04 August 2011

Santaiku di Rumah Anak Yatim ArRoudah

Assalamualaikum dan salam berbahagia
Alhamdulillah syukur telah berjaya mengharungi
4 hari cabaran di bulan Ramadhan  ini..
Apa cerita Raya tahun ini..
Dah buat persediaan ke??baju raya berapa pasang?selipar,kasut,dan songkok dah beli?
yang ibu~ibu pulak belum sibuk cari kain langsir ke??
kuih raya apa cerita??
yupss,raya aidilfitri setahun sekali..
apa yang istimewanya,kita berjuang selama sebulan
terlebih dahulu sebelum menikmati keindahan
di pagi Syawal...

Sebelum itu..
apa cerita Ramadhan..ok ka juga??
jika yang kerja di pejabat berhawa dingin
beruntungla sebab tidak merasai
kehangatan siang hari sepertimana
yang dirasai oleh pekerja yang bekerja dalam
suasana terbuka..
anak perantau pula bagaimana..
mereka yang majoritinya yang bergelar student??
sahur makan apa??sungkai makan apa??
ehehe..lu olang jaga diri sendiri ekk..
jangan makan snek je..
bulan puasa ni kena jaga kesihatan..
makan makanan yang memberi tenaga
supaya minda tetap cergas..
walaupun di bulan puasa..
apapun semua..
syukur kita masih mempunyai keluarga
walaupun jauh dimata..tapi dekat di hati..
jarak bukanlah satu penghalang mempererat
hubungan antara satu sama lain..
berlambak teknologi kini yang mampu menghubungkan
manusia..seperti anak yang kerinduan dengan ibunya,
suami yang dambakan sokongan si isteri yang jauh..
si kakak yang merantau tatkala adik meminta
tunjuk ajar..

yupsss..
setiap kita mempunyai corak kehidupan masing-masing..
walaupun jauh dimata,tetapi kita seharusnya
berterima kasih dan memanjatkan berjuta
kesyukuran kerana Allah s.w.t masih memberi peluang
kepada kita semua merasai nikmat adanya kelurga yang
tersayang di kala menempuh bulan
yang penuh barakah ini,bulan Ramadhan..
Bagaimana pula dengan mereka yang lain,mereka yang tidak memiliki sesiapa dalam dunia ini,
melainkan diri sendiri yang kerdil di mata insan lain..
mereka yang bergelar yatim piatu..
Apa cerita kehidupan mereka di bulan Ramadhan ini
tiada ibu-bapa pembakar semangat.
tiada ahli keluarga tempat mencurah kasih sayang
yang tidak lagi merasa detik bersahur bersama
ahli keluarga,
yang tidak lagi merasa saat meniti masa untuk berbuka di hadapan masakan ibu dan kakak yang pastinya menyelerakan..

Pasti ia sesuatu yang sukar bukan..belah dada tanya hati..

Alhamdullilah
pada Ramdhan yang ke 2 tempoh hari
aku diberi kesempatan untuk ke
Rumah Anak Yatim ArRaodah
bertempat di Batu 4 Jalan Apas
 bersama kira~kira 20 krew MyTawau..
menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak~anak yatim
atas jemputan Datuk Mohd Jeffrey Osman..
diserikan lagi dengan kehadiran wartawan TV3
Nas Ahmad beserta Alex Maharaja Lawak
dan juga sebuah band dari seberang
Point Band yang khabarnya
dalam proses pembikinan album di Tawau ini..


krew mytawau bersama anak ~anak yatim..

Terharu apabila kedatangan kami disambut oleh
kira~kira 30 anak yatim yang menetap di sana
walaupun kami tidak mampu memberikan
sumbangan kewangan..
lebih sayu tatkala anak~anak yatim ini
bersalam dan mencium tangan setiap hadirin
yang datang pada hari itu..
jelas terpancar kesedihan mereka..
walaupun cuba disembunyikan melalui 
riak wajah yang gembira dan senyuman yang mesra...

DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN

Lega hatiku apabila
mendengar penerangan dari 
Ketua Rumah Anak Yatim ArRoudah
bahawanya terdapat beberapa pihak
yang bermurah hati sentiasa menghulur bantuan
kewangan bagi menampung kehidupan
kira~kira 30 anak yatim lelaki yang menetap di rumah ini.
namun hanya mampu sedikit keperluan.
dan memerlukan lebih banyak sokongan kewangan di masa hadapan..apa yang lebih menyenangkananak~anak yatim ini diberikan pendidikan yang sepenuhnya.
berpeluang belajar di sekolah seperti anak~anak yang lain,
malah ditambah lagi di sebelah petang 
dengan kelas agama di sekolah agama rakyat,
serta kelas tuisyen disebelah malam..
lebih baik dari tahap pendidikan yang aku terima sendiri.
aku harap anak~anak ini memanfaatkan 
kemudahan dan peluang yang diberikan
untuk berjaya pada masa hadapan..

Aku tertarik dengan beberapa patah ayat yang diucapkan
oleh tetamu istimewa..

''Walaupun saya tidak kaya,tidak mampu memberikan sumbangan berbentuk wang kepada anak~anak yatim ini,
namun saya mahu meberikan sokongan moral kepada
anak~anak ini,agar mereka lupakan nasib mereka..dan terus berjaya di masa depan..

ingatlah,mereka ini merupakan bakal pemimpin
di masa hadapan,.mungkin juga akan menjadi
tukang sain check pencen saya nanti,siapa tahu kan..
oleh itu kita kena menjaga mereka sebaik yang mungkin
kerana mereka adalah permata negara"

...Alex Maharaja Lawak...


"saya nak berpesan kepada anak~anak yatim ni,
serba kekurangan bukanla penghalang untuk berjaya
di masa hadapan..sentiasa yakin dan percaya dengan ALLAH.
InsyaALLAH akan tercapai cita~cita nanti.."

...Nas Ahmad TERJAH...


Benar,kekurangan bukan alasan untuk tidak berjaya..
anak nelayan yang kais pagi makan pagi pun boleh dapat
straight A dalam exam..
maka kenapa tidak mereka..
walaupun tiada kasih sayang dari keluarga,
bukanla penghadang pada masa depan untuk berjaya..




..............................................

Seharusnya program sebegini perlu melibatkan
lebih ramai belia di negara kita..
bukan hanya memfokuskan kepada 
mereka yang lebih berusia...
mahupun sebagai agenda politik semata
kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh
daripada penglibatan golongan belia dalam program sebegini.

bukan sahaja memberi dorongan kepada anak yatim,
sebagai pencetus inspirasi mereka,
bahkan mampu memberi kesedaran kepada belia
untuk lebih prihatin kepada isu kemasyarakatan sebegini..
ditambah lagi dengan peningkatan jenayah pembuangan
bayi yang berleluasa dewasa ini..

melalui program beramah mesra dengan anak yatim,
belia mampu menyelami hati anak yatim itu sendiri..
bagaimana perasaan tiadanya kasih ibu dan ayah..
bagaimana kehidupan yang mereka tempuhi setiap masa..
bagaimana pandangan masyarakat terhadap mereka..
bagaimana penderitaan yang eprlu ditanggung
tanpa sokongan dan dorongan dari darah daging sendiri..

Tidak mustahil jika lebih ramai belia didedahkan
kepada program sebegini,jenayah sumbang mahram
dan buang bayi mampu dikurangkan..

InsyaALLAH sekali lagi kami bakal bertandang
ke Rumah Anak Yatim ArRoudah ini atas jemputan
pihak yang sama pada ramadhan yang ke 12 dan 13..



 aisehmen,macam aku pulak yang terhormat mau diberi sijil..muahahaha..




 point band dari bandung,indonesia..nice song nice voice..




 gambar kenangan bersama datuk jeffry..semboi....




nas ahmad menyelam sambil minum air..menerjah alex
maharaja lawak..



Saksikan liputan sepenuhnya di program
Galaksi Tv9

11 comments:

K said...

betul, our past is not something that build us in the future :)

aKu_aG said...

nda plak aku tw ada rumah anak yatim d tawau ni tw..bru aku tw....T_T

ndapa2...nnti ada kesempatan aku dtg lawat2.....^^.v

Alif Haris said...

alhamdulillah ..
gembira mereka ade orag jenguk :)

Fadzmie said...

Tahniah untuk crew MyTawau semua atas usaha murni kamurang semua. Memang bagus betul aktiviti kamu ni. ;)

Alex pun rajin oh turun padang. Bagus betul. Hehe.

Semoga anak-anak yatim ni dapat tanam semangat untuk ubah nasib hidup di masa depan. Kekurangan bukan penyebab kegagalan. ;)

p/s: Ada pengumuman penting dalam entri latest saya. Hehe. ;)

Unknown said...

cheguain:insyaALLAH,akan diteruskan dari semasa ke semasa...

sarjan keroro:yups..kita adalah orang yang gagal jika melihat pahitnya hidup masa lalu...

Unknown said...

awang:alamak awang..memang pun rumah anak yatim ni kurang publish..tapai yang sekitar jalan apas pi balung ni dah tahu la...

alif haris:alhamdulillah,ada pihak mahu sponsor majlis,jadi kami sertai untuk bagi sokongan...

Unknown said...

fadzmie:thanks...hehe..alex dah dijemput..memang dia murah hati la...
bertambah ceria penghuni rumah anak yatim tuh dengan kehadirannya...

Ezad Skytech said...

semoga program macam ni dapat la dibuat selalu..(^^,)

Aki said...

mr saveq juga la.. Hehehe.. ^_^.v..

eva said...

wah! sgt bgs.. ingin jugak nak g rumah anak2 yatim..

Wanie said...

baru sempat datang dari segmen freaky :)