cewek ni sekadar menempel sini..tiada kaitan ya...
Ada seorang hamba Allah ini,dia pergi ke hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi...auuuummmmmm!!!!,iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya.
Jadi,si hamba Allah itu pun lari menyelamatkan diri.Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar sangat.Harimau itu terus kejar,kejar,kejar dan kejar.Hamba Allah itu punyala takut,berlari lintang pukang.
Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu.Dengan kuasa Allah
diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.
diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.
Jadi untuk menyelamatkan diri,dia pun terjunla ke dalam perigi itu.Pada perigi itu ada tali dan timba.
Dia pun bergayut pada tali itu.Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya.Dia pun berfikirla macam mana hendak menyelamatkan diri sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya.
Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat,tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.Ya Allah lagilah seram dibuatnya.Hendak tahu apa yang ada dekat bawah tu??
Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.
Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.
Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah tu.Atas ada harimau bawah pula ada buaya.Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar.
Tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas iku tali itu.Sampai diatas,tikus itu gigit pula tali itu.Kemudian keluar seekor tikus berwarna hitam.
Dia berfikir lagi,kalau naik ke atas dimakan dek harimau.Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah pasti dimakan buaya.Sedang hamba Allah itu berfikir bagaimana hendak selamatkan dirinya,tiba-tiba dia terdengar bunyi....uuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu..
Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu.Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya.
Punyala nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah itu berkata..
''fuh,manisnya kurma itu"...(ehh salah lagi)..
‘’fuh,manisnya madu ini,tidak pernah aku rasa semanis ini.Sungguh sedap!!’’
SubhanALLAH..
Kerana setitik madu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menanti di atas perigi dan buaya dibawahnya.
....................................................................................................................................................................
Habis cerita..nak lagi???len kali je la...
Okay,korang nak tahu ke..semua watak tu mengambarkan apa???
Hamba Allah = Kita semua di muka bumi ni..
Harimau yang mengejar = maut yang sedang menanti
Dua ekor buaya = malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur
Tikus putih dan Tikus hitam = hari siang dan hari malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Madu= nikmat dunia..
Bayangkan setitik saja madu jatuh ke mulutnya dia lupa pada harimau dan buaya.Seperti kita semua,
apabila mendapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri,lupa dunia tempat beramal dan mencari rezeki.
apabila mendapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri,lupa dunia tempat beramal dan mencari rezeki.
Sebaik peluang adalah bulan Ramadhan dengan seribu janji dan jaminan dari Allah.
Aku harap cerita ini akan menjadi renungan kita dalam mengisi 10 Ramadhan terakhir yang penuh keistimewaan,terutama bersungguh-sungguh memburu malam lailatulqadar..
#tidak perlu menjadi USTAZ untuk mengingati sesama kita.sudah menjadi tugas setiap Muslim untuk saling membantu antara satu sama lain..
#tidak perlu menjadi USTAZ untuk mengingati sesama kita.sudah menjadi tugas setiap Muslim untuk saling membantu antara satu sama lain..
ehh comelnya budak ini...
sesat ke..alahai....
baru je aku dapat sorang lagi anak buah
baby lelaki..tapi belum dapat jenguk..alhamdulillah..
baby lelaki..tapi belum dapat jenguk..alhamdulillah..
3 comments:
Lumrah manusia, generally, lebih kurang macam tu la. Bila susah, cari Allah. Bila senang, lupa Allah. Hmm.
Semoga kita diberi kekuatan lebih untuk beribadat lebih pada 10 malam terakhir Ramadhan ni. Amin. ;)
best pula cerita ni..
pgjrn dia paling penting..heee :)
sama2 la kita ingat-memperingati... kadang2 kita telampau leka sama nikmat dunia.. mintak2 aq sentiasa sedar... amin~..
Post a Comment