26 September 2011

Football Fever #1

  Demam panas sejuk dengan bola..
kalau korang tak demam panas sejuk...maksudnya??
maksudnya korang tak minat bola la kan..
ahaks...

Okay everybody from today i will start to share
all about football in Kecoh Gosip Gila Bola..
korang faham ke ni apa aku taip..hehe..
tu la pentingnya English Education..
ahahaha..jangan lupa lenggokkan tangan korang ya..

dah start cerita pasal bola ni,

korang minat team apa di Barclays tu..
mesti korang minat Manchester United kan.kan..kan..
rata-rata la semua suka MU..
sebab mereka selalu menang kan...
yang fanatik Liverpool pun lari pi MU..

coz Liverpool tak hebat macam dulu..


Liverpool forever..




kalau aku,aku tak kisahla kalah atau menang..
itu semua adat permainan.. 
jatuh bangun ke,aku sentiasa setia sama Liverpool.
kawan mengata team kalah,terpaksa terima je la..
even disindir dengan PM tempoh hari di Hotfm...
ADA KU KESAH!!!

Selain Liverpool,aku sokong Manchester City juga..
tapi ini suam-suam kuku la..ahaks..




Manchester City





KECOH GOSIP GILA BOLA


Gary Cahill
  • Pengurus Bolton,Owen Coyle memberi amaran kepada Arsenal mereke perlu bersaing dengan pembida lain untuk mendapatkan khidmat pertahanan Gary Cahill ketika pasaran perpindahan pemain Januari ini dengan Chelsea turut dikaitkan dengan pertahanan tengah England itu.

  • Manchester United dan Chelsea diminta melupakan hasrat untuk membeli pemain tengah Juventus,Milos Krasic.


  • Inter Milan bersedia bersaing dengan Tottenham untuk mengikat pemain antarabangsa Brazil,Leandro Damiao ketika pasaran perpindahan Januari ini.


  • Celtic mengetuai buruan terhadap pemain tengah Dundee United,Scott Allan,dengan Rangers dan Newscatle United turut berminat selepas pemain berusia 19 tahun itu menolak untuk menandatangani kontrak baru.

  • Pengurus Tottenham,Harry Redknapp mengesahkan penjaga gol Heurelho Gomes mungkin akan meninggalkan kelab itu Januari ini selepas jatuh taraf sebagai penjaga gol nombor 3.

  • Kelab Russia,Spartak Moscow dan Lokomotiv Moscow bersedia melancarkan bidaan untuk mendapatkan penyerang Tottenham,Roman Pavlyunchenko ketika pasaran perpindahan Januari ini.

  • Perancang utama Tottenham,Luka Modric akan berbincang mengenai kontrak baharu yang difahamkan bernilai 80,000 euro(RM 391000),menjadikan pemain yang menerima gaji paling mahal di White Hart Lane.

    Luka Modric

  • Bagaimanapun,pemain lagenda Spurs,Ossie Ardiles berkata Modric mungkin akan tetap menyertai Chelsea kerana pemain kini mempunyai kuasa lebih berbanding kelab pada zaman bola sepak moden.

  • Pengerusi Arsenal,Peter Hill-Wood menegaskan dakwaan Joey Barton dia mungkin menyertai Gunners jika tidak bergaduh dengan Gervinho adalah tidak benar.

  • Owen Hargreaves menyalahkan Manchester United kerana menghadapi masalah kecederaan selama 3 tahun selepas penampilan sulung bersama Manchester City.


    owen hargreaves


  • Bos Liverpool,Kenny Daglish menggesa pengurus England,Fabio Capello supaya lebih "bijak" jika mahu menurunkan pemain yang sudah kembali cergas,Steven Gerrard.

  • Pemani tengah QPR,Shaun Wright-Phillips dan penyerang Chelsea,Daniel Sturridge mungkin akan dipanggil menyertai skuad England sebelum hujung tahun ini.

  • Pengurus Sunderland,Steve Bruce percaya adalah sukar untuk penyerang Asamoah Gyan untuk kembali ke Stadium of Light selepas tempoh pinjamannya di kelab Emiriah Arab Bersatu,Al Ain berakhir.

  • Pertahanan Astin Villa,Carlos Cuellar yang mengalami kecederaan mungkin akan kembali berlatih sepenuh masa sesudah terlepas aksi awal musim.

  • Arsene Wenger mungkin menawarkan bekas penyerang Arsenal,Dennis Bergkamp,ketika ini penolong Frank de Boer di Ajax,peluang untuk memegang peranan jurulatih bersama Gunners



steven gerrard 

nota rahsia:aku selalu kena ejek sebab Liverpool
kurang menyengat di awal musim..
biasala kan hero kalah dahulu...
takut je nanti kalah terus..ha.ha.ha.....

1 comment:

sergeant keroro said...

haha, aku mahu luka modric dengan gary cahill ke chelsea.

konpem mantap. XD