03 October 2011

Info Minda #2



7 info minda hari untuk hari ini








1. Jambu Batu

-Jambu Batu amat mudah diperoleh di negara ini dan harganya murah
-Tapi tahukah anda buah jambu batu mempunyai 5 kali lebih banyak 
Vitamin C berbanding oren..




2. Mahatma Gandhi
-Seramai 300,000 pelakon tambahan digunakan untuk babak pengebumian dalam filem Gandhi..
-Tapi tahukah anda ia hanya mengambil masa selama 2 minit untuk ditayangkan
(menggambarkan betapa hebat pengaruh beliau)





3. Burung Hantu

-Burung hantu merupakan haiwan yang unik dan istimewa kerana dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang serta boleh melihat warna biru.
-Tapi tahukah anda  burung ini mengalami rabun dekat,iaitu tidak dapat melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul dihadapannya



4. Ikan Paus Biru

-Ikan Paus Biru(balaenoptera musculus) merupakan haiwan terbesar yang wujud pada masa kini,dengan panjang melebihi 33 meter dan berat lebih 181 tan metrik..
-Dan tahukah anda ikan paus biru memiliki suara yang sangat keras iaitu setinggi 188 desibel,lebih tinggi daripada bunyi enjin motorsikal Harley Davidson..




5. Bill Gates
-Rumah yang dibeli jutawan Microsoft ini berhampiran Seattle,Amerika Syarikat menelan kos RM 200 juta dan dilengkapi peralatan elektronik canggih..
-Bill Gates pernah berlakon dalam sebuah filem iaitu Waiting For Superman







6. Hong Kong

-Hong Kong memiliki lebih 7500 bangunan pencakar langit,jauh lebih banyak daripada 

New York di Amerika Syarikat..
-Namun Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang ''paling hijau'' di Asia.







7. Koala


-Koala adalah spesies haiwan unik di Australia.Ia mudah membiak dan jumlahnya di Selatan Australia ialah 50,000 ekor.
-Koala tidak perlu meneguk air untuk minum,kerana ia mendapat sumber air daripada daun elcalyptus yang dimakannya..

Apa tenguk-tenguk arrr??teda kerja lain ka??Pi tidurla...
hakhakhak...




No comments: