allah tidak memandang
mata zahirmu tapi Allah memandang mata hatimu..ramai sahaja manusia yang celik mata
zahirnya namun mata hatinya buta..terlalu banyak nikmat yang mereka lihat dan semakin
lalailah mereka dengan nikmat itu..biarlah kita ini buta mata tapi tidak buta mata hati..kerana
buta hati lebih teruk dan rugi dari buta mata..dan ketahuilah apa yang berlaku pada dirimu pasti ada hikmah yang terbaik dan sesungguhnya ia adalah perkara yang terbaik untuk dirimu.. 



Dia : mmmm..insyaAllah aku akan terus mencuba..

♥ RAMAI MANUSIA YANG BUTA HATI NYA dari mereka YANG BUTA MATANYA..
Bersyukur dengan apa adanya.Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t,yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri..Wallahualam..

Sama-sama kita bermuhasabah diri...








06 February 2012

Hangat Asmara Khairul Fahmi dan Nora Danish

Assalamualaikum,dan selamat malam..

Hari ini aku terbaca lagi gosip tentang Khairul Fahmi..setelah dituduh merampas tunangan orang,sebelum itu berpisah dengan kekasih lama untuk bersama kekasih baru...kali ini dikaitkan pula dengan janda hangat mengelegak terbaru di pasaran,Nora Danish!..



Kesasihan khabar ini belum lagi dipastikan tapi menurut berita daripada kosmo online hubungan Nora Danish dan Apek bukan hanya di laman twitter dan facebook sahaja tetapi dikatakan mereka sudah bertemu dan berkenalan (kunun-kunun sudah berdating la...)


Ada sumber turut menyatakan mereka telah bertemu beberapa kali,mungkin keluar sebagai kawan atau ada borang nak sain kot..haha..






tak kisahla apa pun,sepatutnya si Khairul Fahmi aka Apek ni tolonglah jaga perilaku..Prestasi takla segempak pemain lagenda,tapi kontroversi lebih banyak dari pencapaian..Kan bagus kalau kepentingan negara diutamakan,kelayakan olimpik pun masih berjalan,kelayakan Piala Asia juga memerlukan khidmat Apek..so kurangkanlah kontroversi..kan bagus kalau setia ja dengan si Dahlia tu..contohilah Safee Sali..

Good Luck Apek dalam kerjaya sebagai penjaga gawang Malaysia..bukan sebagai pencetus kontroversi sukan tanah air...

Petikan artikel yang menyiarkan tentang Apek dan Nora Danish :

Nora Danish dan Apex dating

Ini cerita pasal janda bergetah si Nora Danish. Bukan apa, Diva cukup senang hati kalau tengok wanita tabah ini sedang diulit bahagia. Tumpang senyum sekaki.
Sejauh mana kebenaran, Diva belum lagi nampak dengan mata Diva. Tapi ada khabar yang membisikkan bahawa usikan antara Nora dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi yang kacak itu bukan hanya berlaku di laman sosial Twitter dan diusik teman-teman. Rupanya dengar khabar, pasangan ini sudah bertemu dan berkenalan.
Ada teman yang memberitahu bahawa perkenalan empat mata Nora dan Apek sudah berlaku dan berlanjutan dengan beberapa pertemuan. Teringin juga Diva terserempak dan senyum-senyum dekat pasangan ini. Dua-dua pun sama cantik sama kacak. Tapi nak pandang dari jauh sahaja sebab tak mahu kacau sesi perkenalan dua hati.




05 February 2012

Bukti Kewujudan Harry Potter di Filipina

Gempar !! Sekumpulan penduduk di selatan Filipina digemparkan dengan kemunculan lelaki terbang beberapa hari yang lalu. Lelaki terbang tersebut kelihatan terbang bersama penyapu seperti dalam watak fantasi Harry Potter. Sehingga kini penduduk di selatan Filipina tak berani nak keluar malam untuk melepak-lepak di kawasan sekitar, kerana takut diculik dan dibawa kepada Voldemort.



#Nasib baik adik yang tunggang motor tu tak terkejut berok juga..kalau tak bertambah lagi kes kemalangan di sekitar selatan filipina tu..hahaha



04 February 2012

Jambul Datuk Seri Shahrizat Sudah Tiada.!


Khabarnya dia sudah balik dari mengerjakan UMRAH..Alhamdulillah elokla tu..harap jangan jadi insan yang mudah lupa,contoh terdekat Datuk Siti Nurhaliza sama Datin Seri Rosmah tu..sudah kembali dari Kaabah pun masih nak tayang jambul..secara peribadi,sebagai seorang Islam,mereka berdua tu tidak layak dijadikan idola dan panduan..

Yang baik jadikan tauladan,yang buruk hindar-hindarkan..
Wallahualam..

Akhirnya Mengaku Juga-Watie dan Joey sah bernikah.





Teka-teki status perkahwinan antara Watie dan Joey akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengesahkan bahawa mereka telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.


Kenyataan Watie di dalam sebuah akhbar menjelaskan pernikahan ini dirahsiakan kerana menghormati permintaan Joey dan keluarga. Namun, difahamkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini bagi meraikan sahabat-handai dan peminat mereka.

Pasangan bahagia ini juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan secepat mungkin bagi melengkapkan rumahtangga yang dibina.

# Entah apa la rasionalnya perkara yang baik sebegini nak dirahsiakan..takut kontroversi?..takut diketahui pihak media yang suka putarbelit?...cadangan aku..LEBIH BAIK JANGAN JADI ARTIS!!..lol..




Harijadi Facebook Lebih Meriah di Twitter!

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul!

Esok kita akan menyambut ulang tahun kelahiran Rasul junjungan kita,Muhammad bin Abdullah..InsyaAllah jika berkesempatan esok aku akan ikut perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tawau ni..daripada buang masa ke event sana-sini yang boleh dilakukan lain hari,apa salahnya luangkan masa yang ada untuk program berbentuk agama..kan kan kan..

Okay post ni aku nak cerita kehairanan aku ketika aku log in twitter tadi..dan ternampaklah  apa yang sedang trending di twitter tu..guest what??..Harijadi Facebook sedang hangat diperkatakan..haha!


Aku pengguna tegar Facebook pun tidak tahu bila harijadi Facebook..yg aku tahu login facebook dan baca post rakan-rakan..Jika aku tak buka Twitter,aku masih tak tahu lagi bila befday facebook ni..apa yang menghairankan aku,di Facebook sendiri takla kecoh sangat dengan hari rasmi facebook di publish ni..haha..ni mesti kacang lupakan kulit ..xixixixix









Aku belum sempat refresh Twitter aku dah menjangkau 2++ tweets pasal befday facebook ni..haha..cuba lihat dekat facebook aku pulak:


oh no men!..kami teda bajet nak sambut befday..lol!
so kesimpulan yang aku dapat dengan senario ini,senang je....LEBIH SUDU DARI KUAH!..ahaks..

# dengar-dengar Facebook akan diniagakan di Bursa NewYork ataupun satu lagi bursa yang gempak dekat Barat sana tu..lupa dah..hehe..tapi dikhabarkan hasil pengapungan saham nanti bakal menjadikan 1000++ kakitangan Facebook akan menjadi JUTAWAN!..
Memang OHHHSEEEEEEEEEEEMMMMMMMMMM!!!!!!











02 February 2012

Rupanya Rey Mysterio Seorang Yang Comel!



Jika anda seorang peminat sukan gusti WWE yang tegar,pasti anda kenal dengan Rey Mysterio yang sinonim dengan topengnya..Kelincahan ketika berada diatas gelanggang membuatkan dia diminati ramai penggemar sukan ini,bahkan kanak-kanak sekalipun..

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali wajah sebenar Rey Mysterio yang sebenar di sebalik topengnya..So korang boleh zoom in gambar dia yang sebenar di bawah ini:




Comel tak??..ahaks...comel apa bendanya...comel lagi anak buah aku..hahaha...

nak lagi comel?..tekan sini :<< CEPAT! SMS FREE UNTUK ANDA..TANPA RAGU-RAGU!>>



Password Anda Cukup Kuat? Fikirkan Semula!


Assalamualaikum dan salam muhibbah..





Beberapa hari yang lalu,ada seorang rakan mengadu tentang akaun fb beliau telah di hack oleh seseorang yang tidak dikenali..Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan akaun fb korang kembali,asalkan ingat dengan email yang digunakan ketika mendaftar untuk akaun fb.Cuma klik sahaja Forgot Pasword di Facebook dan check semula password asal di email..Mudah bukan...

Namun rakan ini juga tidak mengingati kata laluan email beliau.So maknanya kena buat akaun FB baru ja la.Memang sangat merugikan jika akaun FB anda telah di hack,apatahlagi jika anda memiliki akaun Says dan ChurpChurp yang saling berhubung dengan FB..$$$ kata GO!..Makanya kita semua kena berhati-hati dan mengambil berat soal kata laluan/password bagi mengelakkan di hack oleh seseorang yang berniat jahat.



Dalam bab kata laluan,ramai pengguna tidak menyedari bahawa mereka sering menggunakan kata laluan biasa yang mudah diteka.Tapi apa yang lebih membimbangkan,adalah penggunaan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun,seperti email,FB,g+,twitter,nuffnang,adverlets dan sebagainya.




Dengan serangan siber semakin meningkat setiap tahun, kita harus melakukan apa yang patut untuk melindungi maklumat peribadi dari terjerumus ke tangan yang salah. Dan langkah pertama ke arah ini bergantung pada kata laluan kita. Salah satu blog teknologi popular, Gizmodo bersetuju dengan ini malah mengisytiharkan 1 Februari sebagai “Change Your Password Day”.

Kesilapan pertama yang kerap dibuat apabila menaip kata laluan buat pertama kali ialah menggunakan kata laluan yang lemah. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh kekurangan kreativiti atau hanya kemalasan yang membuat kita memilih kata laluan lemah. Beberapa contoh kata laluan yang kerap digunakan ialah “password”, “123456”, “abc123”, “qwerty” dan “letmein”. Sebahagian daripada anda mungkin ketawa tetapi ia tidak mengubah fakta yang ramai orang masih tidak mengambil kata laluan mereka dengan serius

Jadi soalan yang anda harus tanya diri anda, “Adakah kata laluan saya cukup kuat?”
Satu kata laluan yang kuat perlu mempunyai satu campuran abjad-abjad, nombor-nombor dan karakter-karakter khas. Beberapa laman web menilai kata laluan anda dan menentukan sama ada ia lemah atau kuat dengan menggunakan warna dengan merah sebagai 'lemah' dan hijau sebagai 'kuat'.


Berikut adalah satu cara mudah untuk mewujudkan kata laluan yang kuat.


Langkah 1: Pilih satu ungkapan biasa yang anda mudah ingat seperti “the cow jumped over the moon”.


Langkah 2: Ambil huruf awalan setiap perkataan dan jika boleh gantikan perkataan atau huruf yang kelihatan atau berbunyi seperti nombor. (Tcj0tm)


Langkah 3: Tambah karakter-karakter khas. (!Tcj0tm.)


Langkah 4: Anda boleh mengubah kata laluan anda mengikut satu akaun khusus seperti PayPal. (!Tcj0tm.PyPl)


Jika anda terlalu malas untuk mewujudkan kata laluan anda sendiri, terdapat banyak perisian percuma yang boleh melakukannya untuk anda. Satu pilihan yang amat popular ialah KeePass. Ia adalah pengurus kata laluan sumber terbuka yang membantu anda menguruskan kata laluan anda dalam satu cara yang terjamin. Anda boleh meletakkan semua kata laluan anda dalam satu pangkalan data yang mana dikunci dengan satu kunci induk atau satu fail kunci. Jadi anda hanya perlu ingat satu kata laluan induk tunggal atau memilih fail kunci untuk membuka seluruh pangkalan data.






Pangkalan data telah dikodkan menggunakan pertandaan algoritma selamat terkini dikenali (AES dan Twofish). Apa yang menarik ia boleh didapati di setiap platform termasuk Windows, Mac OS X, Android, iPhone malah BlackBerry. Dengan extension dan add-on, KeePass serasi dengan semua pelayar laman terbaik termasuk Chrome dan Firefox


Jika anda memiliki satu kata laluan unik untuk setiap akaun dalam talian anda, anda dinasihatkan agar menukar kata laluan secara kerap. Untuk sesetengah syarikat yang memiliki kepentingan yang besar, mandatori untuk kakitangan secara berkala mewujudkan kata laluan baru untuk profil mereka. Mereka melakukannya setiap dua bulan dan tidak boleh menggunakan semula kata laluan lama. Ia satu amalan yang baik kerana anda tidak tahu bila dan jika akaun anda telah dikompromi.


Keselamatan dalam talian ialah satu isu serius dan tidak patut dijadikan topik gurau senda. Anda mungkin tidak menyedari potensi ancaman sekarang tetapi janganlah menangis apabila anda diugut apabila muncul sekeping gambar bogel anda yang telah di ''superimpose'' dan digodam dari akaun Facebook atau bil kad kredit berjumlah ribuan ringgit dari laman-laman web dewasa. bermula Februari ini, mari kita semua menukar kata laluan kita dan melindungi identiti diri serta data berharga kita, jauh dari anasir-anasir yang berniat jahat!.