09 August 2011

Ikhlas kan kita berSedekah...


Apa perasaan anda seandainya ketika sedang makan di kedai atau di warung tiba-tiba datang seorang meminta sedekah menghampiri anda..ataupun ketika anda sedang asyik memilih juadah untuk berbuka puasa di bazar ramadhan,anda dicuit oleh seorang atau lebih peminta sedekah..???

Mereka meminta duit derma daripada anda tetapi badannya sihat sambil dipimpin seseorang seraya menadah tangan..

Anda sedekah atau tidak kepadanya??.Kalau anda beri duit kepadanya samaada ikhlas ataupun sebab malu pada orang disekeliling yang melihat anda?Selepas anda menderma apakah perasaan anda? Seronok atau berasa rugi?

Kalau berasa menyesal itu memang kedekut jawabnya..
Alhamdulillah orang Malaysia memang suka menderma,suka membantu dan menolong,mungkin kerana roh iman dan Islam yang menyala di dalam hati dan sanubari.

Ia menjadi pendorong utama  ditambah dengan sikap orang Melayu yang memang lembut hati.Hulurkan derma janganlah terlalu berkira sangat.


KEBANJIRAN PEMINTA SEDEKAH SEHINGGA MENCEMARKAN
PEMANDANGAN ..


Tidak miskin pun jika kita beri sedikit pemberian itu dan tidak kaya mana pun mereka dengan yang dapat duit derma kita.Sebenarnya orang yang kaya ialah orang yang suka memberi..

Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi.Rasulullah sendiri pun pernah berhutang kerana mahu memberi.

Siapa sebenarnya yang dikatakan fakir miskin itu supaya derma kita itu betul-betul disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan..Fakir dan miskin adalah orang yang tidak memiliki apa yang cukup untuk belanja seharian misalnya mereka tidak memilik  beras,lauk,dan keperluan asas yang lain.

Mungkin mereka ada pekerjaan tetapi pendapatan mereka tidak mencukupi,kos sara hidupnya dan bebanan keluarga.sebagaimana firman Allah..

‘’Adapun bahtera itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut,dan Aku bertujuan merosakkan bahtera itu,Kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera’’
                                                                                                            (Surah Al-Kahfi ayat 76)

Pada ayat diatas mereka disifatkan dengan sifat miskin,padahal mereka memilik perahu besar dan memperoleh pendapatan sebagaimana sabda Rasulullah ketika ditanya orang miskin.

Baginda menjawab:

”Orang miskin bukanla orang yang berkeliling meminta-meminta,lalu diberi sesuap atau dua suap,satu buah kurma atau dua buah,tapi orang miskin adalah orang yang tidak cukup apa yang dia dapat daripada pekerjaanya untuk menyara keluarga’’.

Dewasa ini kita sinonim dengan satu gelaran lagi iaitu peminta sedekah atau pengemis.
Selalunya mereka ketagih untuk makan hasil dari meminta sedekah dan menadah tangan.Kalau sudah cukup duit daripada meminta sepatutnya mereka berhenti meminta tetapi kerana sudah ketagih,mereka akan terus meminta,orang sebegini sudah termasuk dalam kategori mereka yang memiskinkan diri sendiri.

Sebahagian daripada peminta sedekah sebenarnya lebih memerlukan derma dalam bentuk nasihat dan pemulihan mental.
Mereka perlu dididik dan disedarkan bahawa tangan di atas,jauh lebih baik dari tangan yang dibawah.



SEKADAR GAMBAR HIASAN


Sesetengah kadang-kadang menjadi keliru kepada peminta sedekah sama ada hendak beri atau tidak.Kalau kita terus memberi nanti mereka ketagih meminta sehingga langsung tak nak berusaha sebab lagi seronok meminta tanpa bekerja..
Kadang-kadang yang berhati batu kering pulak langsung dihalau sahaja tanpa ada belas kasihan..

Kalau tidak diberi terasa kasihan juga kalau yang meminta itu sangat-sangat memerlukan.

Sebab itu kita perlu memilih kepada siapa kita perlu berinfaq dengan tujuan membantu dan kepada siapa kita perlu berkata maaf dengan tidak memberi mereka wang,bukan kerana membenci,tetapi itulah satu cara kita mendidik mereka dan agar mereka berfikir dengan bijak dan berusaha.

Apa cerita pula jika kita seikhlas hati memberi derma kepada peminta sedekah,namun akhirnya terjumpa si peminta sedekah berjoli sakan dengan duit derma itu,seperti membeli makanan yang mewah dan membeli barangan yang dirasakan bukanla keperluan yang wajib dimiliki??

Bagaimanapun,usah risau,kerana penderma tetap dalam perhatian Allah dengan ganjaran yang istimewa.Percayalah jangan sesekali menyesal dengan derma anda sebab banyak sekali hikmah di sebalik pemberian itu..

Antara hikmah derma ialah melembutkan hati.Jika hati sudah lembut,mudah untuk seseorang memaafkan orang dan mudah memohon maghfirah selepas melakukan kesalahn,sama ada kecil atau besar.

Kedua,seseorang yang menderma dan orang yang menerima derma itu pula seseorang yang betul-betul memerlukan bantuan insyaALLAH,penerima derma itu pasti berdoa supaya penderma dikurniakan rezeki dan keampunan ALLAH s.w.t

Hikmah berganda itu disebutkan dalam Al-Quran seperti ayat 261 dan ayat 265 Surah Al-Baqarah;
’Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.’’

Manakala dalam ayat 265 surah sama maksudnya,

‘’Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah, dan untuk memperteguhkan jiwa mereka,seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat(2 kali ganda).Jika hujan lebat  tidak menyiraminya,maka embun(pun memadai).Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”


SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN...


9 comments:

Anonymous said...

thanks for sharing. :)

K said...

betul, bersedekah biarlah ikhlas :)

Unknown said...

:) betul... kena la ikhlas... even sringit pun da ok... huuhu...
ada yg sampai p marah2 org tu, melampau la kan.. huhu

iPai said...

selamat bersedekah juga ..

aku pernah kena juga situasi di atas ,.. dulu ada bg, tapi sekarang tidak lagi .. sebab kenapa perlu dipimpin ..

aku syak ada orang buat sindikit dalaman mintak duit ni .. kalau kita sedekah diguna oleh orang tuh takpe juga, kalau sampai kat org lain, dah aniya je ..

aku syak je r .. jadi aku tak support ..

Unknown said...

siti:welcome...sharing is caring kunun..

sarjan:muahaha.benar sarjan..tabik hormat dulu...

Unknown said...

budak wangi..:iss..napa x wangi sudah ni..muahahah..iyale.kalau ada sehinggit bolehla bagi..kalau semua wang besar,,bagi kiss je la..wakakka...

ipai:tu la kita kena bijak pilih yang mana kita nak sedekahkan..kalau dah nampak muka pengemis tu familiar sangat...xpayah bagi la..

Gary Asip said...

yup.... sedekah mesti maw ikhlas... macam ko cakap, boleh lembutkan hati... senang terima hidayah Allah... amin~..
sori la.. lamanya ndak lepak sini~.. T^T...
macam kenal jak tempat ko amek gambar tuh... XP.. hahahaha

Unknown said...

takpa bha gary..jan kedekut ya..10 sen pun kira sedekah tuh..

muahaha..konpomla ko kenal tu..
kalau x bukan orang tawau la ko..
layak dibuang daerah..kawkaw...

Aku DaN SeSuAtU said...

jejalan panjangkan talian sahabat..

http://cheritasesuatu.blogspot.com/2011/08/30-bloglist-terpantas-milik-aku-dan.html