29 December 2011

Aku pun Rock juga bah!

Assalamualaikum...selamat sejahtera!

Mulakan pagi korang dengan senyuman yang paling manis k!!
Aku nak story sikit,pengalaman aku di Konsert Fenomena Search tempoh hari...
Ni kali ke-2 aku pegi konsert...sebelum sebelum tu aku tak layan konsert berbayar ,sebab aku belum kerja lagi..hahaha..so tak nak la membebankan mak ayah minta duit semata-mata nak berhibur je.....


Malam konsert tu aku malas sebenarnya mau drive pi Stadium..jauh sangat.tapi disebabkan dapat tiket free dari kawan,so aku bersemangat la..haha..SEACRH pulak tu..walaupun aku meminati genre indie,sebelum tu aku alami zaman rock juga..

Sebelum ke stadium,aku pi jemput dulu Datuk Blogger Junaidiey.com di rumah beliau kat kampung Pasir Putih..sebab lama dah nak rancang lepak dengan admin besar Tawau tu,tapi tak jadi sebab masing-masing ada hal..kebetulan malam tu kitorang free so kami sama-sama pi stadium ..

Sedang menunggu untuk masuk ke stadium,kami terjumpa geng Mytawau,antaranya si blogger kecik Mr,Kill,serta photograper si Selang Lamposak..

Minuman alkohol dan rokok tidak boleh dipisahkan dengan irama rock bagi sesetengah peminat..Buktinya,sewaktu kami menunggu di luar stadium sebelum konsert bermula,macam-macam bau aku hidu,seperti bau minuman keras yang memualkan,bau asap rokok,selain baju hapak yang entah berapa lama mereka tak cuci..tu bagi sebahagian mereka la..





Diawal konsert bermula,Stacy mengganas dengan lagu Jahat,ditemani konco-konco penari nya tu..time tu kami masih sejuk lagi,ditambah dengan kelaparan yang melanda perutku,jadi aku tak teruja sangat dengan persembahan Stacy.

Tampil ja SEARCH di atas pentas,mereka yang hadir bagai nak gila gayaknya..minat sangat la tu..haha..Aku melihat sekeliling,semakin ramai yang mengerumuni kawasan kami,di tepi sebelah kanan stage...ku nampak kelibat Najwa Latiff !!..wOw Najwa Latiff pun minat rock ka juga..haha..okay ni Najwa Latiff versi Tawau k..sebab dia pakai tudung 
dengan saiz badan dan tinggi sebijik Najwa Latiff yang popular skrng tu..haha tak percaya tanya ja si Mr.Kill sama si Junaidiey tu..

Bukan sahaja Najwa Latiff,aku ternampak si PONDAN SABINDO juga bersama-sama menghayati lagu Search yang dinyayikan time tu..Punya semangat ko PONDAN..haha..ku sangka jenis korang ni minat irama dangdut je..ahakss..
Kata si Junaidiey,dia cuti malam tu gara-gara nak nonton konsert ja,.haha




Diatas tu gambar kawan aku si ripalc yang memang sudah kick sebotol gam ..haha..tedala..kami ni rock bersih beb!..dia ni memang rock habiss...

Memang hebat penangan SEARCH malam tu,bermula dengan Lagu Fenomena,lapar perutku sudah hilang diganti dengan semangat rock aku yang sudah mula menggelegak...kahkah..
1st tu aku cuma berani menggoyangkan tangan ke atas..namun apabila lagu Isi dan Kulit bermula,aku mula melompat-lompat(yang dahulunya ku katakan macam monyet je) sambil kepala goyang-goyang..haha..gilaanyaa!!!

Lagu lain yang ku feeling habis ialah Pawana,Rozanna dan Tiada Lagi..

Sewaktu geng Mytawau sudah ''menggila'',ku lihat si Junaidiey berundur ke belakang..haha..
Mungkin dia mau bagi ruang untuk kami jamming la tu..atau dia takut kami bertukar jadi ganass..haaha,.takut dia kena kick dengan ke''rock''kan kami..




Ni lah muka-muka geng Mytawau yang mengonar malam tu..
siap dengan kalender free tahun 2012..ahahaha


Ni pula geng si Semut Merah,member Mytawau juga..
Mereka ni memang feel habiss setiap konsert rock..
mesti ada ja muka mereka ni..




Ehh macam panjang sudah story aku ni kan..haha..okay aku ringkaskan la ni k..
overroll,aku puas dengan persembahan SEARCH,cuma aku bengang dengan sound system denkat tempat kami lepak tu,punya rosak..bikin hilang mood ja..hakhak..
tak sangka dalam diam-diam aku ni rock juga bah..cayala!!
Aku tak puas juga dengan lambang mata di dan aksi tunjuk tangan bentuk segi tiga tu,sebab tu semua ada unsur Freemason dan Illuminati..tu pandai-pandai sendiri la ye..haha..





Khabarnya Lefthanded bakal mengadakan konsert di Tawau juga..emm..makin ramai la kumpulan rock ni akan ke Tawau,..mungkin mereka dah tak boleh cari makan di Semenanjung kot..hahaha...

Korang nak lihat gambar eksklusif time konsert tu korang boleh terjah dekat sini k..
<< Gambar Eksklusif Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH Tawau >>


Apapaun..rock-rock juga brader..tak salah rock asal BERSIH!!..ahakss..


NO RACISM NO SEXISM NO HOMOPHOBIA NO ALCOHOL NO DRUGS NO VIOLENCE


No comments: