Diriwayatkan Payung Allah s.w.t itu
hanya untuk golongan tertentu sahaja..
1.Pemimpin yang adil
2.Pemuda yang sentiasa beribadah kepada ALLAH
semasa hidupnya
3.Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
4.Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,
keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah....
5.Seorang lelaki yang diajak oleh seorang
perempuan cantik dan berkedudukan untuk berzina
tetapi dia berkata,
''aku takut kepada Allah"
6.Seseorang yang memberi sedekah tetapi
merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
7.Seseorang yang mengingati Allah di waktu
sunyi sehingga bercucuran air matanya
#semoga kita tergolong dari mereka~mereka yang diredhai Allah..Amin....
sumber asal:
Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah
topsecret:Payung Allah s.w.t merupakan
keistimewaan pada hari di padang masyar kelak..
5 comments:
mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungannya dari melakukan kemungkaran di dunia ini.
erm... baru tau pasal payung ni. best entry ni :) thanks ya sbb drop kat blog saya. dah follow sini jgk
Yup2 semoga kita dlm golongan yang diredha Allah, InsyaAllah :D
pcl:amin....thanks..
nurul:emm welcome..im happy to share something to friends..
twinkeenabilah :amin..
Post a Comment