Assalamualaikum dan salam muhibbah..
Rasanya dah berhabuk blog ni tidak berupdate sekian lama..Biasala tu kalau tak sibuk dengan alam maya,sibuk pula dengan kehidupan realiti.
Hari ni aku nak kongsi kejadian minggu lepas (kalau tak silap kira la),ketika aku berada di sebuah stesen minyak Petronas.Sewaktu aku berjalan menuju ke dalam premis kedai
(mahu beli air minum),aku ternampak seorang pakcik menunggang sebuah motorsikal tua..Tua maksudku disini buruk,kotor/selekeh,bukan seperti motor yang digunakan remaja-remaja sekarang..Bersih berkilau sepanjang masa..
Aku lihat pakcik tu dengan payahnya menolak motor yang kematian enjin ke kaunter pembayaran.Desis hati aku,
" napa la pakcik ni bawa sekali motor dia ke kaunter,biar betul..pastu susah-susah lagi dia tolak motor tak hidup tu''..
Selepas melihat sepintas lalu aku meneruskan hajatku masuk ke dalam premis untuk membeli minuman..
Keluarnya aku dari premis itu (sebab tak jumpa minuman kegemaran) ke kaunter untuk membayar wang minyak,aku lihat pakcik itu masih lagi duduk di atas motor di hadapan kaunter..Semasa sedang memberi duit kepada juruwang,aku terdengar perbualan seorang insan,bersama pakcik itu
''bahayanya kaki pakcik,jadi apa la polis trafik cakap kalau jumpa,ndak juga disaman"
''syukur juga nak tidak apa-apa juga,trafik cakap hati-hati sejala..'' kata pakcik tu..
Dalam kehairanan,aku mula menyebokkan diri memerhati perbualan mereka
''boleh juga pakcik bawa motor dengan kaki begini ya''
''apa boleh buat nak,cari rezeki..lagipun sudah biasa kan''
Lantas aku melihat bahagian kaki sebelah kiri pakcik tu.Rupanya bahagian tubuh dari pangkal paha sehingga kaki pakcik tu telah dipotong!..yang ada hanyalah tongkat yang diubah suai untuk membolehkan pakcik tu menukar clucth dengan menggunakan tangan..
Sungguh aku kagum dengan pakcik tu..semangat beliau sangat tinggi untuk meneruskan hidup..Normal kita melihat seseorang yang menggunakan tongkat untuk berjalan,tapi jarang dilihat sorang yang cacat menggunakan tongkat dan tali untuk menggerakkan sebuah motorsikal..MasyaAllah..
Bagaimana pula sebelum itu aku melihat seorang pengemis yang cukup sifatnya,gagah kelihatannya,namun mencari sesuap nasi hanya dengan meminta simpati pada orang lain,tanpa perlu berusaha sendiri...Jika dibandingkan pengemis dan pakcik itu,ternyata pakcik itu lagi memerlukan simpati dari masyarakat sekeliling..
Benar kata peribahasa,''Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih''.Pakcik itu telah membuka mata aku,bahawa kekurangan itu bukanlah penyebab untuk kita merendah diri.Kecacatan itu bukanlah alasan untuk kita mengharapkan simpati orang lain..Allah s.w.t tidak sesekali menganiaya makhlukNYA,kecuali mereka sendiri yang melakukannya..
Semoga pakcik tu sihat-sihat hendakNYA dan sentiasa selamat ketika di jalan raya..Amin.
>_<! sedih sebab tak dapat tolong pakcik tuh..
2 comments:
salam.......
subhanALLAH..kagum dgn pak cik tue bila baca enrty nie..smoga sgala urusannya dipermudahkan..
stuju sgt ngn conclusion tue..yg pntg usaha..kekurgn bkn penghlang..
rase sgt annoying ble jmpe pngemis yg merokok..geram je nk ckp 'beli rokok boleh'
tp bila tgok kesian sgt rasa..
sedihnya cerita ko saveq...
Post a Comment