24 February 2012
Hukum Guna Telefon Bimbit Ketika Khutbah Jumaat
Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Apa yang lazimnya aku lihat gelagat segelintir jemaah yang duduk di masjid ketika khutbah dibaca,ada yang asyik menekan-nekan telefon bimbit mereka..dengan perasaan ingin tahu akan hukumnya aku cuba google untuk mencari jawapan yang pasti.dan jawapannya sila baca dibawah ini:
Soalan:
Apakah hukum menggunakan telefon bimbit ketika khutbah Jumaat/.Persoalan ini timbul kerana sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai jemaah yang leka menggunakan telefon bimbit.
Memang tiada perbualan,tetapi nampaknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada aplikasi di dalam telefon seperti permainan daripada menumpukan perhatian kepada isi kandungan khutbah..
Jawapan:
Khutbah Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu.
Bagaimanapun,keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan duniawi dan globalisasi menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri,
Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan.Selain itu,sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan.
Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah.
Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk.
Sabda Baginda,"Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat 'diam' padahal imam pada ketika itu berkhutbah,maka sesungguhnya engkau berkata sia-sia.''(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna.Ganjaran keampunan Allah s.w.t daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas.
Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah MAKRUH.
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment