14 October 2011

Wow! ''Nerdy'' itu seksi


Assalamualaikum dan selamat malam..

Ni malam aku nak cerita pasal ''nerdy''..
Apa itu nerdy??
Masih ramai juga yang belum mengetahui tentang ''nerdy'' ni..
ada mereka kata,''nerdy'' ni sejenis makanan ke??
tak kurang juga ada rakan kata..
"nerdy'' ni sejenis burung kot..macam dekat-dekat la..
ahaks...

''Nerdy" ni ialah gaya fesyen berkaca mata besar..
ala macam ni
*
*
*

#####

Gaya ini semakin menjadi kegilaan ramai masa kini..
Mungkin disebabkan ikutan dari artis-artis..
Yang dahulunya memakai kanta lekap untuk windows shopping,
kini beralih dengan memaki kaca mata besar..
Dahulu,orang ramai akan melabel si pemakai kaca mata besar
sebagai Ugly Beaty atau Steve Urkel..
ahaha..golongan sebegini biasanya menjadi mangsa buli sahaja..
Namun sekarang ia sudah menjadi kebanggaan untuk memakai kaca mata,
malah lebih besar bingkai kaca mata semakin seksi pula dari pandangan..

Betulkah kebanyakkan orang kata ''Nerdy ''tu seksi..
dari sudut mana mereka nampak,saya pun kurang pasti..
konpius la..konpius la..

,
Kalau korang kata ni seksi,
saya rasa lebih baik korang pi bahagian emergency di hospital
minta rawatan mata segera...hahaha..


Mungkin mereka nampak seksi dari sudut yang berbeza..
yalah,rambut sama hitam..hati lain-lain..kan..
tapi bagi saya,''nerdy '' itu bergaya,stylo dan bebas..
dan bagi saya yang seksi itu adalah seperti gambar dibawah ni..

*
*
*






ahah...korang dah nampak mana keseksssiiann mereka tu..
bukan dekat kaca mata kan,tapi dekat tu na...itu tu...hahaha..


Kalau golongan lelaki yang menggayakan ''nerdy'' ni seksi juga ke...
kita lihat betapa sekkssinya mereka..

ini namanya bercita-cita tinggi...high dreaming in the day..



ini  pulak bukan seksii..ini pelikkk...




yang ini pulak..ahahha..saya tak nak cakap banyak la..
korang fikirla sendiri okay...



ini...ahahha...stop it saveq..


Okay,''nerdy'' ni sebenarnya membawa kebaikan juga ..
Dari sudut kesihatan,anda menbantu penglihatan anda.,
kerana apabila sentiasa memakai kanta lekap,mata akan mudah hilang
kelembapan lalu mudah mengalai penyakit mata..

Dari sudut gaya pulak..gaya nerdy ni amat sesuai dalam
banyak situasi..seperti pada ketika anda santai,dalam majlis tidak formal
mahupun bersiar-siar..malah ia sesuai
digayakan dengan pelbagai pilihan baju..kata orang,jangan fikir lama-lama...

Selain itu,korang juga boleh la berangan-angan menjadi selebriti terkenal kerana
Selebriti Hollywood seperti David Beckham,Megan Fox,Jay-Z dll
telah menerima gaya nerdy dengan bingkai kaca mata mereka...


So korang jangan ragu-ragu lagi nak mengenakan gaya nerdy ni..
Tapi biar berpada-pada ya..
jangan pula memakai bingkai ukuran kuali memasak.
nanti orang sekeliling anggap korang gilakkk pula...ahaks..



nota rahsia:Nerdy itu comel..

OM U GOATTTT!!!!!

6 comments:

Bilal binti Robah said...

nerd itu misteri

:)

germaine said...

nerdy itu sexxxyyyy.. cuba ko try dlu tu gaya saveq.. sy mo jg tgk ko msuk kategori yg mna lpas ko pkai.. haha ;p

nGiau said...

hahaa..lucu la tu gambar2 :D

saveqmm said...

bilal:ahaha..iya ..misteri sebab kita tak tahu fikiran orang tuh

saveqmm said...

germaine:ahaks..konfom mak saya pingsan nampak saya style nerdy..ahaks

saveqmm said...

ngiau:thanks sudi ketawa..hakhakhak