31 October 2011

Anda Gila Komputer !






Sedar atau tidak sebenarnya anda sama sahaja? 
Jom kita tengok sikit-sikit sifat seorang yang dikatakan 'gila komputer' ini..


1. Jika anda merupakan seorang blogger, 

maka perkara pertama yang anda 

fikirkan sebaik saja bangun dari tidur ialah 

'Entri apa aku nak update hari ni?'


2. Mungkin ketika ini ada seseorang sedang bercakap dengan anda, 

tetapi mata anda sentiasa memandang ke arah skrin komputer 

dan bukan menghala ke muka beliau.


3. Disebabkan terlalu obses dengan komputer, 

mimpi anda pun berkaitan dengan komputer juga!



4. Sehari tak buka komputer dan tidak dapat melihat pelayar web,

 anda rasa dunia seperti menindas jiwa raga anda.





5. Setiap hari pasti anda memperolehi ilmu baru kerana 

anda pasti membuka pelayar web untuk memasuki dunia internet anda, 

menuju ke Google dan taip, 'What is bla bla bla' atau 

'How to bla bla bla'.


6. Sanggup bertekak dengan kawan-kawan 

tentang pendapat anda mengenai dunia IT.



7. Masuk ke setiap blog dan forum yang berkaitan komputer/internet.



8. Sehari tak makan dan minum tak mengapa, 

tapi jangan tak buka internet. Gelap dunia terasa.

9. Ketagih dengan tabiat muat turun sehingga penuh cakera keras 

dengan video dan lagu-lagu. Padahal dalam 100 video tu, 

mungkin ada satu atau dua sahaja yang betul-betul habis 

tonton. Yang lain buat pekasam.



10. Makan komputer, minum komputer, main komputer,

 tidur komputer, mandi pun 

komputer! Teruk dah ni!



Anda ada tanda-tanda seorang 'geek' seperti di atas?




Ubah segera sebelum anda terlambat naik bas!!
~~tidak kena dengan tema..ha.ha.ha~~








30 October 2011

BOTM OKTOBER 2011:NAMA PURA

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Untuk yang kedua kalinya aku sertai 
(dengan izin)
''WSB Blog Of The Month''
kali ini dengan tema yang menarik dan pastinya menggamit
berjuta memori manis dan pahit suatu ketika dahulu,
sewaktu zaman suci,zaman yang masih lagi
mencari identiti seorang insan..
yakni masa kanak-kanak..

Oppsss maaf terlebih dahulu jika bahasa yang digunakan
agak skema sikit/banyak,
sebab mau ambil mode kempen Bulan Bahasa
yang kini giat dijalankan oleh pihak DBP..


Cukup dengan iklan dan teruskan tema NAMA PURA..!!


Nama pura masa kanak-kanak ni telah lama menghilang 
dari coretan kehidupanku.
Agak lama juga,mungkin ada 7-8 tahun sudah..
Kerana zaman telah berubah,dan usia turut bertambah,
maka orang disekeliling aku dapat merasakan bahawa
nama itu tidak sesuai lagi dengan aku..
yang semakin tampan dan segak..
(hahaha..saja je nak kasi naik sikit suhu badan ni..
sejuk kena angin malam kan..)

Masa kanak-kanak dahulu,nama pura aku ni agak popular juga la..
sebab ia bersifat semulajadi..kena dengan orang yang dimaksudkan.
Jadi tidak hairan la kalau pergi kemana-mana,
ada sahaja orang lain yang memiliki nama pura yang sama..
Sebagai contoh,d
alam komuniti WASABER pun ada
yang menggunakan nama pura aku ini..
Siapakah dia?.Jeng..jeng..jeng...


Seawal pembabitan aku dalam dunia belog ini,
teringin juga mahu menggunakan nama pura aku,
dengan alasan sayang jika dilupakan begitu sahaja,
namun setelah menelusuri komuniti WASABER,
komuniti blogger pertama yang aku sertai
aku memilih untuk menggunakan nama komersial aku sekarang,
kerana nama pura aku  telah wujud di komuniti ini.


Haiii..comel tak saya!!
Diringkaskan cerita,
sebab mahu mengekalkan konsep K.I.S.S..
aku 100% tak tahu kenapa aku diberi nama pura ni.
Mungkin sebab saiz badan aku masa kanak-kanak tempoh hari..
kurang berbanding budak yang lain.hehehe
so aku beritahu je la nama pura aku masa kanak-kanak tu hari..
nama pura aku ialah 

si KECIK !!
ahhaaa..korang dah dapat teka kan dalam komuniti
Wasaber siapa yang guna nama ni..
tak perlu kali aku mention nama beliau nanti  minta royalti pula..
hihihi..

Namun sekecil-kecil badan aku masa zaman kanak-kanak tu hari,
dan semiskin-miskin tahap kais pagi makan pagi,
aku masih bersyukur dapat hidup aman dan sihat walafiat
tidak seperti kanak-kanak di bumi Somalia yang
diancam kini diancam kebuluran
Jika ada diantara kita yang berkemampuan,
bolehlah menghulurkan sumbangan untuk meringankan penderitaan mereka.
sob~sob~sob...mode sedihh ni..





8 tahun yang lalu aku amat marah jika ada yang masih memanggil
aku dengan nama KECIK..sebab aku dah besar masa itu.
muka pun macam remaja berwawasan sudah..ahaksss..
kalau jumpa mereka ni aku terus tarik muncung panjang sedepa la..
sebab aku tak suka dengan nama tu..
namun sekarang rasa rindu pula dengan nama glamour aku dulu tu..

Terima kasih WSB sebab berjaya mencungkil memori aku yang
hampir hapus ditelan kesibukan dunia...
(dengan izin)
''Once Wasaber always Wasaber!!''

Cintailah Bahasa Kita..Bahasa Jiwa Bangsa..


Nota Rahsia :


#Maaf gambar bukan orang yang sebenar sebab aku jarang ambil gambar
masa kecik..orang miskin la katakan..so guna google pic je la..

#Kalau nak tahu siapa Wasaber yang guna nama pura KECIK tuh
bolehla rujuk otai Wasaber seperti founder Bobby ,
Zurina,Hugh Jackman ka..hahaha..
omen dan bro samizul pun mungkin tahu itu..









25 October 2011

Wordless Wednesday #5:Unwanted Person.



Nota rahsia:

Happy Wednesday!
Make today better than yesterday..

Wordless Wednesday #4:Fesyen Separa Jahiliyah



Nota:

Apa tujuan sebenar pakai hijab? Apa tujuan pakai tudung? Apa tujuan fesyen muslimah? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannya UNTUK KELIHATAN SEKSI !! Tudung sudah OK..! Tapi kenapa pakai skirt macam bukan Islam. Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LENGGING hitam ketat. Hakikatnya LENGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang!!!




24 October 2011

Gambar Bogel Luna Maya Kini Tersebar.

Assalamualaikum dan salam muhibbah.


Luna Maya,top aktres seksi kelahiran Indonesia ini
sentiasa nampak seksi dan menggiurkan pada mata setiap lelaki.
Memulakan karier sebagai catwalk model,
dia berjaya menyerlah lalu disunting menjadi model tetap dan pelakon..




Sewaktu mencari maklumat sebentar tadi,
aku ternampak  gambar bogel LUNA MAYA yang kini hangat disebarkan di Internet!
namun aku tak nak kotorkan blog aku dengan gambar sebegitu..
so aku bagi direct link je ya..
Kalau korang nak tenguk tekan link di bawah ni..

:::::GAMBAR BOGEL LUNA MAYA:::::


ENJOY IT!!!

23 October 2011

Manchester United Takut!


  • Pemain pertahanan Manchester City,Micah Ricards percaya Man.United 'takut' untuk berdepan musuh setempat mereka pada esok hari.
    Richards gembira kejayaan Man.City menjulang Piala FA musim lalu dan memaksa penyokong United menurunkan kain rentang di Old Trafford kerana mengejek Man.City.

  • Kelab Inter Milan bercadang melakukan bidaan mengejut terhadap pemain pertahanan Bolton,Gary Cahill.


    Micah Ricards 


  • Chelsea dan Inter Milan menyertai perlumbaan untuk membeli pemain sayap Lille bernilai 40 juta euro(rm 199 juta),EADEN HAZARD.Arsenal,Liverpool dan Man.City turut berminat.

  • Penyerang Chelsea,Salamon Kalou membayangkan dia mahu berhijrah dari Chelsea kecuali dia mula kerap mendapat peluang beraksi.

  • Everton hampir pasti mendapat khidmat pertahanan FC Dallas,George John.

  • Marseille mengintai peluang untuk mengikat penyerang Arsenal,Marouane Chamakh pada Januari nanti.

  • Pertahanan kelab Ukraine,Dnipro Dnip.,Samuel Inkoom semakin hampir ke Liverpool Januari ini

  • Arsene Wenger berminat mendapatkan pemain tengah Marseille,Luncho Gonzales dan Ahmed Musa yang beraksi untuk kelab Belanda,VVV Venlo.

    Luncho Gonzales


  • Wayne Rooney mungkin mengetuai pasukan bola sepak Britain pada Sukan Olimpik kerana digantung dalam Euro 2012.Owen.Giggs,dan Joe Cole turut dinyatakan sebagai pemain untuk mengisi 3 tempat pemain berusia lebih 23 tahun dalam skuad 18 pemain.

  • Penyerang kontroversi Man,City,Mario Baletolli menegaskan dia membuka lembaran baru dalam kariernya dan sudah insaf!

  • Ryan Giggs terlepas aksi dengan Man.City esok kerana terpaksa diketepikan selama 2 minggu kerana kecederaan hamstring.
  • Pemain pertahanan,Branislav Ivanovic berkata rakan di Chelsea tidak pernah ragu dengan keupayaan Fernando Torres..

    Ryan Giggs 

22 October 2011

Lelaki Cantik dan Wanita Gagah!



Sekadar gambar hiasan


Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang 

cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka


6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

     
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Wowowow..nice muscle..yay!!




Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab: Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."








21 October 2011

Demam Bola #5

  • Boca Juniors menolak kemungkinan mengambil balik semual penyerang bermasalah Man.City,Carlos Teves secara pinjaman kerana mereka tidak mampu membayar gajinya.Teves perlu menerima hakikat pengurangan besar gajinya atau City membayar subsidi gajinya
  • Pertahanan Barcelona,Eric Abidal,yang sedang berbincang mengenai kontrak dengan kelab gergasi Sepanyol itu,mendakwa,Man.City,Paris Saint-Germain dan AC Milan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
                                                                                 Eric Abidal

  • Man.United dijanghka mengatasi Arsenal untuk mengikat ''Luka Modric baru"
    pemain tengah Dinamo Zagreb,Mateo Kovacic

  • Pemain sayap Arsenal,Theo Walcott dikhabarkan menjadi sasaran perpindahan kelab gergasi Serie A,Juventus.|

    Alessandro Del Piero 



  • Berita penyerang veteran Juventus,Alessandro Del Piero tidak akan ditawarkan kontrak baru hujung musim ini menarik minat beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.

  • Newcastel United semakin hampir berjaya membeli penyerang Sochaux,Modibo Maiga Januari ini dengan perpindahan bernilai RM 39 juta.

  • Tottenham dikatakan berminat terhadap 2 pemain muda Barcelona,Martin Mantoya dan pertahanan tengah Marc Bartra.

  • Real Madrid boleh memikat Arsenal untuk menjual Robin van Persie musim panas depan dengan menawarkan 30 juta euro(RM 147 juta)


  • Kapten Liverpool,Steven Gerrard bimbang kecederaan pangkal paha dialaminya baru-baru ini mampu menamatkan terus kariernya.

  • Pengurus Arsenal,Arsene Wenger menyatakan komitmennya bersama Gunners dan berjanji untuk melunaskan 3 tahun terakhir dalam baki kontraknya.

  • Penyerang Porto,Hulk berkata dia tidak tahu pasukan mana yang akan disertainya selepas pasaran perpindahan nanti dengan Chelsea dilihat pasukan pilihan untuk mengikat pemain berusia 25 tahun itu.




  • Penjaga gol West Ham yang dipinjamkan dari Arsenal,Manuel Almunia berharap untuk terus kekal di Boleyn Ground.

  • Bekas kapten England,David Beckham dilaporkan menerima tawaran 15 kelab namun hanya akan menadatangani kontrak baru bersama LA Galaxy atau menyertai Paris St Germain.

  • Robin van Persie menggesa pemain pertahanan,Thomas Vermaelan untuk menjual kereta retro Nissan Figaro miliknya selepas dia menandatangani kontrak baru bersama Gunners..

A Lesson For The Arrogant..

Assalamualaikum and happy friday!!

Please spend a minute to watch how a  Muslim's arrogant boy
get punced by a Muslim Scholar..



Take a lesson yah..!!!
          

20 October 2011

Wanita Islam berpakaian rahib Kristian.


Jangan nak sorok mata la..semua pun tahu siapa artis ni..huhu


Entah apa halnya ni hari kat fb ramai yang mempersoalkan
tentang tudung wanita ni..baik lelaki atau perempuan..
Namun yang ramainya adalah lelaki..
Amboi bukan main suka lagi lelaki ni cerita pasal aurat perempuan arr..
aurat sendiri terjaga ke??.jangan nak sibuk aurat orang,
aurat sendiri yang terabai..

Sebenarnya isu ini sudah lama..nampaknya timbul kembali..
memang pun sama,.dan serupa..
cuba cari perbezaannya..ada ke tak??
Maybe si pemakai ni kurang peka,ataupun tidak tahu sama sekali..
sebab biasanya pakaian artis ni ada penaja tersendiri..

Zaman moden bermacam-macam fesyen lahir dari cetusan
minda yang semakin kreatif..yang menghairankan,
ada juga pereka bukan Islam yang mereka fesyen tudung ni..
Alahai..,makin sesat la kaum Hawa kita ni nanti ya..

Malas aku nak cerita lebih-lebih ni..
coz malam dah lewat,pastu mata dah ngantuk tahap mega tambling ni..
Kalau korang nak explore isu ini dengan lebih mendalam..
klik la ayat di bawah ni
::: TudungWanita Islam Zaman Moden :::

Boleh ke kita ubah cara pemakaian tudung wanita Islam
di negara kita ni??
Realitinya amat payah sekali sebab Malaysia ni  nama je negara Islam,
tapi isteri pemimpin Islam di negara ni
bukan pakai tudung pun..apa macam??
Pemimpin yang seharusnya memimpin,sebab mereka dilihat sebagai satu role model
pada golongan yang dipimpin..tapi kalau dah isteri sendiri
tak terpimpin,mcm mana nak jadi contoh dengan orang lain..
Alahai...pasrah je la..


Yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t,
mana yang silap dan salah adalah dari hamba-Nya yang jahil..
Nasihat menasihati adalah tuntutan Islam..
Bersama kita saling mengingati antara satu sama lain,
Kalau bukan sesama Islam siapa lagi kan..
ahahahah..

salam kedamaian untuk semua...




19 October 2011

Thanks Shikin Sayang!

Assalamualaikum ,salam muhibbah..

Petang Khamis 13 Oktober 2011 lalu aku dikejutkan dengan
satu bungkusan misteri..berbalut pembungkus warna putih dan mempunyai 2 setem..
Berfikir sejenak dalam kepala hotak,ada ke
aku buat pembelian online ni..emm rasanya belum lagi coz
baju jersi sama baju WSB yang aku tempah tu belum aku bayar lagi..hihi..
lalu tanpa berlengah aku membaca siapakah gerangan pengirim yang baik hati itu.



Alahai,hadiah giveaway 4by4 Kak Shikin Sayang dah sampai la..
Emm akhirnya hajat kak Syikin untuk memberikan hadiah kepada peserta-peserta
Giveaway 4by4 tercapai jua..
Peserta???
Ehehehe..aku sebenarnya bukan peserta dalam contest Giveaway 4by4 pun,
sebab time aku mau join ni contest tarikh akhir dah sampai..
so aku komen je la di entri contest tu..
Last-last kak Syikin kata aku bertuah dapat hadiah..
hehe..terharu jugak la..
aku komen je pun dapat jugak..
thanks la kak Shikin..

Okey kalau korang nak tahu apa hadiah Kak Shikin send dengan aku..
ni dia..taraaaaaaa.....



Kak Shikin send dengan aku,public phone dengan polis london serta awek omputih dari london..coollll kan..ahaks..


Banyak la ko punya public phone..ahahha..ingat kapal terbang tu
free of charge ke..Kak Shikin bagi aku AHMAD TEA..
Made in London,UK..wOw jauh tu...
Korang nak tahu..AHMAD TEA ni jenama terkenal kat Europe tau..
Bagai mana aku boleh tahu..
coz aku pernah kerja supermarket suatu ketika dahulu..
yang banyak menjual barangan import..




Tapi AHMAD TEA jenis ni tak pernah pula aku nampak sepanjang
4 tahun aku kerja sana...sebab yang ini special..
The Britannia Collection.ahaks..
sah dijamin mahal harganya ni kan Kak Shikin..
sebab yang biasa-biasa pun dah dalam RM30..
apalagi kalau dah collection ni..hihi..


Emm korang tenguk sendiri la ye..ada 3 jenis teh semuanya..
Macam tahu-tahu pulak Kak Shikin ni aku suka minum teh...
banyak khasiat teh ni berbanding coffee..
seperti dapat mengawal minda dan perasaan..

Apapun terima kasih tak terhingga kepada Kak Shikin coz bagi hadiah ni
even aku tak join pun contest dia..
Kak Shikin memang pemurah dan baik hati..moga Allah s.w.t
mengurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah 
ke atas Kak Syikin sekeluarga..


....Amin....
Jom terjah blog Kak Shikin..
Banyak ilmu yang beliau garap sebagai panduan bersama..

::: Kak Shikin Sayang Blogs's :::

Nota Rahsia:


1st time dapat hadiah daripada blogger..
kihkih..memang happy sangat la..
tak sia-sia juga aku aktif blogging ni..
daripada duduk depan lappy hadap fb je sampai mata kuyu..
yang dapat hanya ''nestum'' bertompok dekat tepi mata..ahahha..
semakin berkobar-kobar pulak semangat untuk aku terus berbloging ni.eheh..
Entah Gary dapat apa??..coz dia pun ikut sekali..ahaks..

Bodoh tapi kelakar



I dont understand why mushroom hate the game..
ha,ha,ha..

Jangan selalu mengibaratkan diri sendiri dengan sesuatu.
contohnya:

''Hensem tak aku ni hari??..macam Kim Hyun Joong kan..
kahkahkah(ketawa menandakan perasan sendiri la tu!!)''

atau .

''wah cantiknya Erra Fazira,aku mau jadi macam dia la""


Kita kena terima hakikat bahawa kita dilahirkan berbeza-beza.
ada kelebihan dan ada kekurangan masing-masing..
So apa nak dicemburukan lagi..
Takde maknanya pun..
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama..
Semua yang ditentukan Allah ada hikmah disebalik disebaliknya..
Peace!!

Wordless Wednesday #3:fACEbOOK PRISON



Nota Rahsia:
Sendiri punya badan,sendiri mau tahu la ya..
Memang benar pun fb ni melalaikan..
Tapi jangan samakan  dengan blog..
Blog ni tempat kita berkongsi ilmu..yihaaa..

16 October 2011

Tanda anda jatuh cinta..


Alahai..setelah lama tidak buat entri bab cinta-cintan ni..
hari ini tergerak hati pula nak kongsi ilmu soal percintaan ni..ahaks..
Info ni aku baca dalam senaskah surat khabar,
sewaktu berada di restoran nasi lalap~melihat kawan kelaparan sedang makan..
selepas menonton perlawanan bola Liverpool vs MU..
:::::KLIK LA SINI..HIHIHI:::::

Terus kepada tajuk post ni,tanda anda sedang jatuh cinta..


1 : Kisah jenakanya sering membuat anda tertawa
Biarpun anda sudah mendengar jenaka yang disampaikan si dia
untuk kali ke-1000 sekalipun anda masih ketawa.
Hilai tawa juga membantu anda dan pasangan mengelak tekanan
dan menjadikan hubungan semakin mesra..ahakss..



2 : Anda rela mengubah kebiasaan yang sulit ditinggalkan

Anda mungkin sering melihat orang yang tiba-tiba berhenti merokok
sejurus berkahwin dan itu mungkin berdasarkan
permintaan pasangannya.Menurut penelitian,perhubungan atau
ikatan perkahwinan terjalin antara 2 pihak sebenarnya
mampu mengubah tabiat buruk atau kekurangan seseorang itu.
Sokongan yang diberi pasangan juga menguatkan lagi semangat..

3 : Bersama dia hidup anda lebih seimbang.

Jika dulu anda lebih suka menghabiskan masa di pejabat/library/rumah,
tapi selepas bersamanya anda mula melakukan pelbagai aktiviti
luar seperti bersenam,beriadah ataupun berdating..ahakss
Anda jadi lebih seronok untuk melakukan pelbagai aktiviti 
terutama jika dia turut serta sama.




4 : Anda dan dia saling melengkapi ucapan
Setiap bicara yang diungkap pasti disambut dengan kata-kata
yang sedang bermain di kotak pemikiran anda.
Kajian psikologi menunjukkan pasangan yang serasi lazimnya memiliki
banyak persamaan dan tanpa menyedarinya kadang kala
cara percakapan dan pemikiran mereka sebenarnya sama.....

Adakah anda telah jatuh cinta..??

Liverpool Go!

Assalamualaikum dan salam subuh...

Baru balik dari 
menyaksikan STOMPIN SABAH 3 
perlawanan bola sepak antara
MyFevret Team,Liverpool Vs Man.United..
di Restoran Singgah Selalu,walaupun bukan selalu juga kami singgah situ..

Sebelum aku bercerita lebar,aku nak beritahu sesuatu ni, 
~~walaupun kamu tak nak tahu~~
yang aku hampir 
melanggar?@memijak?@mengoles?
seekor ular dalam perjalanan pulang tadi..
kelihatan seperti seekor ular sawa..
panjang dan besar agak kasihan juga kalau mati..
so aku mengelak la ke tepi tanpa menoleh cermin sisi..
nasib baik la time tu kereta aku sorang ja yang meredah angin malam 
sepoi-sepoi bahasa di jalan raya..
Alhamdulillah aku dan seekor ular sawa tu selamat la kehendak-Nya..
PENGAJARANNYA..
kalau driving tu tiba-tiba nampak haiwan nak
share jalan dengan cara melintang..
korang fikir sendiri la ya..mana yang lebih baik.
nak tabrak/langgar je atau elak..
kalau boleh driving tu jangan laju sangat..
nanti tiba-tiba ada pulak adegan ber''drift" secara drastik...
ahaks....

Okey sambung balik pasal match 
Liverpool vs Man.United ni..


Steven Gerrard 5 star player
Kesimpulannya aku tidak puas hati..
Kenapa la pengadil tu tak nampak situasi 'handball' tadi..
Pengadil tu lupa pakai kaca mata kot..
Kalau dia pakai tadi..
konfom kaw-kaw kena Man.United tu..
ahaks...

Memang keputusan yang bijak dari si Kenny Dalglish
tidak menurunkan si Andy Carroll tu..
yang aku gelar "ayam pincang"..
kalau dia main konfom aku kecewa 
tahap berguling-guling tambling..
Sebab kalau dia main,asyik terlepas peluang je..
Kalau bukan lari tiun,ofside...lepas tu lambat..
Memang patut kena jual lelong sak itu..
ahhaha..maaflah emo sikit~~

~~walaupun aku ni tidak pakar main bola,
sekurang-kurangnya tahu juga mana yang hebat~~

Chicharito..Ini memang hebat..JEMPOLL..

Tabik spring la dengan Steven Gerrard...
Seperti yang diramalkan,dia menjaringkan gol  melalui sepakan percuma
pada minit ke 68...
Namun Chicharito membenam kegembiraan peminat Liverpool
setelah berjaya menanduk masuk bola ke gawang
pada minit ke-80 hasil tendangan sudut..

Kenny Dalglish memuji penjaga gol MU,
De Gea yang berusaha keras menjaga gawang MU
dari dibolosi beberapa kali..ahaks..
kembang lagi hidung anak Sepanyol ni..

Alasan Ferguson mengenai persoalan
mengapa tidak menurunkan Wayne Rooney terlebih awal
kerana bimbang Rooney tidak dapat beraksi cemerlang
disebabkan isu pergantungannya..

~~Alamak..macam berita la sudah entri ni..~~

Apapun,aku harap detik ini menjadi penanda aras baru
untuk Liverpool melakar kemenangan dalam pentas
Barclays musim ini..

Kasihan Rooney,emosi tak stabil ya...ahakss.


Selamat malam!!

nota extra:

susun atur perlawanan Liverpool vs Man.United
15/10/2011-Stadium Anfield,Liverpool


Line Up Liverpool
Pemain : Reina , Kelly , Caraggher , Skrtel , Enrique , Kuyt , Lucas , Adam ,  Downing , Gerrard , Suarez
Formasi : 4 – 4 -1 -1
Line Up Manchester Utd
Pemain : De Gea , Smalling , Ferdinand , Evans , Evra , Young , Jones , Fletcher ,  Park , Gigs , Welbeck
Formasi : 4 – 4 – 1 -1








14 October 2011

Bila artis jadi agen politik

Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Pagi jumaat yang indah,redup-redup sang matahari
melimpahkan sinarnya ke bumi Allah
untuk memberi beribu syafaat kepada makhluk dan penghuni yang dahagakannya..

~~~indahnya bahasa,cintaila bahasa kita~~~

Hari ni korang ada baca berita tak??
 ada dengar pasal artis yang masuk parti politik UMNO
ahah..bukan 1,2,3...tapi 10 orang beb...
antara mereka ialah
Zed Zaidi,Rashdan Baba,Ezany Nizarif,
Haris Kool dan Adam AF..

Zack Zaidie


wOw...jarang-jarang sebenarnya kita mendengar
artis masuk parti politik ni ya..
Mungkin masih segar dalam minda korang..
seorang pengacara tv ni kena serang habis habisan
oleh blogger dan media..
gara-gara dia bagi ceramah di salah sebuah majlis
parti politik pembangkang..
sehingga terpalit isu peribadi....
kasihan la pulak kan..padahal niat beliau tu
nak beri ceramah jak..
dah dijemput,nanti tak datang kata sombong pulak..
aduhaiii..
(korang tahu ke ni siapa artis tu??)



Korang tak rasa pelik ke...
dorang ni masuk beramai-ramai..
tapi takda pulak kecoh kan...
Padahal di negara ini kalau artis cerita politik je..
apa lagi kalau soal pembangkang.
ada la suara-suara sumbang mambang..
cerita itu ini..ahahhaa..



So aku rasa korang boleh fikir sendiri la kan..
kenapa dorang masuk dalam UMNO pada masa ini..
Tiada salah pun,sebab mereka juga warganegara Malaysia
bebas memilih dan mengundi,selaras dengan peruntukan undang-undang..
Tapi bila dah begini ceritanya..
Conformla ada udang di sebalik mee kan...
hahaha..lu fikirla sendiri arhhhh...




Nota rahsia:

Lepas ni konfom ramai yang datang
kalau dah time nak bagi ceramah politik..
bukan nak dengar ceramah,
dorang nak tenguk artis jeee..
KES TIPAH TERTIPU LAGI ....
AHAHHAHA...



SUMBER:BERNAMA

Wow! ''Nerdy'' itu seksi


Assalamualaikum dan selamat malam..

Ni malam aku nak cerita pasal ''nerdy''..
Apa itu nerdy??
Masih ramai juga yang belum mengetahui tentang ''nerdy'' ni..
ada mereka kata,''nerdy'' ni sejenis makanan ke??
tak kurang juga ada rakan kata..
"nerdy'' ni sejenis burung kot..macam dekat-dekat la..
ahaks...

''Nerdy" ni ialah gaya fesyen berkaca mata besar..
ala macam ni
*
*
*

#####

Gaya ini semakin menjadi kegilaan ramai masa kini..
Mungkin disebabkan ikutan dari artis-artis..
Yang dahulunya memakai kanta lekap untuk windows shopping,
kini beralih dengan memaki kaca mata besar..
Dahulu,orang ramai akan melabel si pemakai kaca mata besar
sebagai Ugly Beaty atau Steve Urkel..
ahaha..golongan sebegini biasanya menjadi mangsa buli sahaja..
Namun sekarang ia sudah menjadi kebanggaan untuk memakai kaca mata,
malah lebih besar bingkai kaca mata semakin seksi pula dari pandangan..

Betulkah kebanyakkan orang kata ''Nerdy ''tu seksi..
dari sudut mana mereka nampak,saya pun kurang pasti..
konpius la..konpius la..

,
Kalau korang kata ni seksi,
saya rasa lebih baik korang pi bahagian emergency di hospital
minta rawatan mata segera...hahaha..


Mungkin mereka nampak seksi dari sudut yang berbeza..
yalah,rambut sama hitam..hati lain-lain..kan..
tapi bagi saya,''nerdy '' itu bergaya,stylo dan bebas..
dan bagi saya yang seksi itu adalah seperti gambar dibawah ni..

*
*
*






ahah...korang dah nampak mana keseksssiiann mereka tu..
bukan dekat kaca mata kan,tapi dekat tu na...itu tu...hahaha..


Kalau golongan lelaki yang menggayakan ''nerdy'' ni seksi juga ke...
kita lihat betapa sekkssinya mereka..

ini namanya bercita-cita tinggi...high dreaming in the day..



ini  pulak bukan seksii..ini pelikkk...




yang ini pulak..ahahha..saya tak nak cakap banyak la..
korang fikirla sendiri okay...



ini...ahahha...stop it saveq..


Okay,''nerdy'' ni sebenarnya membawa kebaikan juga ..
Dari sudut kesihatan,anda menbantu penglihatan anda.,
kerana apabila sentiasa memakai kanta lekap,mata akan mudah hilang
kelembapan lalu mudah mengalai penyakit mata..

Dari sudut gaya pulak..gaya nerdy ni amat sesuai dalam
banyak situasi..seperti pada ketika anda santai,dalam majlis tidak formal
mahupun bersiar-siar..malah ia sesuai
digayakan dengan pelbagai pilihan baju..kata orang,jangan fikir lama-lama...

Selain itu,korang juga boleh la berangan-angan menjadi selebriti terkenal kerana
Selebriti Hollywood seperti David Beckham,Megan Fox,Jay-Z dll
telah menerima gaya nerdy dengan bingkai kaca mata mereka...


So korang jangan ragu-ragu lagi nak mengenakan gaya nerdy ni..
Tapi biar berpada-pada ya..
jangan pula memakai bingkai ukuran kuali memasak.
nanti orang sekeliling anggap korang gilakkk pula...ahaks..



nota rahsia:Nerdy itu comel..

OM U GOATTTT!!!!!

13 October 2011

Wordless Wednesday #2:Bila musim durian dan terap.



nota rahsia: Tawau banjir dengan buah durian,rambutan dan terap..
Perghhh..memang terbaik la..hahaha..
Apalagi kalau makan free..
siap kawan kupas aku tunggu suap dalam mulut je..
ha.ha.ha