25 August 2011

Raya oh raya,Gula oh gula.



Assalamualaikum dan salam perpaduan..
  

BERLALU LA SUDAH RAMADHAN,SEBULAN BERPUASA..

TIBA SYAWAL KITA RAYAKAN DENGAN RASA GEMBIRA...
ANAK MUDA DI RANTAUAN,SEMUANYA PULANG KE DESA..
IBU DAN AYAH KERIANGAN BERSYUKUR DAN GEMBIRA...



...dah mula dah mode raya ni...
siapa~siapa yang puasa tu konfem
gembira tahap gaban tambling..
even puasa penuh ke tak..
itu bukan penghalang untuk berjoli sakan
di hari raya..kan..kan..kan..


yang muda mudi.mungkin ada sudah yang
plan awal nak serbu rumah rakan~rakan pada
hari yang keberapa kan?? ..
rumah kawan sekolah rendah hari kedua..
kawan sekolah menengah raya ke 3
kawan fb raya ke 4
tak sempat raya ke 4,sambung lagi raya ke 5
berziarah ramai~ramai hingga penuh
ruang tamu..tak ke syok gitu..


aish nak cerita raya ni penuh satu blog pun tak habis..
tujuan entri ni.,nak ingatkan korang..

time beraya tu jangan lupa dengan kesihatan..
pi rumah si A kena hidang coke,rumah si B kena fruitade..
10 rumah 10 jenis minuman karbonat..
pening ginjal nak serap semua gula yang masuk
kat perut korang..tunggu ginjal tu
angkat bendera putih baru tahu...

korang boleh semak la kandungan gula
minuman~minuman fevret korang time raya nanti..












purata jumlah kandungan gula dalam
setiap tin minuman ringan (325ml) ialah

7.0 sudu teh gula..







yang ini pula paling manang..
perisa rose tu mengandungi 200 sudu teh gula
dan yang oren pula 151.6 sudu teh gula..





lain~lain produk seperti ribena 1ltr(69.8 sudu teh),
sparkling juiicee (17.7 sudu teh),
sos tomato(28.7 sudu teh),kicap(25.9 sudu teh)
(terover dah)....


senang cerita korang check je pic kat bawah ni..






okay,berbalik kepada asal tajuk entri ni,
gula oh gula...bukan saya nak share tentang
struktur kimia gula,tu semua kerja yang pakar..
aku just nak share beberapa fakta mengenai bahan yang
telah kita ambil secara berlebihan tanpa disedari...


1..Rakyat Malaysia memakan 26 sudu teh gula sehari
dan masyarakat kita merupakan
pengguna gula ke-8 tertinggi di dunia..





2..Lebih 60 penyakit dikaitkan dengan gula antaranya
Penyakit jantung,Diabetes,
Kanser ovari,
kekurangan kromium,Hiperaktiviti,
Penyakit perut,
Ketagihan alkohol,Tua sebelum usia,
Kegemukan,
Penyakit Crohne,Kulitis ulseratif,
ulser gastrik,Artritis,Asma,
Batu karang hempedu,
Apendisitis,Sklerosis berbilang,Vena varikos,Buasir,
Kolesterol,Tekanan darah tinggi,Ekzema,
Katarak,Emfisema,Aterosklerosis,
penyakit Parkinson
Miopia,Kemurungan,Gout,

Batu karang buah pinggang,
Kanser pankreas,kanser gastrik,
kanser kolon,migrain,
sindrom prahaid,ADHD,
penyakit feriferal vakskular dan sebagainya..












gula adalah sumber makanan bagi sel~sel kanser..
purata 1 dalam 4
penduduk dunia terdedah
menghidap penyakit
kanser..











kegemukan dan obesiti


kira~kira 60 %
penduduk Malaysia iaitu
16.8 juta dari 28 juta penduduk
Malaysia menghidap masalah
kegemukan

dan
lebih teruk,8.4 juta daripadanya
menghidap OBESITI..
Malaysia di tempat ke-6 di kalangan negara Asia

paling ramai menghidap OBESITI..












diabetes

8.3 % penduduk
Malaysia

menghidap diabetes








                                           
          






atritis   


















    
3...Tahun ini sahaja,subsidi gula dianggarkan
mencecah RM 1 bilion.Nilai ini tidak menggambarkan kos sebenar subsidi harga gula.
Hal ini membimbangkan kerana pengambilan
gula berlebihan boleh membawa kepada banyak masalah
kesihatan dan memerlukan pengubatan jangka masa panjang..

Bayangkan jika wang sejumlah Rm 1 bilion
ini digunakan untuk tujuan pendidikan,contohnya menambahbahbaik prasarana sekolah
membina  lebih banyak bangunan sekolah,
mahupun untuk pembangunan kemudahan
di luar bandar...
<<(aikk terlebih serius la pulak)>>


so time raya nanti tu beringat~ingat le ya..
jangan main bedal je...asal sodap..

topsecret:jangan lupa bawa eno halia sekali
time raya..petua untuk tidak kembung perut..
so di setiap rumah dapat bedal makanan tanpa
ada rasa kurang selesa kat perut tu..
but plezz..jangan tamak..muahhaha...





4 comments:

K said...

alasan typical,

"ala, raya setahun sekali"

padahal setahun benda sama jek duk bedal, ye dak? :P

Unknown said...

sarjan jua la yang paling memahami.muahahah..

betul~betul~betul

Unknown said...

ok...air kosong sak la klu gtu...haha

Elih Japahar said...

kurangkan gula dlm minuman, kurangkan garam dlm makanan..bagus info kau ni bah